🌼BAB 23🌼

897 62 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌼BAB 23🌼 Perbincangan Yang Lebih Mendalam Dan Satu-satunya Solusi Terbaik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌼BAB 23🌼 Perbincangan Yang Lebih Mendalam Dan Satu-satunya Solusi Terbaik.

"Tak banyak pun. Hanya lima puluh ribu ringgit Malaysia sahaja."

"What! Lima puluh ribu ringgit Encik Asyraf kata tak banyak? Encik Arsyraf ingat saya ini cop duit ke apa?!"

Wow, gila betul mamat ini. Dia ingat aku ni cop duit ke apa? Tak pun anak punya kilang duit?

Sah, dia silap orang nak minta duit.

"Cik Gardenia juga jangan lupa, yang kereta Cik Gardenia langgar itu bukannya kereta tolak." Asyraf menyandarkan badannya ke kerusi dengan kaki yang disilangkan.

"Apa?"

"Kereta sport saya itu bernilai lebih dari dua juta ringgit. Jadi apa lah sangat setakat lima puluh ribu ringgit itu. Sepatutnya saya boleh minta lebih daripada itu, tapi memandangkan Cik Gardenia orang yang langgar kereta saya, saya kurangkan harganya."

Kurangkan harga? Kau ingat ini jual beli barang? Nak kurang-kurangkan harga.

Kau pun satu Gardenia, kenapalah kau pergi langgar kereta sport? Kenapa kau tak langgar aje kereta biasa? Sekarang kan dah susah nak bayar ganti ruginya.

"Lagipun, kalau betul lah apa yang Cik Gardenia katakan. Bukan ke Cik Gardenia mengajar di Malaysia Private High School? Saya rasa gaji mengajar kat sana sudah berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan?"

𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨Where stories live. Discover now