3

680 54 11
                                    

[kejutan yang tidak mengejutkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[kejutan yang tidak mengejutkan.]

4:53 a.m.

Tidur Nareen diganggu apabila terdengarkan bunyi enjin kereta.

'Luth dah bangun?' pelik Nareen.

Biasanya pada jam sebegini Luth masih tidur. Nak pergi kerja dah ke?

"Ah biarlah! Bukannya aku kisah pun pasal dia. Baik aku call Nazmi." kata Nareen lalu mengambil telefonnya.

Dia mencari nama 'Nazmi ♡' di kenalannya.

Jumpa!

kring kring

kring kring

kring kring

'Eh Nazmi tak angkat pun? Biasa dia jawab call aku.' bisik hati Nareen.

kring kring

kring-

"Hello, Nareen? Nak apa?"

Amboi kasarnya balas.

"Hai sayang, you buat apa tu?"

"Nareen, I ada benda nak cakap."

Hati Nareen mula berdebar.

"Boleh tak you lupakan pasal kita? Lupakan hubungan kita selama ni. Anggap 2 tahun tu tak pernah ada dalam otak you. Anggap I tak pernah wujud."

Dan disitu, hancur berkecai hati Nareen. Sudah 2 tahun mereka jalinkan hubungan bersama, kenapa Nazmi buat dia begini?

"But why Nazmi? Kenapa you nak break? I ada buat salah dengan you ke?"

"Ada Nareen, ada. You dah kahwin kan sebenarnya?" tanya Nazmi, curiga.

Terbuka luas mata Nareen apabila mendengarkan soalan itu.

'Mana Nazmi tahu ni?'

"Mana you tahu ni?" tanya Nareen, gelisah.

"I kawan Luth." kata Nazmi.

'Kawan Luth?'

"Dahlah Nareen. I dapat tahu yang you isteri Luth pun pagi tadi. And now, Luth tengah on the way nak jumpa I."

tetttt!

Nareen terus mematikan panggilan tersebut. Lagi mengejutkan apabila tahu Luth bakal bertemu dengan Nazmi.

Nareen tiba-tiba risau tentang Luth. Macam mana kalau Luth dengan Nazmi bergaduh? Bertumbuk?

'Arghh aku nak pergi dekat Luth. Aku tak nak dia sakit...' bisik hati Nareen tiba-tiba.

Tanpa melengahkan masa, Nareen terus mengambil telefonnya dan mengesan kedudukan Luth.

Kalau diikutkan, Luth berada 10 kilometer dari rumah mereka.

Nareen terus bersiap ala kadar. Dia turun ke bawah dan mengambil kunci keretanya. Dia mula mengejar Luth.

+++

Sampai sahaja Luth di kediaman milik Nazmi, dia terus memberi salam.

"Ha Luth, jemput ah masuk." kata Nazmi.

Luth melangkah ke dalam rumah Nazmi. Mereka duduk di atas sofa.

"So, macam mana kita nak start cerita ni?" tanya Nazmi.

"Kau memang tak tahu ke Nareen tu bini aku?" tanya Luth.

Nazmi menghela nafas.

"Sumpah bro aku tak tahu pun Nareen tu bini kau. Aku tahu pun sebab Carl terlepas nama Nareen dekat aku. Lepastu aku paksa Carl bagitahu siapa bini kau, rupa-rupanya Nareen. Tapi kau jangan risau Luth, aku dah minta putus dengan Nareen. InsyAllah lepasni aku janji aku tak kacau rumah tangga korang." panjang lebar Nazmi berbicara.

Luth juga turut sama menghela nafas. Well atleast sekarang ni Nareen dah putus dengan Nazmi.

ting tong!

ting ting ting-

"Eh eh siapa pulak yang main tekan loceng ni?" hairan Nazmi.

Nazmi bergerak menuju ke arah pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Nareen dihadapannya.

"Apa you buat kat sini?" tanya Nazmi.

"LUTH MANA??!!" tanpa menjawab soalan Nazmi, Nareen terus menanyakan keberadaan Luth.

"Sayang? Cari abang ke?" Luth yang muncul dari belakang juga terkejut dengan kedatangan Nareen.

"Korang tak gaduh ke? Tak bertumbuk? Cekik eachother?" dengan penuh hairan Nareen bertanya.

Nazmi dan Luth memandang satu sama lain kemudian tergelak.

"Aduh sayang ni. Ingat ni cerita Hindustan ke nak bertumbuk bagai?" ketawa Luth.

"Entah. Tak worth it pun rebut perempuan." kata Nazmi.

+++

Sesampainya Luth dan Nareen dirumah, Nareen terus menghempaskan dirinya di atas sofa.

Malulah pukul 5 pagi buat kecoh. Dekat rumah Nazmi pula tu.

"Sayang, be honest. Sayang risaukan abang eh tadi?" usik Luth.

Nareen hanya menjelingnya dengan pandangan maut.

Dia kemudiannya terus bergerak naik ke atas bilik.

Dari penulis,
kepada hati
pembaca.
🤍

Luth Haqqi [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now