Prolog | her annoying headprefect

140 24 27
                                    

" The sweetest storyline is our love story "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" The sweetest storyline is our love story "

TERGESA - GESA Syaikha berlari ke arah pintu pagar sekolah akibat terlambat. Dia tahu, dia lari pun dah tak ada makna. Nanti tetap kena denda juga. Tapi better dia cepat sikit kan?


" Kau lambat lagi, Syaikha Aryana binti Dato' Ariz " kata seseorang mendatar dengan buku dan pen dipegang di tangan kanan. Manakala, tangan kiri dimasukkan ke dalam kocek seluar.

" Huh, pahal aku tak ingat yang mamat annoying ni bertugas harini? " bebel Aikha perlahan. Sempat dia menjeling lelaki itu. Dah la annoying, berlagak pula tu. Nasib kacak. Eh?

" Pot pet pot pet, aku tulis nama kau dalam buku ni dan kau boleh masuk. Jangan lupa jumpa aku dekat padang sebelum balik sekolah " pesan Hayyan Quesyairy. Tangannya sibuk menulis nama Aikha di dalam bukunya. Aikha masih statik di hadapan Que.

" Masuk lah, aku tahu aku hensem. Tak payah cakap. Dah shuh! " halau Que selamba. Aikha menjeling Que lalu berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah dengan kaki dihentak-hentakkan. Que menggeleng perlahan.

[ Let's see who will be the winner ]

" EEE! menyampah aku! " bentak Aikha perlahan lalu menghempaskan begnya di atas bangku. Dia memeluk tubuh sambil memikirkan bagaimana mahu mengenakan Que.

" Woi, kau okey tak? Hempas - hempas. Dah la hempas atas bangku aku. Kalau bangku tu patah, aku rembat bangku kau. Biar kau duduk atas lantai " bebel seseorang. Aikha mendengus perlahan sambil menjatuhkan tangannya.

" Niena! Kau nak tau tak, mamat annoying tu denda aku! Dah la halau aku, dia fikir aku ni apa? Ergh! Kecik besar kecik besar je aku tengok dia tu tahu?! Tunggu la, sampai hari aku nanti. Aku balas balik! " bebel Aikha pula. Dia hanya mengabaikan bebelan Niena Karissa tadi. Niena Karissa merupakan salah seorang sepupunya.

" Sabar la kau ni, dia denda kau sebab kau lambat kan? Memang salah kau lah dan memang tu tugas dia sebagai ketua pengawas " balas Niena lalu menggeleng kepalanya perlahan.

" Tapi masalahnya, tadi dia halau aku! Dah la masuk bakul angkat sendiri pulak tu! " kata Aikha tak mahu kalah. Niena mendecit.

" It's just a small matter la babe. It's your problem, not mine " balas Niena selamba lalu melabuhkan punggung di tempat duduknya. Beg Aikha pula diletakkan di tepi.

" Ish! Yang kau backup mamat annoying tu pahal hah? Kau suka dia? " soal Aikha geram. Terbuntang mata Niena. Dia? Suka Que? Lawak apa ni?

" Ohoho! He's not my taste, but yours and aku suka sepupu dia " balas Niena lalu menggoyangkan jari telunjuknya kekiri dan kanan di hadapan muka Aikha.

SU | BABYGIRL MR. HAYYAN QUESYAIRYWhere stories live. Discover now