𝑆𝑃𝐸𝐶𝐼𝐴𝐿 𝐼𝐼𝐼

1.2K 73 48
                                    

1 year later...

"Bubuu. Yayahh" kedengaran suara budak kecil memanggil

Budak kecil tadi merangkak dari ruang tamu ke bahagian dapur. Tak mengah ke dik oii. Jauh merangkak tu.

Zul yang terasa seperti kakinya disondol oleh sesuatu terus memandang ke lantai. Eh? Masa bila budak ni sampai kat sini. Zul mengangkat badan kecil itu dalam dukungannya.

"Adik buat apa kat sini" soal Zul sambil gomol pipi anak bongsunya itu. Hajat dia nak anak perempuan tercapai.

Nama dia ialah Nur Haisya Haneez binti Zul Iskandar. Nak panggil apa? Ica sahaja.

Perasan satu persamaan tak nama Ica dengan Hariz? Tak? Hm samalah. Dah check balik baru saya nampak persamaan.

Zul Hariz Hazreeq dan Nur Haisya Haneez. Konsep Hana dengan Zul letak nama anak macam ni auu. Double e tu takde kena mengena pun. Saja letak double. Kasi gempoukk sikit.

Diorang nak kekalkan huruf H dan Z dalam nama anak diorang so tak kisah lah nak letak banyak mana pun dua huruf tu. Asalkan ada je dalam nama tu. Okay done explain.

"Bubu?" soal Ica. Zul tergelak sedikit dengar ayat yang keluar dari mulut Ica. Haih lah nak oii. Ibu jadi bubu. Ayah jadi yayah. Abang dia taknak sebut. Pandai ye buat kerja.

Dua perkataan itu jelah yang dia pandai sebut and selalu sebut. Perkataan lain dia taknak sebut.

"Ibu keluar dengan abang pergi kedai. Kejap lagi ibu balik okay" kata Zul sambil memasak sambil mendukung Ica.

Jangan terkejut! Ye betul Zul tengah memasak. Harini Hana cuti dari masuk dapur so Zul lah yang kena masak.

Kalau dekat rumah memang berkepit dengan Zul jelah si Ica ni. Dekat luar takleh berkepit sebab giliran abang dia pula berkepit dengan ayah.

Kesimpulan dia dekat sini memang mana-mana pun anak mesti nak berkepit dengan Zul. Bila je diorang nak dengan Hana? Ha bila nak makan,susu, dengan tidur.

"Assalamualaikum kesayanganku ayah dan adik montel"

"Waalaikumsalam Hariz. Lamanya keluar dengan ibu. Beli apa je?"

Hariz mengangkat barang yang ringan dari tangan Hana. Dia berjalan ke arah Zul. Excited lah tu nak tunjuk dekat ayah dia.

"Tengok ni ayah. Tadi abang pow ibu belikan baju ni haa" Hariz mengeluarkan 2 helai baju yang dibeli tadi.

"Uish ni bukan anime yang kita tengok aritu ke? Dah release ke yang?" soal Zul.

Terkejut? Giler tak terkejut baru je tengok minggu lepas. Tibe ii dah keluar baju. Mesti mahal bak hang.

"Haah. Collab dengan brand Uniqlo. Dapat offer lah bang tadi. Kalau tak memang kirim salam jelah dekat baju tu" kata Hana sambil mengambil Ica dari Zul.

"Elehhh beria lah ibu. Tadi abang nampak ibu amik baju size dewasa dua. Haa sape punya tu?" soal Hariz. Amboii nampak aje budak ni.

Hana pandang ke tempat lain. Mengelak dari pandangan mata Zul dan Hariz. Dua beranak ni kalau bab tenung orang memang sampai boleh tembus. Bahaya mat.

"Ibu nak pergi suap adik makan jap. Sian adik lapar ye. Jap eh ibu amik makanan adik" Hana meloloskan diri ke dapur. Fuh terselamat dia.

Bukan apalah kan. Yang offer tu sebenarnya untuk baju budak. Baju orang dewasa harga biasa. Dia beli dua untuk diri sendiri and Zul. Size baby tiada lagi so dia beli dari kedai baju baby tapi color baju yang sama.

Konon nak sedondon lah tu. Tapi kalau Zul tau harga dia. Uishh parah telinga mat. Pantang betul kalau orang beli untuk dia mahal ii.

"Bubuuu! Aaa" Ica meletakkan jari telunjuk yang montel tu dekat mulutnya. Nak suruh suap lagi lah tu. Ibu lambat sangat sape suruh.

Crush Si Suamiku Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt