1| 𝐶𝑅𝑈𝑆𝐻 𝑆𝐼 𝑆𝑈𝐴𝑀𝐼𝐾𝑈

10.9K 325 27
                                    

Hana POV

Esok merupakan hari pertama dalam sesi persekolahan Hana pada tahun 2019 ini. Sudah tentu dia telah menyiapkan segala persediaan untuk bersekolah esok.

Debaran semakin terasa di dada. Ya Allah dia punya nervous tu, tak boleh nak bawak bincang dah. Kena pergi sekolah je kot, tapi perasaan Hana macam nak ke medan perang. Over betul perangai.

Hari ini Hana bangun lebih awal dari biasa. Selesai mandi, solat subuh dan sebagainya dia pergi ke dapur dan bersarapan dgn mak. Setelah selesai,dia bersalaman dengan kedua-dua ibu bapanya.

Sejurus selesai memakai kasut,dia menuju ke arah motosikaldan mula menghidupkan enjin moto tersebut. Hana bernasib baik pada pagi ini kerana moto kesayangannya ini tidak buat hal.

Lalu dia meneruskan perjalanan ke rumah kawannya iaitu Wana. Sudah menjadi rutin harian untuk menumpangkan Wana sebelum ke sekolah.

__________________________________

"Bosannye harini!!!" tutur Nisa sambil memandang tepat ke arah Hana

Ya memang bosan bagi kami yang baru sahaja naik ke Form 4. Kerana kami masih lagi belum diagihkan ke kelas masing-masing. Oleh kerana orientasi kami masih lagi berlangsung di dewan selama seminggu.

"Kalau boring,duduk diam. Melukis ke ape ke, ni tak, dok nyonyet je dari tadi" tutur Hana dengan nada yang perlahan. Malas sebenarnya melayan kerenah Nisa ni.

Dengan pantas Nisa menjawab, "Kau tak pelah kau reti lukis, aku ni mane reti lukis secantik macam kau" tuturnya sambil memandang ke arah lukisan Hana.

"Kau ni rabun ke ape?! Aku tengok buruk je. And lagi satu, dulu aku pon tak reti lukis jugak sama macam kau.  Tpi aku berusaha memperbaiki lukisan aku sedaya upaya hari demi hari. Sebab usaha tangga kejayaan" nah kau setepek aku bagi.

Nisa hanya mengangguk sebagai tanda dia setuju dengan nasihat Hana. Lagipun dia malas hendak berbual panjang, bukannya dia tidak kenal dengan perangai Hana yang tak reti mengalah apabila bercakap. Asyik mahu menang sahaja.

Daripada bertengkar dengan Hana, lebih baik dia membawang dengan Wana. Sekurang-kurangnya tidak perlu memikirkan sakit kepala dengar jawapan Hana.
__________________________________

Setibanya waktu pulang

"Yess! Finally, dah sampai waktu balik. Bye korang,see you tomorrow chaw luh" ujar Hana sambil melambai ke arah rakan-rakannya.

Wana hanya tertawa kecil, melihat telatah kawannya itu yang seperti kanak-kanak Ribena.

Dengan mereka sahaja Hana perangai macam ni. Jarang nak behave. Tapi kalau dengan orang lain kemain pendiam dan introvert lagi perangai dia.

__________________________________

Minggu ke-2 persekolahan

Seperti biasa,keluar sahaja dari perkarangan kawasan rumahku,aku akan pergi ke rumah Wana dan dia ke sekolah bersama-sama denganku.. Hari ini merupakan hari pertama pembelajaran aku sebagai Form 4 untuk tahun ini.

Untuk hari pertama, aku, Balqis, Wani, dan Kirah ditempatkan di kelas 4 Majah.. Namun semua itu hanya sementara.Kerana pada hari kedua, kami berempat memohon kepada guru yg bertanggungjawab untuk pemindahan kelas kami.. Alhamdulillah permohonan kami untuk tukar kelas diluluskan.

Jadi, sebelum balik kami berempat mengambil lebihan meja dari kelas lain dan tempatkan di dalam kelas baru kami.

Ini merupakan perkara yg sangat  menggembirakan kepada kami, dan kami belum lagi informkan kepada kawan kitorang yg lain...

__________________________________

Keesokan harinya

"Wei korang!!! Kitorang(aku,wani,balqis,kirah) ade berita sedih ni"tutur aku sambil membuat ekspresi sedih.

"Hah?! Kenapa ni korang, jangan sedih-sedih.. Bagitau la kitorang what had happen kat korang?! " tutur Wana,Nisa,Aida dan Dina serentak dengan reaksi yg mengejutkan dan juga melucukan bgi aku .

Diorang berempat punya muka terkejut tu memang scary gile.. Macam terserempak ngn hantu..........
___________________________________________

A/N:

Okay...Sorry sebab lambat.. Tpi saya akan usahakan untuk update setiap hari ataupun dua hari sekali. And also sorry kalau tak selesa dengan ayat yg saya gunakan untuk menggambarkan diri watak Hana.Sebab saya dah terbiasa dgn panggilan aku.

Oh ya....
Nyonyet  means bising( saya saje je create ayat ni sebab nak bgi bunyi lain dri lain😂

Crush Si Suamiku Where stories live. Discover now