Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Lip balm berperisa strawberry aku oles dibibir dengan lembut .
" Sweet and sour as always "
Strawberry memang buah yang paling aku suka didunia ini . Hampir semua alat solek berasaskan strawberry and pink . Siapa saja yang tidak menyukai strawberry didunia ini ? Rasa masam dan manis pada masa yang sama menjadi favourite semua .
Aku pun meninggalkan ruangan tandas tersebut lalu melangkahkan kakiku sehingga tiba dikelas .
•
" Jun-ah , Papa nak borak kejap dengan kawan lama tau " ujar lelaki yang berumur dalam lingkungan 50 an kepada Choi Yeonjun .
Yeonjun mengangguk perlahan sebelum ayahnya masuk kedalam bilik disiplin .
Tangannya kemas dimasukkan kedalam poket hoodie yang tebal . Badannya disenderkan didinding berhadapan dengan bilik disiplin . Disebabkan bosan , dia mengambil keputusan untuk melihat kawasan sekolah sekejap .
Angin bertiup sayu taktala dia sedang menikmati redup dibawah pokok yang besar . Suasana tersebut membuatkan seseorang yang amat dia sayang suatu ketika dahulu terlintas difikirannya .