UD 01

2.7K 119 5
                                    

Irina selesai mandi bersama-sama dengan Keith dan Ethan. Pertama kali mandinya terasa sangat senang dan hangat. Belakang terasa bersih selepas badannya digosok oleh Ethan.

Walau begitu, melihat Ethan dan Keith telanjang membuatkan bilik mandi itu sangatlah janggal buat Irina.

Semasa memakai pakaian Irina tidak melihat Keith lagi. Lelaki itu terus menghilangkan diri selepas mereka keluar.

Ethan pula masih ada dengan Irina sampai dia selesai memakai baju.

"Awak tak nak pilih baju saya hari ni?" Soal Ethan dengan nada manja.

"Huh? Saya?" Soal Irina keliru.

Ethan mengangguk.

'apa-apa je lah.'

Ethan menarik Irina ke almari miliknya di dalam walk-in closet itu. Dia berhenti di hadapan pintu almari yang mungkin dimiliki oleh Ethan.

Irina membuka almari itu. Matanya terus sakit kerana silau dari pakaian-pakaian yang mewah.

Baju-baju Ethan kelihatan sangat cantik dan flashy.

Irina memilih baju yang paling sesuai dengan matanya. Yang paling simple!

Ethan kelihatan bertambah comel memakai baju yang dia pilih. Puas hati dia.

"Okey. Handsome." Puji Irina dengan bangga.

Ethan terpegun mendengar dirinya dipuji. Matanya terus tidak berkelip memandang Irina.

"Betul ke?" Soal Ethan dengan nada terharu.

Irina mengangguk. Ethan mula mengalirkan air mata.

Irina bingung melihat Ethan menangis. 'jangan cakap aku tak pernah puji diorang sebelum ni? Teruknya aku.' getus hati Irina meneka.

"Don't cry." Pujuk Irina, tangannya naik mengusap kepala Ethan.

"Saya nak bagitahu Keith." Kata Ethan lalu mencempung tubuh Irina lagi. Dia mengangkat Irina sampai ke tingkat bawah. Walaupun muka comel, orangnya kuat.

Irina sangat bingung melihat rumah yang besar dan mewah.

'this is clearly not my house.' getus hati Irina gementar.

Mereka masuk ke dapur. Ethan menurunkan Irina ke lantai lalu menarik kerusi untuk Irina di meja makan. Irina duduk di bahagian kepala meja, khas untuk ketua rumah. Kerusinya juga berlainan dari yang lain.

"Keith!" Panggil Ethan lalu berjalan ke dapur.

"Irina puji saya tadi!" Kata Ethan dengan bangga.

"Tak mungkinlah! Dia tak pernah buat macam tu!" Balas Keith tidak mempercayai Ethan.

"Ada! Dia cakap saya handsome." Kata Ethan tegas.

Irina dapat mendengar suaminya berbual dengan bangga dan cemburu. Irina senyum kerana baru kali ini dia merasakan suasana yang meriah.

Dingg dongg!

Loceng rumah mereka berbunyi.

Irina yang tidak membuat apa-apa terus berjalan ke pintu rumah.

Dia membuka pintu. Dua orang lelaki berdiri dihadapannya. Mereka kelihatan terkejut.

"Kami dah balik." Katanya dengan nada lembut.

'handsomenya. Anak sape ni?' getus hati Irina terpegun melihat wajah kacak di hadapannya itu.

"Dia tak suka dengar suara kita lah." Lelaki yang berdiri di belakang berbisik namun sampai ke pendengaran Irina.

Upside down [TAMAT]Where stories live. Discover now