UD 27

1K 75 0
                                    

Irina melutut lalu memeluk budak lelaki itu erat, entah mengapa dia merasa sangat rindu akan budak yang baru dia jumpa itu.

Ini ke yang dia nak tunjukkan pada aku? Irina mula keliru dengan dirinya.

'I miss you.' getus hati Irina dengan perasaan yang sebak.

"Mummy dah balik ke Daddy?" Soal Caiden dengan nada bingung kerana Irina masih tidak berkata apa-apa langsung.

"Not yet." Balas Cadee ringkas, Caiden terus melepaskan pelukkannya lalu menatap wajah Irina dengan pandangan bingung.

"Jadi kenapa mummy ada di sini? Did you kidnap mummy?" Soal Caidan dengan nada suara tegas.

Cadee memandang anak gadisnya yang tertidur di sofa, hari-hari memang Caira akan menunggunya sampai tertidur.

"Pelankan suara Caira bangun nanti." Kata Cadee lalu menyelimuti anak gadisnya yang tidur di sofa.

Caiden mencebikkan bibirnya geram Daddynya tidak menjawab soalannya, Dia menatap wajah Irina lagi.

"Siapa awak semua ni? Saya nampak awak semua dalam mimpi saya semalam." Kata Irina dengan ingatan yang masih bercelaru, takkan lah orang-orang yang ada dalam mimpinya itu keluar dari mimpinya?

"Itu bukan mimpi sayang, it's reality." Balas Cadee dengan nada lembut, dia membuka rak yang dipenuhi dengan wine. sebotol wine dia keluarkan lalu dia tuangkan ke dalam gelas kaca yang sudah tersedia di atas meja.

"NO! Tak mungkin. Jangan nak buat lawaklah kat sini, I'm leaving." Kata Irina , dia menjadi sangat tertekan dan keliru.

Cadee meneguk wine itu perlahan kerana tidak biasa dengan rasa wine yang terlalu menusuk begitu sambil-sambil mendengar Irina menafikan mereka.

Irina berundur lalu berpusing ingin melarikan diri dari situasi itu, walau apa pun dia tidak mahu terlibat dengan hal-hal aneh seperti itu.

"Awak dah ada 7 suami yang nak awak kembali ke rumah, and awak sekarang ada 3 anak." Kata Cadee menjelaskan kepada Irina.

"Tak!! Kau ingat logik ke?! mana boleh ada suami sampai !" Jerit Irina sambil berundur ke pintu.

"Lock."

ktak!

Pintu terkunci dengan sendirinya, Irina memutar tombol pintu namun kunci pintu itu tetap tidak terbuka. Apa yang baru berlaku tadi? Pintu tu terkunci dengan sendiri ke? Trik apa lagi ni?

"I hate it here, dekat sini tak ada banyak mana dan there's too much human in here." Kata Cadee lalu meletakkan gelasnya di atas meja kemudian berjalan menghampiri Irina, matanya langsung tidak lari daripada Irina.

"Berhenti!! jangan dekat!" Jerit Irina ketakutan, fikirannya yang bercelaru membuatkan dia merasa semakin takut dan sukar untuk berfikir dengan benar.

"Irina saya takkan cederakan awak, saya cuma nak bawa awak pulang saja." Kata Cadee memujuk Irina supaya bertenang.

"Tak!! Saya tak nak pergi mana-mana!" Balas Irina ketakutan.

"Sorry my dear Queen. Sleep." Ujar Cadee perlahan.

Irina memandang Cadee ketakutan, dia melihat mata Cadee lama. Lama-kelamaan dia merasa semakin lemah dan penglihatannya mula kabur, aku tak boleh pengsan di tempat itu ...



___




"Kau pukul dia ke?!" Soal Leonard, Irina masih belum terjaga lagi dari tidurnya sejak dari kemarin.

"Kenapa pula aku nak pukul dia? tak dapat apa pun." Balas Cadee.

"Enough both of you, we need to be calm." Kata Davian pula, dia tidak suka mereka terlalu bising di situ.

"Betul tu, apa-apa pun Irina kita dah balik." Kata Ethan pula, entah mengapa dari tadi walaupun mereka semua bercakap sesama sendiri mereka tetap memandang Irina.

Suara-suara itu membuat Irina terganggu, sudah lama dia tidak mendengar suara-suara gaduh begitu.

"Shssss! Daddy semua keluar!" Marah Yuie geram melihat daddy-daddynya tetap bertengkar.

"Ya! kami boleh jaga mummy!" sokong Caiden.

Suara kanak-kanak pula kedengaran memarahi lelaki-lelaki dewasa itu, tak patut betul kena marah dengan anak-anak.

Irina membuka matanya perlahan-lahan, dia melihat jejaka-jejaka kacak sedang bergaduh mulut di sekeliling katilnya. 'Am I in heaven? hehehe semua hensem hensem... ini kalau Rania dan Ell nampak mesti jealous.'

"Mummy dah bangun!" Caira melompat naik ke atas katil Irina, dia menatap wajah Irina rapat.

Irina melihat sekelilingnya yang sangat berbeza dari rumah mahupun hotel, tak mungkin lah hotel semewah itu.

"Eh .. aku ada kat mana ni?" Soal Irina, dia sangkakan dia sedang bermimpi lagi tadi.

"Mummy tak ingat ke? Mummy betul-betul hilang ingatan?" Soal Yuie dengan tatapan risau.

'Aku hilang ingatan? tentang apa?!' Irina berfikir keras, kepala dia merasakan sakit yang menusuk apabila satu memori mula masuk ke dalam kotak memorinya.

"Ughhh!! AAARGGHH!" Irina menggenggam rambutnya kuat seiring sakit yang dia rasakan. 'apa semua ni? aku kenal mereka semua ni? and budak-budak ni anak aku? what da heck!!'

"Sayang?! kenapa ni?"

"Baby you okey?"

"Irina ... jangan buat kami takut."

Jejaka-jejaka itu menghampirinya untuk menenangkan dia, Irina mula mengingati nama-nama lelaki itu.

"Sakit! Tak nak sakit ...." Rengek Irina kesakitan, air matanya mengalir deras.

"Heal." Cadee menyembuhkan Irina berkali-kali supaya Irina tidak merasa sakit lagi.

"Sakittt ..."

Keith merempuh masuk ke dalam dengan baju doktornya , tak sempat nak tukar bila dengan Davian memberinya berita yang Irina sudah terjaga.

"Everyone get out." Kata Keith lalu mengeluarkan sesuatu dari poketnya, dia menghampiri Irina.

Mereka semua berdiri di sebelah sisi katil Irina saja untuk memberikan ruang kepada Keith.

Keith membuka botol kecil untuk diberikan kepada Irina, dia hanya perlu memberikan Irina potion memori itu.

"Irina drink this." Kata Keith sambil memegang pipi Irina.

Irina menatap mata Keith dengan matanya yang berair, dia tidak mempunyai kekuatan untuk melawan semua orang-orang itu lagi.

"Sakit Keith .. tak nak sakit." Kata Irina lalu memegang lengan Keith.

Keith merasa lemah dan tidak sanggup untuk melihat Irina kesakitan begitu.

"Please ?"

"Minum ni. sakit tu akan hilang nanti, saya janji." Kata Keith lalu menuangkan potion itu ke dalam mulut Irina.

Kesakitan di kepala Irina semakin berkurang lalu dia merasa mengantuk sekali.

"Remember me." Bisik Keith, Irina terus pengsan di dalam pelukan Keith.

"Is that safe?" Soal Davian risau.

"Aku yang buat mestilah selamat." Balas Keith lalu membaringkan Irina perlahan-lahan.

"Dia akan tidur sampai memori dia dah kembali semula, jadi jangan ganggu dia sepanjang masa tu." Ujar Keith sambil mengelap air mata Irina.

Mereka satu-persatu meninggalkan bilik itu untuk membiarkan Irina rehat.



TBC

VOTE

Author nak buat laju-laju jadi macam agak celaru and pelik sikit lah, terimalah. (ʃƪ^3^)

Upside down [TAMAT]Where stories live. Discover now