2 || We Meet Again (Ejen Ali) [1]

457 13 2
                                    

So ni akan jadi short story pertama. Leeya tak tahu tajuknya ada kena mengena tak dengan story nya 😂

Dah lama tak type story RuLi 🤔

.

.

.

Terlihat seorang lelaki sedang tercungap-cungap berlari ke arah musuh yang sedang melawan ahli pasukannya tidak jauh dari tempatnya.

"Huff!! Huff!!"

Dia terus berlari sambil menggenggam kedua-dua pedangnya walaupun dia tahu yang badannya sudah dipenuhi luka akibat pertarungan sebelum ini. Sedang dia berlari, tiba-tiba dia terpijak satu lubang sehingga dia hilang keseimbangan badannya dan...

(BRUKK!!)

Jatuh tertiarap ke tanah. Dia menggenggam penumbuknya, geram dan cuba memaksa badannya untuk bangun, namun usahanya hanya sia-sia kerana badannya sudah tidak mampu untuk bergerak lagi.

"Tch!! Tak guna!! Aku kena bangun!! Musuh kat depan tu je!!"gumamnya, masih lagi cuba untuk bangun.

Tidak jauh dari situ, terlihat seseorang sedang berlari anak ke arah lelaki yang sudah jatuh itu.

"R-Rudy... Aku harap dia tak apa-apa..."monolog lelaki itu. Matanya tidak lepas dari memandang orang itu 'Rudy'.

Tidak lama kemudian, dia dapat lihat beberapa orang askar musuh bersedia melepaskan tembakan anak panah. Lebih merisaukan apabila dia menyedari anak panah itu terarah pada Rudy. Lelaki itu mempercepat lariannya.

"Rudy!!!"teriaknya tanpa menghentikan lariannya.

Mendengar namanya dipanggil, Rudy langsung menoleh. Membulat mata Rudy apabila melihat orang yang paling dia tidak ingin memasuki medan peperangan berlari ke arahnya.

"A-Ali-- Tuanku?!!"soal Rudy, terkejut setelah melihat orang itu 'Ali'.

"Tuanku!! Jangan dekat!! Bahaya!!"teriak Rudy sekuat hatinya untuk menghentikan Ali dari terus mendekatinya. Namun, Ali langsung tidak menghiraukan larangannya.

Tanpa disedari, anak panah pihak musuh telah dilepaskan betul-betul ke arah tempat Ali dan Rudy berada. Ali yang menyedarinya langsung melindungi Rudy dengan menjadikan badannya sendiri sebagai perisai.

(ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!)

"Ack--"

Rudy seakan-akan tidak mempercayai apa yang sedang dilihatnya. Orang yang sepatutnya dia lindungi sedang melindunginya daripada serangan yang sepatutnya mengenainya. Rudy berusaha bangun dari jatuhannya tadi dan langsung menangkap Ali sebelum sempat badan Ali jatuh ke tanah.

"Tuanku!! Tuanku!! Bangun!!"panggil Rudy sambil menggoyang-goyangkan(?) sedikit badan Ali, untuk menyedarkannya tetapi tidak mendapat sebarang respon.

Rudy panik. Dia juga dapat lihat ada darah yang mengalir keluar dari mulut serta bahagian badan Ali. Tanpa berlengah, Rudy terus melangkah pergi dari kawasan itu, mengabaikan segala kecederaan yang terdapat pada badannya. Dia ingin-- Tidak, dia mesti membawa Ali ke tempat yang lebih selamat.

*Di suatu tempat*

Rudy menyandarkan Ali di sebatang pokok dan mula menanggalkan anak-anak panah yang tertusuk pada badan Ali. Darah mula mengalir keluar dari kawasan yang yang tertusuk menjadikan Rudy semakin panik. Dia berniat ingin mencari bantuan, tetapi niatnya langsung dibatalkan apabila Ali tiba-tiba memanggil namanya.

ʙᴏʙᴏɪʙᴏʏ ᴀɴᴅ ᴇᴊᴇɴ ᴀʟɪ sʜᴏʀᴛ sᴛᴏʀʏWhere stories live. Discover now