#5: Penjaga

21 1 0
                                    

        "Tik!!" Apabila bunyi titisan air itu didengari. Khai terus membuka matanya dan mendapati dirinya berada di atas 'cermin dunia' dimana tempat itu kosong dan tiada sesiapa hanya bertemankan awan yang tebal dan juga satu batu yang tidak bernyawa di tengah-tengah kawasan itu. Khai jalan mendekati batu itu. Secara tiba-tiba, batu Ramada itu bertukar kepada Warna Biru muda yang tidak terang. Khai melihat sekeliling kerana takut Armada muncul di sekitarnya semasa batu itu mula hidup.

         Nampaknya tiada satu pon bunyi yang akan datang kepadanya. Lantas dia terus memegang Batu itu tanpa ragu-ragu. Batu itu kemudiannya menolak Khai dengan kuat hingga membuatkan Khai terpelanting jauh dan jatuh ke lantai. "Kenape dia tolak aku!? ." Tanya dirinya dengan keliru dalam kesakitan. Khai bangun semula dan cuba mendekati batu tersebut. Batu Ramada itu terus membuat perisai sfera yang kuat di sekelilingnya. Khai yang perasan akan perisai itu terus menghentikan niatnya untuk mengambil batu itu semula.

       Selepas itu, Khai melihat sekeliling sekali lagi untuk memastikan tiada seekor pon Armada yang muncul. Seterusnya, Khai mahu mencuba nasibnya semula. Tiba-tiba, "jangan!." Suara wanita misteri yang nyaring dan lembut suaranya menyuruh Khai untuk menghentikan niatnya. Khai terus menoleh kebelakang tetapi tiada satu pon lembaga yang menunjukkan empunya suara itu muncul. Khai terus melihat sekeliling dan dirinya terus tertanya-tanya 'siapakah empunya suara itu.'.

       "Kamu tak sepatutnye menyentuh batu manusia yang sedang berada dalam tidur yang panjang, Dreamer." Terkejut Khai mendengar kata-kata itu dan terus melihat wanita yang menemannya semalam muncul di hadapan batu Ramada itu. "Terkejut aku jela. Kenapa aku tak boleh sentuh? Boleh bawa maut ke? Satu lagi.. bende ni dah berwarna. Sepatutnya, kite kene hancurkan batu ni dan tukar dengan yang baru kan?."bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh Khai kepada wanita itu, kerana setahunya Dreamer memang pantang melihat batu yang berwarna terang dan terus menukarnya serta merta demi memberi keamanan yang selesa kepada dunia manusia dan mimpi.

        "Ye ianya boleh membawa maut..." Jawab satu soalan daripada Khai oleh wanita itu. Khai terkejut mendengarnya. "Memang betul semua batu yang sudah berwarna patut ditukarkan kepada yang baru. Tetapi jikalau kamu ingin tahu.. Batu biru ini tidak dibenarkan sama sekali untuk diambil atau ditukar. Kerana telah ade seseorang yang menukarnya berulang kali setiap bulan dan alam ini juga adalah alam milik Dreamer tersebut." Jelas wanita itu sambil mendekati dirinya ke pada batu itu. "Setiap bulan? Rajinnya dia... Jadi kalau macam tu. Batu yang aku tukar tadi, alam dia dah jadi milik aku?." Khai menanya dengan keliru lagi. "Tak semua Dreamer. Tak semua. Hanya orang yang betul-betul menjaga alam mimpi sesetengah manusia itu sahaja yang akan menjadi hak milik penjagaannya. Tetapi untuk menjadi penjaga mimpi.. kamu haruslah menjaga mimpi seseorang itu sebanyak tiga kali.. seperti contoh, harini kamu dah menukarkan batunya. Esoknya, mungkin bila kamu masuk mimpinya lagi kamu menjumpai batu itu berwarna semula. Jadi kamu akan menukarkannya dengat cepat.. dan berulang semula. Jadilah minimum tiga kali dan kamu diisytiharkan sebagai penjaga mimpi orang itu." Jelas wanita itu sambil tersenyum.

         Khai mula merasa bingung kerana apa yang dikatakan wanita itu seperti mustahil dan tidak masuk akal untuk dilakukan. Lagipon Khai ialah seorang introvert dan jarang sekali dia mahu bertemu, mahupun bergaul dengan orang lain. Melainkan hal kerja dan kawan rapatnya sahaja. Siapakah orang yang selalu memasuki mimpi Sarah ini? "Jadi, kalau mimpi ni dijaga oleh Dreamer lain.. maka aku tak bolehla tukar batu and tengok memori dia?" Tanya Khai. "Hanya batu dan Armada sahaja yang kamu tidak boleh sentuh... Tetapi memori masih lagi kamu boleh lihat.. tapi malangnya kamu masuk ke dunia mimpi seorang wanita yang sedang Koma. Dimana ianya akan menjadi mustahil untuk dilihat melainkan kamu menjumpai satu buih yang betul-betul mempunyai memori yang kamu cari selama ini." Kata wanita itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 06, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The DREAMERWhere stories live. Discover now