5 | 𝐶𝑅𝑈𝑆𝐻 𝑆𝐼 𝑆𝑈𝐴𝑀𝐼𝐾𝑈

4.7K 248 8
                                    

Beberapa hari sebelum peperiksaan akhir tahun...

Hari berjalan seperti biasa dan lagi beberapa hari lagi kami akan menjalani P.A.T iaitu senang cite exam akhir tahun . Rasa macam dalam drama pulak takde angin takde ribut tiba² je dah sampai akhir tahun kan. Tapi takpe kot rasanye
___________________________________________
Sekolah

Macam biasa sebelum pergi sekolah mesti la aku akan pick up Wana dekat rumah dia and kitorang pergi sekolah bersama - sama

Hari ni kitorang masuk je kelas meja dah tersusun rapi mengikut susunan setiap kali bila kitorang exam.

Lepas je balik dari perhimpunan rasmi kami masuk semula ke dalam kelas diikuti dengan guru kelas.. Dan cikgu kitorang pun mula susun kedudukan kitorg untuk exam nnti.. And guess what guys!

Zul duduk berdekatan dengan tempat duduk aku.. Bayangkan perasaan aku masa tu! Rasa macam nak jerit je sebab happy sangat. Aku happy pon bukan sebab ape.. aku happy sebab nnti masa exam bole la aku usya dia sebab dia duduk depan aku..
___________________________________________
Exam day

Hari ni kitorang akan menduduki exam akhir tahun kitorang and keputusan exam ni lah yang akan jdi t.o.v kitorg untuk next year.. Which is next year kitorg akan jadi senior tapi takde lah senior sangat sebab sekolah kitorg ni ada form 6 sekali so..yahhh

Hmm okay so far time exam hari ni okay je dan berjalan dengan lancar.. Means no more kejadian tiru, meniru, ditiru,tertiru lalu ditangkap oleh cikgu..Haa normal la kan kalau terjadi kejadian tu sebab nama pon exam.

Mesti korang pon pernah alami kejadian ni kannnn haa okay back to the story....

Okay lepas habis jawab exam paper yang pertama kitorg pon santai dulu sementara cikgu umumkan untuk kutip paper dan halau kitorg keluar kelas untuk rehat.. And yahh mestilah kelas tu riuh mcm pasar kan,sebab masing² dah habis jawab paper. And.... masa yang dinantikan telah tiba iaitu waktu rehat..Jeng..Jeng..Jeng..tadaaa..hahaha hambar nye
___________________________________________
Rehat

Aku sebagai murid yang ingin berjaya sudah semestinya tak akan keluar rehat bila orang lain sebok nak keluar rehat.. Haa bukan sebab apa pon.. Aku taknak keluar kelas sebab aku dah bawak bekal dari rumah iaitu... biskut kering je.. Senang sikit nak makan dalam kelas sambil revise balik apa yang kami dah belajar selama ni.. Dan takde la tangan aku ni comot teruk sangat..

Selama aku duduk dalam kelas dengan beberapa pelajar lain yang ingin mencapai cita² mereka dengan berjaya tetapi sudah tentulah perlu melepasi exam ni dengan jayanya dulu... Tak pernah pulak aku nampak si dia ni masuk kelas.

Dan aku pon rase pelik tak pelik jugak la sebab dia kata kat aku yang dia nak lulus dalam exam kali ni dan dia nak buat yang lebih baik dari sebelum ni.. Tapi tulah batang hidung dia pon aku tak nampak dari tadi.

Yang aku nampak dia lalu depan kelas dengan muka sekering kering biskut kering nye dengan gaya selamba badak je..dia terus straight ke kelas sebelah untuk apa entah la mana la aku tau.

And... dah masuk waktu untuk jawab exam paper yang seterusnya baru la dia masuk kelas dan duduk tempat dia.Hmm... Aku ni dalam hati terfikir la jugak "ingatkan dah lupa jalan balik ke kelas"

Jangan salah faham pulak sebab aku ni jenis yang sarcastic and kalau yang rapat je boleh rasa kasih sayang dan kelembutan aku ni..

Aku bukan apa,taknak la orang tengok yang aku ni lemah sangat. And guess what aku lebih rela dianggap sombong dari dianggap friendly tak kena gaya.. Maksud aku friendly tak kena gaya tu... macam terlalu friendly sangat dengan semua orang sampai tak ada batas pergaulan dan terlalu gedik mengada ngada..haa camtu.

Well aku kesah apa orang nak cakap pasal aku.. Sebab aku bukan amik tau pasal orang lain pon kecuali orang ii yang penting dalam hidup aku such as my family,my friends and others yang mane tak adela stranger sangat bagi aku.. Selalu jugak la aku dengar yang orang cakap aku ni hati batu or hati keras sebab aku ni tak mudah jatuh and hati kental.

Aku pon tak tau sebab ape dorang gelar aku macam tu tapi aku rasa maybe sebab aku ni ok je bila orang bergurau kasar dengan aku.. And aku pon jenis yang kepala masuk air jugak or senang cakap kepala gila² ha camtu ..
___________________________________________
Last day exam

Wau dah last day exam la..fuhh tarik nafas lega kitorg bila dah sampai hari kemuncak untuk lepaskan segala yang kitorg dah belajar selama setahun memegang gelaran form 4 ...
___________________________________________
Last paper

Okay kita skip sikit eh bole kan?...Lantak la aku nak skip jugak.hehehe..

As always bila dah selesai jawab paper exam je aku akan tenung depan lama ii pastu sambil usya si Zul ni dah siap jawab ke belum and mestila dia belum siap.

So aku dengan harapan tak nak mensia - siakan peluang yang ada,aku pon usya je la dia menulis.

Lepastu tiba ii je dia letak pen and curi ii pandang belakang untuk tengok aku..and aku pon..tiba ii ....terasa hangat pulak pipi aku..haish dia ni memang nak kena ngn aku ni. Lepas dia nampak yang aku mula blushing dia pon senyum sikit lepastu sambung menulis balik..

Aku pon dengan perasaan yang bercampur baur dan teragak agak..terus aku bangun and mintak kebenaran cikgu untuk ke tandas..Dalam perjalanan tu aku sengaja jalan lambat ii walaupon itu sebenarnya bukan normal speed aku..

Ok skip lagi..
___________________________________________
Balik dari tandas

Sampai je kat pintu kelas,aku bagi salam tapi slow je sebab taknak ganggu yang lain and terus laju je aku menuju ke tempat duduk aku..Nasib tempat duduk aku tu dekat je dengan pintu kelas..

Lepas aku duduk tu...ape yang ditunggu lagi..Aku pon terus letak kepala and tidur la. kalau aku tak tidur nanti aku asyik nak pandang dia je.. Better aku tidur lagi bagus dari senyum sorang ii sebab dia..

__________________________________________

A/N: Okay sorry sangat² korang sebab dah lama tak update story ni..Busy dengan school.And sorry jugak sebab chapter kali ni pendek je and sorry kalau ada kesilapan typing or typo ha senang sikit nak type😂.. Okay harap korang enjoy la dengan chapter kali ni tapi untuk chapter yang akan datang saya akan cuba buat dalam bentuk dialog so senang sikit kan nak baca nanti. Okbye❤️

P/s: jangan lupa vote or comment kalau ada yang nak saya buat penambahbaikan ke apa ke saya okay je dan saya akan cuba buat sehabis baik okay korang 😍

Crush Si Suamiku Where stories live. Discover now