#3:Pagar sesat

7 1 1
                                    

KINI

          "Tapi aku peliklah macam mane kau boleh jumpa dorang dengan cepat eh? Ko hacker ke?" Tanya Harith sambil matanya fokus memandang ke arah jalan raya yang sedikit sesak dihadapannya.

Khai masih terdiam kerana memikirkan nasib rakannya Ali apabila adik rakannya itu ditimpa musibah yang besar.

"Lebih kurang macam tulah. Tapi kalau aku cerita pon bukannya kau paham pon sebab bende ni bende I.T. banyak bende ko kene belajar Harith." Jawab Khai selamba.

5hari yang lepas

        Pada suatu malam di rumah Khai, Khai yang sedang melayan mimpi tidurnya itu terasa seperti terganggu. Khai yang sedang enak melayan mimpi tiba-tiba riak wajah Khai bertukar kepada kerutan.

Di dalam mimpi

      "Tolong! Tolong! Lepaskan aku!!" Jerit suara wanita misteri.

Khai membuka matanya di alam mimpi itu dan bingkas bangun. Khai mendapati dirinya berada di suatu kawasan lapang yang tiada penghuni.

"Suara siapa tadi?" Kata Khai didalam hati.

Khai cuba untuk meneroka tempat itu dengan melangkahkan kakinya dengan perlahan.

"Tolong!!" Jerit suara misteri itu sekali lagi.

Tema disekeliling Khai bertukar kepada suatu kawasan seperti dunia realiti. Khai bingung dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

"Tadi lapang lepastu ada dinding pulak? Rumah? Taman?" Khai masih bingung dan terus berganjak untuk mengenal pasti dari mana suara itu datang dari jauh.

Apabila Khai ingin memulakan langkahnya yang pertama, secara tiba-tiba susunan rumah di sekililingnya menjadi rumah teres dan sususan itu menjadi susunan pagar sesat. Ia membuatkan Khai menjadi lebih bingung dengan keadaan yang tertukar di sekitarnya.

         "Sebelah sini.. mari..." Satu suara wanita misteri dengan nada yang manja memanggilnya di sebalik pagar sesat itu.

  Khai pelik akan suara itu kerana di hadapannya terdapat dua simpang. Di sebelah kiri dia mendengar suara pertolongan manakala disebelah kanan dia mendengar suara panggilan yang manja. Khai menggaru kepalanya tanda keliru.

"Aku rase. Aku patut pergi tolong orang. Dahla belah kanan ni gelap!" Jerit hatinya.

Khai sebenarnya takut sedikit akan gelap kerana dia takut akan makhluk misteri yang menunggunya.

"Tolong! Sesiapa! Cepat!" Jerit suara wanita yang meminta pertolongan itu.

Khai terus lari menuju ke arah jeritan itu. Khai mengejar jeritan itu daripada kiri terus ke kanan, ke kanan terus ke kiri. Khai hampir putus asa, kerana dia tidak dapat menjumpai satu pon manusia yang memanggil meminta pertolongan itu. Sudah empat ke lima simpang dia masuk tetapi masih tiada orang. Rumah yang dikatakan menjadi pagar sesat itu tiada pintu dan tingkap untuk dimasukinya untuk selidik.

The DREAMERWhere stories live. Discover now