#1:Dreamer

32 5 6
                                    

Malam yang penuh dengan kesunyian dihiasi bunyi cengkerik diwaktu malam dan juga bunyi nyanyian katak selepas hujan. Di sebuah kampung yang ramai penduduknya. Dimana semua orang kampung sedang nyenyak melayan mimpi mereka tanpa sedar akan dunia diluar mimpi. Kedinginan yang amat sejuk selepas hujan membuatkan ramai penduduk disitu dibuai mimpi dengan tenang. Tiba Tiba.....

Di sebuah ladang jagung yang besar ekarnya. Kemungkinan dalam 2-3 ekar besarnya ladang tersebut. Khai terbangun dari tidurnya dan mendapati dia sedang berada di tengah-tengah ladang jagung tersebut.

    "Apakah tempat ni? Bukankah, Aku sepatutnye dekat rumah? Kenape aku dekat sini?" Timbulnya persoalan seorang budak lelaki yang muncul entah dari mana.

      Ketika Khai sedang sibuk berfikir kenapa dan mengapa dia disitu. Secara tiba tiba dia melihat banyak kelip-kelip sedang terbang keluar dari ladang menuju ke langit. Khai terpesona melihat kelip-kelip itu terbang menghias pemandangan di depan matanya dan juga kelip-kelip itu juga mampu menghilangkan rasa takutnya dengan sekejap.

   "Kau... Kau ke orang yang terpilih tu?" Kata-kata misteri yang dikatakan oleh lembaga disebalik Khai.

  Khai terkejut akan suara itu dan dia cuba menoleh kebelakang dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat lembaga hitam tinggi lambai dibelakangnya. Beliau jatuh kebelakang dan mengheret dirinya kebelakang dengan cara yang takut dan gementar.

  "Ape ni? Siape dia ni?" Jeritnya didalam hati.

  Si lembaga itu penuh dirinya dengan kegelapan sehinggakan Khai tidak dapat melihat lembaga tersebut dengan begitu teliti kerana penuh dengan kegelapan. Lembaga tersebut penuh berbaju hitam, memakai topi koboi berwarna hitam dan mempunyai senjata tajam di tangan kirinya. Dia mendekati Khai secara perlahan dan berkata "orang terpilih macam kau ni sepatutnye mati ditangan *kami*! Dan tidak patut wujud didunia ni!"

"Apa? Apa salah aku?! Ape maksud kau dengan 'kami'? Siapa kau?! Tolong jangan bunuh aku?!" Tanya Khai dengan nadanya yang begitu takut sekali bagaikan dia tahu yang dia akan mati bila-bila masa sahaja kalau dia tidak lari.

"Dunia ni tidak sepatutnye terima kau!" Jerit lembaga itu sambil mengangkat senjata tajamnya dan bersedia untuk menusuk budak lelaki tersebut. "Wahai!!! DREAMER!!"

Khai bangun dari tidur dengan keadaan terkejut. Dia duduk diatas katilnya sambil menutup mukanya dan meraba dadanya. Lega dirinya apabila mendapati bahawa tiada satu pon kesan tusukan berada di tengah dadanya.

"Ah~ bodoh... Kenape dia datang lagi?" Khai memandang ke atas melihat syiling atap biliknya dengan menarik nafas lega.

  Dia sedar yang sebentar tadi adalah mimpi sahaja. Khai melihat jam menandakan waktu jam 0830. Pada waktu yang sama beliau melihat kalendar 202X dan menandakan hari ini adalah hari beliau keluar rumah untuk menyambut hari jadi kawannya, Ina.

Khai bangun dari katilnya dengan keadaan separuh bogel. Hanya dengan memakai seluar pendek tanpa baju. Khai memanaskan badannya diruang biliknya yang sedikit luas bagi memenuhi rutin hidupnya apabila bangun dari tidur. Setelah selesai beliau mengambil tualanya dan menuju ke bilik air dalam biliknya.

  Sebelum dia menuju ke bilik airnya, Khai sempat membuka radio bagi memenuhi ruang kesunyian biliknya. Selepas itu, beliau terus menuju ke dalam bilik air untuk mandi.

The DREAMERWhere stories live. Discover now