" The sweetest storyline is our love story "
♡
AIKHA berjalan keluar dari kelasnya sambil mata sibuk memandang kuku yang panjang.
BUK!
" Jalan tengok depan, bukan kuku kau " kata satu suara garau mendatar. Aikha menggosok kepalanya yang sakit akibat berlanggar dengan dada berotot lelaki itu. Dia rasa dia pernah dengar suara ni. Pantas Aikha mendongak.
" Dia ni lagi " batin Aikha
" Ergh " Aikha bangun. Bukannya nak tolong dia bangun, tengok je. Dasar ketua pengawas tak guna.
" Aku ada kerja, better aku pergi dulu dari tengok kau. Bukan dapat apa pun " kata Que selamba lalu beredar. Aikha memandang pemergian Que dengan mata yang dijegilkan.
" Beb, Que kacau kau ke? " soal Niena risau. Aikha menggeleng. Kacau apanya?
" Takla, aku terlanggar dia je "
" Hati-hati la lain kali " pesan Niena. Aikha hanya mendengar.
[ ♥ ]
" BRO, kau kenapa? Muka serius sangat ni, gaduh dengan awek ke? " soal Nish, atau nama sebenarnya Danish Reymi. Sepupu Que.
" Tah kau ni " sokong Firash. Firash Al Raydee, sepupu Que juga. Anas mengangguk setuju. Anas Meeqail, juga salah seorang dari sepupu Que.
" Diam lah. Aku serabut " marah Que mendatar. Mereka semua hanya memandang.
" Dia terserempak dengan Aikha kot " bisik Anas. Kau nak bisik tapi cakap macam pakai speaker. Alahai.
" Memang "
" Hah? " soal Anas, Firash dan Nish serentak.
" Memang aku terserempak dengan dia " balas Que dengan mata tertumpu kepada buku.
" Jodoh tak kemana, Que. Asyik terserempak je ni " usik Firash. Nish dan Anas ketawa. Que menjeling. Sepupu tak guna.
" Oh ya, mana sekor lagi? " soal Nish seperti tercari-cari seseorang.
" Aku dekat sini. Korang buat aku macam tak wujud eh? Dah la labelkan aku sekor " soal Ameer lalu mengecilkan matanya. Kheer Ameer, juga sepupu Que.
" Suara siapa tu? " soal Anas, Nish dan Firash serentak.
" Kepala bapak korang lah "
" HAHAHAHAHAHAHA " kedengaran tawa Anas, Nish dan Firash. Ameer menjeling.
YOU ARE READING
SU | BABYGIRL MR. HAYYAN QUESYAIRY
Romance[ Under babygirl series vol 1 ] • Babygirl Mr. Hayyan Quesyairy • HAYYAN QUESYAIRY, headprefect paling annoying tapi ramai peminat kerana kekacakannya dan harta. Bagi orang lain, Que seorang yang sempurna. Tetapi tidak pada mata haters Que...