#2:Sarah

13 4 4
                                    

    Badan Khai menggeletar dalam ketakutan seolah-olah lembaga itu ada disebelahnya. Khai teringat akan mimpinya malam tadi kerana video tersebut tepat-tepat menunjukkan situasi yang sama seperti mimpinya malam tadi. "Betulke ni? Tolonglah cakap ni tipu! Tolonglah!" Jeritnya didalam hati kerana dia tidak percaya akan apa yang dipertontonkan sebentar tadi. "pihak berkuasa dan juga lembaga media telahpun bersedia untuk menyiasat video tular tersebut kerana kemungkinan kandungan rakaman itu boleh menjawab rahsia disebalik kehilangan seramai 20 orang setiap bulan."  Kata pemberita wanita itu. Kata-kata pemberita itu seakan-akan lembaga itu adalah pembunuh bersiri yang sentiasa menculik 20 orang setiap bulan. Itu juga bermakna setiap bulan akan ada seorang mangsa yang diculik danndibunuh oleh lembaga hitam tersebut. Ini bermakna lembaga itu telah membunuh 20 orang tersebut selama hampir 2 tahun. Khai yang masih menggigil dan ketakutan tadi masih tidak habis memikirkan mengenai lembaga tersebut. Tangannya yang mempunyai bekas makanan nasi kerabu tadi sudah kering tanpa dia sedari. "Ring Ring!!!"  Telefon Khai berbunyi disebelah makanannya dan membuatkan Khai terkejut atas bunyi telefonnya. Telefon yang berdering itu menunjukkan nama 'Harith' kawannya. Khai menarikkan nafas lega bahawa bunyi itu hanyalah bunyi telefonnya dan bukanlah bunyi yang menakutkan. Beliau membiarkan panggilan telefon itu mati seketika kerana Khai harus membasuh tangannya dan harus membuang nasi kerabunya kerana beliau tidak ada lagi rasa selera untuk makan apabila mendengar berita tersebut.

         Khai kembali ke ruang tamu dan duduk di atas sofa yang empuk sambil tangannya mengambil telefon yang terletak di atas meja sebentar tadi. "2 missed call?"  Katanya apabila mendapati kawannya menelefonnya sebanyak 2 kali. "Ring Ring!!" Telefonnya berdering semula, dengan pantas Khai menyambut telefonnya dan menjawab "yes my friend Harith! Kenape?". "Dah gerak ke belum? Kalau belum aku nak ambik kau ni. Bosanla naik kereta sorang-sorang. Kalau ade amoi takpe jugak" tanya harith untuk kepastian. Harith selalu membawa kereta kesukaannya yang baru sahaja dibeli setahun lepas dan suka menghiasi keretanya dengan tema jepun dan animasi jepun. Harith adalah seorang yang berbadan tegap tetapi mempunyai hati yang lembut dan suka akan benda yang comel. Tetapi beliau bukanlah lembut seperti perempuan. "Kau ni.. amoi je yang kau tahu.. umur dah nak tua.. kalau tongkat kau tu boleh pancut tu dah lama keluar anak seketul." Jawab Khai dengan sindiran kerana kawannya, Harith adalah lebih tua umurnya berbanding Khai dan Ina. Umur Harith hampir mencapai Umur 30 tahun dan masih bujang. Khai pula masih berumur 23 tahun. "Alah kau ni! Nanti aku cari la pasangan Yang sesuai untuk dijadikan isteri aku! Kau takpayah risau!" Kata Harith. "Also. Jawabla soalan aku tadi." Sambung Harith. "Ye, aku ikut tapi aku dekat rumah lagi ni. Ambik la aku. Aku tunggu" jawab Khai sambil mengikat tali kasutnya. "That's my man!" Kata Harith dan ditamatkan perbualan mereka dengan butang end call.

           Beberapa minit kemudian, tepat pada pukul 9:40pagi "PIN PIN!!" Bunyi hon kereta Harith berbunyi dari luar rumah Khai. Dengan segera Khai menutup semua suis elektrik di dalam rumahnya dan hanya membuka suis lampu di luar rumah sahaja. Selepas itu, Khai terus keluar rumah dan mengunci pintu dan pagar pintu rumahnya. Khai terus menuju ke kereta Nissan Supra milik kawannya, Harith. Kereta Harith dihiasi dengan warna kegemarannya iaitu merah maroon. Cermin penumpang belakangnya ditampal dengan sticker animasi jepun yang comel seperti sedang mengintai melalui tingkap. Dibelakang cermin keretanya pula ditampal Sticker "ANIME FOR LIFE" Yang bermaksud "ANIME SELAMANYA". Apabila Khai sampai di kereta Harith. Khai dapat mendengar lagu jepun yang dipasangya melalui radio Bluetooth nya. "Kuatnya dia pasang lagu ni. Macam dia sorang je yang dengar lagu. Tapi... Memang dia sorang pon yang dengar lagu jepun ni..." kata Khai didalam hati kerana Khai tahu sebelum dia memasuki kereta kawannya, suasana di dalam kereta itu akan menjadi sedikit bingit dengan lagu jepun yang dipasangnya terlalu kuat hingga boleh didengari hingga diluar kereta.

The DREAMERWhere stories live. Discover now