4 | 𝐶𝑅𝑈𝑆𝐻 𝑆𝐼 𝑆𝑈𝐴𝑀𝐼𝐾𝑈

5K 254 16
                                    

Selepas beberapa bulan.... (pertengahan tahun)

Ok la disebabkan dah pertengahan tahun jadi kami pon sudah tentu sibuk dengan persiapan peperiksaan pertengahan tahun yang akan tiba tak lama lagi.. Jeng Jeng jeng...

Masing ii struggle untuk study.. Tapi seperti biasa... dah nama pon manusia la katakan, mesti la ada yang malas untuk study tapi nak berjaya. Haa macam mana tu😂

Hari berjalan seperti biasa dan.......
___________________________________________

Pada waktu rehat...

Aku pergi rehat dengan kawan - kawan aku dekat kantin, mcm biasa sambil - sambil nak tengok crush aku duduk mana.. Tapi tulah aku tak nampak pon mana dia,yang aku nampak cuma bodyguard dia iaitu Imran dan Affiq. Aku rasa pelik kenapa dia tak pergi kantin.

Bila kitorang dah habis makan, kawan - kawan aku ajak pergi coop nak beli makanan ringan untuk makan dalam kelas.. Tapi aku tak ikut dorang dan aku terus je menuju ke kelas.

Bila aku sampai dekat kelas,aku pon tengok la dekat meja crush aku dan aku nampak dia tengah tidur.. Aku pon fikir, maybe dia penat kot malam tadi sebab tu dia tidur dalam kelas.. Aku pon terus duduk dekat tempat aku dan buka buku untuk buat revision.
___________________________________________
Waktu balik...

Setelah selesai solat zohor berjemaah bersama murid - murid yang lain serta guru - guru, aku pon terus menuju ke luar surau untuk memakai kasut.

Selesai sahaja memakai kasut,aku pon menunggu kawan - kawan aku yang datang ke sekolah menaiki motosikal. Kami pon berjalan bersama - sama menuju ke motosikal kami. Apabila sudah sampai di garaj motosikal kami pon mengucapkan selamat tinggal.

Bila aku nak start moto aku, aku nampak Zul
duduk dekat tempat menunggu betul - betul berhadapan dengan garaj moto. Cuma dipisahkan dengan pagar sekolah saja.. Aku di dalam dan dia di luar.. Aku pon pelik la kenapa dia tak naik moto dia?

Disebabkan aku ni jenis yang curious, jadi aku tunggu sampai la aku nampak adik dia sampai dan dia pon pergi naik moto dengan adik dia.. Masa tu aku pon cepat² start moto dan keluar dari kawasan sekolah.

Aku cadang nak ikut belakang dorang tpi aku tak nampak pon kelibat dorang.. Aku pon dah rasa macam sedih je sebab tak sempat ikut... Bila aku lalu depan satu warung ni, aku ternampak muka yang familiar.

So aku slow kan moto aku dan tengok orang tu.. Rupa - rupenye dorang lepak dekat kedai tu. Aku pon rasa lega sebab nampak dia kat situ.. Dan aku pon teruskan perjalanan aku balik ke rumah.
___________________________________________
Di rumah..

Sampai je rumah aku terus masuk bilik aku dan tercari - cari phone aku dekat mana.. Lepas je aku jumpa phone aku,terus aku buka WhatsApp dan chat Zul...

Hana : Weh Zul

Zul : Ye kau nak ape

Hana : Tadi tu adik kau ke?

Zul : Yang mane?

Hana : Yang ambik kau dari sekolah tadi tu

Zul : Ooh yang tu. Haah tu adik aku yang bawah aku

Hana : Ooh adik kau rupanye. Aku nampak korang dekat warung tadi masa aku nak balik

Zul : Adik aku yang sorang ni memang suka belanja abang dia

Hana : Waish untungnye dapat adik yang suka belanja abang dia. Ok lah aku nak pergi study bye Zul

Zul : Haha adik aku memang camtu, kalau dia ada duit dia belanja la aku..Okay kau pergi lah bye Hana

___________________________________________
Malam

As usual, lepas solat isyak aku akan study sorang ii dalam bilik. Dengan syarat phone mesti kena ada dekat sebelah aku.

Kadang ii aku guna untuk dengar lagu sebab bosan. Tapi mostly phone aku letak tepi sebab akan ada manusia yang chat.

Hari biasa elok je sunyi. Tapi malam exam mesti ada punya orang yang akan chat sebab nak tanya study bab ape or kena baca apa je.

Tiba ii phone aku vibrate. Eh siapa pulak call ni.

Tanpa fikir panjang terus aku pick up. Terkejut aku tibe ii dengar suara lelaki. Jarang ii budak lelaki nak call aku.

Rupenye Zul dengan Deen buat group voice call dengan aku. Buntu taktau nak study apa untuk paper esok hari.

Deen n Zul : Assalamualaikum, Hana

Hana : Waalaikumsalam. Nak ape call aku?

Deen : Err nak mintak tolong boleh?

Hana : Tolong ape?

Zul : Tolong kitorang study untuk esok

Hana : Haishh tulah cikgu bagitau dalam kelas taknak dengar. Sembang lagi

Deen : Bukan sengaja weh. Tolonglah bolehh??

Hana : Eh kauu. Ape guna Dina tu? Tanyalah dia

Deen : Takleh. Sebab dia tengah merajuk dengan aku

Hana : Haih yelahh .Sekejap je okay. Takleh lama ii satgi aku nak makan

Zul : Okay

Deen : Thank you na

Hana : Welcome

Dan aku pun meneruskan sesi study group online dengan diorang. Ada part yang diorang tak faham, diorang tanya aku.

Aku cuba terangkan setakat kemampuan aku. Tapi kalau tak jalan jugak terpaksa lah aku send gambar macam mana nak selesaikan soalan tu dekat diorang.

Siap buat group whatsapp lagi weh. Bukan maenn. Laju je buat kerja. Ahli tiga orang je hahaha

Ini membuktikan bahawa aku kena join diorang punya study group untuk hari lain jugak.

Takpelah asalkan diorang semangat nak belajar. Even last minute.

————————————————————————
A/N

Okay guys sorry sangat² sebab dah lama tak update...Saya busy dengan skolah sejak kebelakangan ni dan terlupa untuk update..So harap korang enjoy baca cerita Saya yang tak seberapa ni dan maybe hambar..Tapi saya cuba untuk perbaiki ok..Untuk chapter yang seterusnya maybe lambat lagi nak update ..Tapi saya dalam proses untuk chapter yang seterusnya.. Harap korang bersabar ok 😂

Thanks kepada yang sudi baca ❤️

P/s; sorry sebab chapter yang pendek

Crush Si Suamiku Where stories live. Discover now