UD 17

1.3K 98 6
                                    

Irina dan suami-suami nya bertolak pada awal pagi keluar dari tembok Kerajaan itu.

Mereka menaiki kereta Jeep yang dibeli suaminya lama dulu. Guna saja lah semua, buat koleksi pun tak guna.

"Irina tau tak perjalanan ke sana nanti akan ada banyak binatang buas." Kata Keith sambil menekan skrin iPad miliknya.

"Binatang buas? Harimau macam tu?" Soal Irina.

Keith mengerutkan keningnya lalu menoleh memandang Irina.

"Irina, Harimau tu haiwan peliharaan lah. Tak mungkinlah dia buas, Irina pun ada satu kan white tiger." Kata Keith kebingungan.

"Oh .. lupa." Balas Irina kekok. Harimau tu haiwan peliharaan?! HAHAHA aku lupa dunia ni terbalik!

"Sayang how are you?" Soal Davian yang duduk di kerusi hadapan, dia memandang ke belakang melihat Irina.

"Saya okey saja." Balas Irina lalu senyum dengan manis.

Davian mengangguk.

"Kita perlu hentikan kereta ke?" Soal Leonard yang duduk di belakang kereta untuk memastikan keselamatan mereka.

"Nope! Aku dah pasang barrier! Kau bunuh saja semua di sekeliling kita." Jerit Cadee ke luar tingkap.

"Tak boleh! Depan kita ada Naga!!" Jerit Leonard lagi.

Cadee terus menekan break. Keith menahan Irina supaya tidak terbuang ke hadapan.

"Naga? What the hell? Bukan binatang tu dah lama tak muncul kan diri ke? Kenapa sekarang? Merosakkan suasana betul." Ujar Ethan geram.

Mereka semua keluar dari kereta untuk melihat Naga yang berada di hadapan mereka.

Irina turut turun dari kereta.

Naga putih bermata biru dihadapan mereka itu membuatnya tertarik.

"Kita bunuh?" Soal Cadee dengan nada bingung.

Irina terpegun melihat naga yang sedang melihat ke arah mereka dengan tatapan sayu.

"Don't do that." Kata Keith dengan suara sayu melihat Naga itu.

Naga itu mendengus perlahan.

"Kau boleh faham ke apa yang dia cakapkan?" Soal Davian.

"Mestilah." Balas Keith lalu menatap naga itu dengan pandangan penuh simpati.

"Apa dia cakap tu Raju?" Kata-kata itu selamba keluar dari mulut Irina.

Suami-suami nya memandangnya bingung.

'heh, apa aku merepek ni. Diorang bukannya faham pun lawak tu.' Irina sengih seperti kerang busuk.

"Teruskan." Ujarnya lalu memandang Naga itu kembali.

Keith terus berkomunikasi dengan Naga itu, tidak lama kemudian Naga itu mula meraung mengeluarkan suara yang begitu menyakitkan.

"Okey! Okey!" Keith menghampiri Naga itu lalu menyentuh sayapnya.

Naga itu mengangkat sayapnya, dua biji telur berwarna biru bersinar dengan terang.

"Dia nak suruh kita masak ke?" Soal Irina dengan innocent.

Naga itu meraung lagi.

"Shusss! Tak dia gurau saja." Kata Keith menenangkan Naga itu.

"Sayang ni kenapa? Dia tu mama lah. Takkan lah dia nak orang makan anak dia." Kata Cade geram dengan perangai Irina.

"Tehee." Irina menggaru kepalanya sambil tersengih.

"Dia nak kita jaga anak dia sebab dia dah nak mati, boleh ke?" Soal Keith risau, dia memandang Irina dengan tatapan sayu.

"It's too big Keith. Kita boleh bawa dia kalau dia dah menetas." Kata Irina, tidak mungkin mereka boleh membawa telur sebesar gajah itu bersama mereka.

Aarcckkkkkkk!!!

Ibu Naga mula menjerit kesakitan sambil melakukan sesuatu, cahaya biru dan putih mula berpancaran dari badannya seperti mahu meletup.

"Tunggu!! Awak tak boleh buat tu!!" Keith menjerit kepada naga itu.

Seketika kemudian Ibu naga itu menghilang di atmosfera dan telur mula pecah perlahan-lahan.

"Uwerkkkk!!" Jeritan bayi mula kedengaran dari celah-celah telur itu.

"Ehh? Kenapa bunyi manusia?" Soal Irina bingung, jantungnya mula berdegup kencang mendengar tangisan bayi itu.

Irina berlari menghampiri telur yang sudah mula pecah itu.

"Dia bangsa naga yang boleh bertukar kepada manusia, disebabkan mak dia bagi semua kuasa dia pada anak dia supaya boleh menetas awal dia lahir jadi manusia." Kata Keith menjelaskan apa yang baru berlaku.

"Irina wait!" Davian dan Ethan berlari mengikut Irina.

Irina menjenguk ke dalam telur, seorang bayi bermata biru permata sedang menangis mengeluarkan air mata permata.

"Shussss .. tak pe kami ada di sini." Irina menyentuh bayi itu untuk menenangkan tangisannya, tangisannya mula reda ketika Irina menyentuhnya.

"Mama?" bayi itu mula membesar sedikit.

"Astaga!" Irina terkejut mendengar bayi itu bersuara, patutnya masih belum boleh bercakap. memang pelik betullah semua benda yang ada di dunia ni.

"Haaahhhh .. saya baru nak bagitahu tentang tu." kata Ethan yang juga suka mengkaji tentang kuasa magik Naga, mereka semua menjenguk ke dalam telur itu.

"ini normal ke?" soal Irina bingung.

"yes, ia normal di clan Naga. Mereka akan membesar hingga badan mereka seperti budak umur 5 tahun selepas lahir, lalu mereka akan terus membesar dalam setahun sehingga badan mereka kelihatan seperti remaja berumur 18 tahun dan berhenti membesar selepas 5 tahun hidup, namun kuasa magik mereka akan terus meningkat dari masa ke masa." kata Keith menerangkan dengan ringkasnya tumbesaran Naga.

Irina kagum melihat bayi yang tadi masih kecil sudah besar.

"bangun sendiri!" kata Keith kasar kepada baby Naga itu, Irina terkejut mendengar Keith kasar dengan bayi itu.

"keith. janganlah kasar dengan dia." Irina menghulurkan tangannya untuk mendukung budak itu, tapi Cadee segera menahan tangan Irina.

Irina hairan mengapa suami-suaminya itu bersikap begitu, takkan dengan budak pun diorang nak cemburu? Irina tidak puas hati dengan mereka semua.

"Irina anak naga tak boleh dimanjakan, kalau mereka dah tumbuh dengan kasih sayang mereka akan obsess dengan satu orang saja dan lama-kelamaan mereka akan menyedut semua Mana yang ada dalam badan." ujar Keith lalu mendukung budak itu, dia membalut badan budak itu dengan kain yang entah dari mana dia dapat.

"Tapi dia masih kecil." kata Irina sayu, sebenarnya dia sangatlah menyukai budak-budak.

Keith memandang budak itu lama, mereka tidak akan boleh berteman kerana dari clan naga yang berlainan.

"Yuie White, nama kau mulai sekarang." kata keith lalu membawa Yuie kecil masuk ke dalam kereta mereka, Irina mengekori keith. suaminya yang lain membersihkan jalan raya di hadapan supaya mereka boleh lalu dengan mudah.

"Irina, kalau awak nak baby saya boleh buat juga. cuma awak tak boleh sentuh budak ni, it's not ours." Ujar Keith serius.

"Apa yang akan jadi kalau saya sentuh?" soal Irina.

"dia akan obsess dengan awak." kata keith lalu menutup pintu, dia berpusing menghadap Irina.

Irina mendongak memandang wajah sayu Keith.

"Hanya saya naga yang awak boleh sentuh, yang lain tak boleh. perhaps Cadee pun tak rela nak bawa awak balik rumah dia yang ada banyak saudaranya, you might marry another man." kata keith dengan nada sayu.

'kenapa pula diorang selalu fikir aku nak kahwin lagi? semuanya dah cukup lah. Ni lebih lagi!' Irina memeluk Keith erat, dia perlu terus meyakinkan suaminya itu untuk mempercayainya.

"No more husband keith, awak semua dah cukup." balas Irina lalu senyum manis kepada Keith.

"Good then." balas keith lalu memeluk Irina juga.







TBC

VOTE

Upside down [TAMAT]Where stories live. Discover now