5 ( last )

1K 70 16
                                    

[selamat tidur kekasih hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[selamat tidur kekasih hati.]

4:38 p.m.

Tangan Luth ditarik oleh Puan Aini secara tiba-tiba.

"Ye ibu, kenapa?" tanya Luth.

"Luth tahu kan esok hari jadi Nareen?" soal Puan Aini.

Eh, esok 5/9 ke? Aih lupa pula.

"5/9 kan ibu?" tanya Luth.

"Ye, takkan Luth lupa kot?" tanya Puan Aini.

"Eh ingat je ibu hehe. Luth ingat nak belikan dia kek and hadiah dia." kata Luth.

"Ibu jemput semua sepupu Nareen esok. Nak buat majlis kecil-kecilan saja." kata Puan Aini.

"Oh iya? Kalau macamtu Luth pergi beli makanan lah apa semua." kata Luth.

Puan Aini mengangguk setuju.

8:00 p.m.

Puan Aini dan Nareen sedang sibuk menyusun lauk.

Sementara mereka sedang menyusun lauk, Luth dan Tuan Rashidi berbual-bual di balkoni.

"Luth dengan Nareen macam mana? Dah okay ke sekarang?" soal Tuan Rashidi.

"Macamtulah yah, belum lagi. Semalam baru dia putus dengan boyfriend dia. Rupa-rupanya boyfriend Nareen tu kawan Luth, Nazmi." cerita Luth.

"YaAllah putus jugak dia yaAllah. Ayah ingatkan kalau kahwinkan dengan kamu, dia akan putus dengan Nazmi tu. Haih Nareen, Nareen." terkejut Tuan Rashidi mendengarkan perihal itu.

Luth hanya tersenyum, tenang.

Hati Tuan Rashidi tiba-tiba terasa tidak enak.

+++

10:35 p.m.

Selesai sahaja makan malam sebentar tadi, mereka sekeluarga terus duduk di ruang tamu dan berbual.

Puan Aini dan Tuan Rashidi sudah masuk tidur. Hanya tinggal Luth dan Nareen di ruang tamu.

[ Tolong buka lagu
Aku Datang - Tomok
secara ulang. Terima kasih. ]

"So, Luth. Aku nak minta maaf, dari hujung rambut aku sampai hujung kaki. Aku minta maaf sebab tak pernah hormat kau sebagai suami. Aku harap kau halalkan makan minum aku. Moga lepasni insyAllah kita dapat jadi suami isteri yang betul-betul suami isteri." kata Nareen.

Ya, tiba masanya untuk dia minta maaf kepada Luth. Luth tak pernah buat salah pada dia. Perkahwinan ini pun bukan Luth yang minta. Luth tak pernah memberontak seperti mana Nareen memberontak. Perkahwinan ini pun dibuat oleh ibubapa Nareen dan arwah ibubapa Luth.

Luth Haqqi [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now