UD 23

976 70 0
                                    

Cade memerhatikan semua aner dia, mereka semua kelihatan sangat resah dan tidak bermaya. (Author gantikan madu dengan Aner iaitu bermaksud lelaki dalam bahasa Greek.)

Macam manalah mahu bermaya jika mereka semua berfikiran bahawa isteri dan ketua keluarga mereka akan diambil oleh raja dan rancangan mereka boleh saja terhenti kerana kekuatan tentera dan Mage yang kerajaan miliki lebih besar daripada mereka.

"Mama pasti boleh buat!" Kata Zian dengan suara yang penuh keyakinan, seorang anak yang baru saja keluar melihat dunia semula pun boleh percaya dengan Irina.

Keith tersenyum , dia patut malu dengan dirinya kerana tidak percaya dengan orang yang memiliki Mana level tertinggi yang mana belum dapat dicapai oleh sesiapa.

"Aku akan siapkan diri untuk apa yang bakal berlaku." Kata Keith lalu berjalan menuju ke bilik kerjanya.

Ethan dan Davian turut bangun dengan senyuman malu mereka.

"Jom." Ajak mereka dengan yakin.

semua suami-suami Irina pun pergi menyiapkan diri mereka juga, apa yang baru berlaku? Masa depan berubah lagi.

Skyes kaku mengingat semula semua memori yang pernah berlaku, hanya kali itu saja dia melihat harapan di mana suami-suami Irina yang sepatutnya sudah lemah dan menyerah kini bangkit semula.

'Irina kali ini pasti berjaya.' Getus hati Skyes sambil bermain dengan Zian.

__

Irina berkumpul dengan isteri-isteri muda raja , dia tidak sangka akan melihat gadis dibawah umur yang Raja kotor itu simpan.

'orang tua tak guna.' Getus hati Irina bertambah benci dengan raja busuk itu.

"Awak akan lepaskan semua suami awak ke?" Soal salah satu dari wanita yang kelihatan berumur disitu.

"No, mereka semua sangat berharga bagi saya. Tak mungkin saya akan lepaskan kesayangan saya, awak dah lama di sini?" Irina berbicara seakan-akan dia tidak tahu aturan di Harem Raja itu.

Wanita itu kelihatan terkejut dan takut, dia menggelengkan kepalanya lalu mendekatkan mulutnya dengan telinga Irina.

"Saya pun masih tak lepaskan suami-suami saya, semua yang di sini pun pasti lakukan hal yang sama." Kata wanita itu dengan berbisik di telinga Irina.

Wanita-wanita lain yang mendengar kata-kata Irina tadi terus menghampiri mereka berdua untuk membuka rahsia masing-masing.

"Wow kejapnya awak buat kawan." Ujar Leviathan dengan kagumnya.

Dia memerhatikan Irina dari atas hanya untuk mengamati perilaku Irina yang kadang aneh dan kadang normal, hanya Irina saja yang dapat menghiburkan hatinya.

"Awak semua nak ikut saya tak? Saya boleh selamatkan awak semua." Ujar Irina.

Serta merta aura aura di ruangan itu tertumpu kepadanya.

'Woahh tajamnya pandangan.' getus hati Irina.

"Saya. Saya nak ikut awak!" Seorang gadis yang lebih muda dari mereka mengangkat tangannya dengan pandangan sayu.

Dia menghampiri Irina lalu berdiri di sebelah Irina, Irina kagum melihat gadis berani itu.

"Lagi?! Saya Irina Tristen atau kamu lebih kenali dengan Irina Von Dolares, Saya rasa awak semua dah tahu tentang saya bukan." Ujar Irina lalu senyum dengan bangganya, dia memiliki banyak kahbar angin serta fitnah keatas namanya yang tercetus dari suami-suaminya yang semuanya aneh dan bukan manusia biasa.

Wanita-wanita itu kelihatan masih tidak yakin dan tidak percaya.

"Awak yakin ke suami-suami awak nak tolong awak juga?" Soal wanita itu lagi. Dan Irina juga memiliki fitnah yang menyatakan dia membuat suami-suaminya sebagai hamba.

"Of course, awak perlukan bukti?" Soal Irina mahu membuatkan semua wanita itu percaya.

"S s saya akan i i ikut awak." Kata seorang gadis tersekat-sekat.

mereka memandang gadis yang agak dibenci Raja disebabkan tidak dapat bercakap dengan betul. Kesian, mesti Raja hanya kahwini dia kerana kecantikan dia.

"I can fix you." Kata Irina lalu memegang leher gadis itu, mereka semua terkejut kerana menyangka Irina mahu membunuh.

"Awak tak boleh bunuh dia!!"

Cahaya ungu memancar dari leher gadis itu.

uhuk uhuk uhuk !!!!

Irina melepaskan lehernya, gadis itu terus jatuh sambil terbatuk-batuk. Mesti semua orang salah sangka selepas tengok dia cekik orang.

"Hmmm... perempuan tu kena sihir, jadi dia tak macam tu dari lahir." Kata Leviathan yang sangat mengenali sihir itu.

"Awak dah boleh cakap macam biasa bukan?" Soal Irina.

"Saya boleh cakap? Saya bolehh!! OH Dewi!! Terima kasih kerana sembuhkan saya! Saya Isabelle Nocturne daripada County Nocturne." Kata Isabelle itu dengan gembira dan teruja.

Wanita-wanita lain pun sudah mula mempercayai Irina, apalagi yang mereka boleh buat selain bertaruh kepada Irina.

"Okey! Kami akan ikut awak!" Kata wanita-wanita itu walaupun masih takut-takut.

"Bagus, datang ke bilik saya malam ni tanpa pembantu awak semua." Kata Irina lalu keluar dari ruangan itu.

Dia akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar untuk kali itu, aku takkan biarkan sesiapa terbunuh.

___

Davian dan Cadee menyelinap masuk ke dalam Istana pada waktu malam untuk melaksanakan rancangan mereka sebelum Raja menyentuh Irina.

"Kami dah masuk." Cadee menggunakan magic telepathy untuk menjalankan misi dan Irina mendengar semua percakapan mereka.

Irina tak akan risau jikalau suaminya curang kerana mereka sendiri tidak mahu menutup telepathy antara mereka dan juga magic pengesan.

Mereka berdua bersembunyi di luar bilik raja dengan magic conceal yang Ray ajarkan, magic lama yang bahkan sudah dilupakan semua orang. Jadi mereka tidak akan dikesan kerana tidak ada magic pengesan yang diketahui untuk menjejak magic conceal mereka.

"Kami pun dah ada di tempat kami." Balas Ethan dan Keith yang baru saja sampai di luar kaki lima bilik Irina, mereka memerhatikan gadis-gadis yang masuk ke dalam bilik Irina satu persatu.

'Entah apalah yang baby fikirkan sekarang.' getus hati Keith yang langsung tidak dapat membaca Irina.

"Kami dah selesai, semua pengawal dah tidur. Kecuali Duke Dolares yang sedang berkawal di luar istana, what should we do?" Soal Leonard sambil memerhatikan Duke Dolares yang sedang berdiri kaku membelakangi mereka.

Mustahil lelaki yang sangat kuat dan ditakuti di kerajaan itu tidak menyedari mereka , Leonard membuat keputusan untuk berhadapan dengan mertuanya itu.

Dia membuka concealation dirinya di belakang Duke Dolares, lelaki itu segera berpusing menghadap Leonard.

"Kau buat apa?!" Soal Skyes terkejut, rancangan mereka boleh saja hancur disebabkan tindakan Leonard itu.

"Did you came to save my daughter?" Soal Duke Dolares sebaik sahaja melihat Leonard, Leonard mengangguk.

'I knew it! Dia pasti sudah tahu rancangan kami.' Leonard semakin berhati-hati dengan Duke Dolares yang sedang berdiri tanpa sebilah pedang pun di tangannya.

Melihat riak muka Leonard yang berjaga-jaga Duke Dolares sudah mendapat jawapan yang dia mahukan, tidak add gunanya lagi dia berdiri disitu untuk menjalankan hukumannya selepas menentang Raja dari mengambil anak gadisnya.

"Datang ke Kediaman Dolares dengan Aner Tuanku selepas semuanya selesai di sini, kita akan selesaikan bersama." Kata Duke Dolares lalu berjalan dengan tenang seperti tidak melihat apa-apa disitu.

"Thank you Father!" Ucap Leonard lalu kembali ke posisinya.

Kini mereka lebih kuat untuk menentang.

 


TBC

Vote
T^T

Upside down [TAMAT]Where stories live. Discover now