2

43 10 2
                                    

"Assalamualaikum." Haura melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik suaminya dengan kaki kanan. Kelihatan suaminya, Hafizi sedang duduk menonton tv di ruang tamu. Tanpa menghiraukannya, dia berjalan ke dapur.

"Lambat balik." ujar Hafizi tanpa memandang sedikit pun ke Haura. Jawab salam pun tidak. Baru je pukul 7:15 petang. Bukannya 12 malam.

Haura tersenyum apabila melihat Harraz di dapur sedang meminum air. Harraz turut tersenyum melihat ibunya pulang bersama kek kegemarannya.

"Mama!" Harraz memeluk pinggang Haura. Haura mengusap perlahan rambut Harraz. Dia bercangkung untuk melihat wajah Harraz dengan lebih jelas. Harraz tersenyum nipis. Haura dapat merasakan Hafizi berdiri di belakangnya.

"Pergilah makan kek ni dalam bilik." Haura menolak perlahan Harraz lalu berdiri menghadap Hafizi. Harraz yang sudah berada di tangga rasa bersalah untuk tinggalkan Haura. Nak atau tidak, terpaksa dia mendengar kata ibunya.

Riak wajah Hafizi jelas menunjukkan yang dia tengah kemarahan. Haura memandangnya sekilas lalu memandang dinding. Huh, dah mulalah tu perangai setan dia.

Haura benar-benar muak dengan perangai suaminya. Selama 10 tahun perkahwinan, tak pernah sekalipun lelaki itu cuba untuk berubah.

Sampah selamanya akan menjadi sampah.

"Aku dengar yang kau berpeluk dengan sorang perempuan kat bus stop sampai satu jam? Amboi, suami sendiri tak pernah pula nak peluk lama-lama." sindir Hafizi. Pasti dia mendengar tentang hal itu daripada orang suruhan yang memerhatikan Haura.

Haura diam. Malas mahu menjawab. Tak ada gunanya beri alasan apa-apa. Dia tahu suaminya itu akan pukul dia juga walaupun dia tidak melakukan kesalahan apa-apa. Tidak tahulah jika kerana Hafizi itu cemburu buta, bosan atau mempunyai masalah mental.

Hafizi mencengkam dagu Haura agar wanita itu memandangnya. Hafizi mendekatkan wajahnya.

"So, siapa minah tu? Kawan lama?"

Berkerut wajah Haura apabila nafas mulut Hafizi terkena mukanya. Bau rokok dan arak yang busuk. Mahu muntah dibuatnya. Jijik.

"None of your business." Haura menolak tangan Hafizi dan lalu melepasinya. Lebih baik dia pergi solat Maghrib daripada melayan setan itu.

"Eh cibai, aku tanya elok-elok, kan? Aku suami kau, semua hal kau, hal aku. Kau nak jadi isteri derhaka ke?" Hafizi menarik rambut Haura dengan kuat. Sedaya upaya dia cuba untuk melepaskannya tetapi gagal. Kekuatan lelaki itu lebih kuat berbandingnya.

"Lepaslah! Saya nak solat Maghrib ni!" jerit Haura sekuat-kuatnya walaupun dia tahu tiada sesiapa yang akan membantunya.

"Oh, solat lagi penting dari suami kau lah eh?"

Bodoh punya suami. Kenapalah dia bersetuju untuk kahwin dengan lelaki macam ni 10 tahun yang lalu?

Oh, lupa. Sebab dia tidak mahu mengecewakan ibunya. Tetapi, dia telah membuat pilihan yang salah. Betapa bodohnya dirinya yang lalu.

Walaupun dia telah meminta cerai beberapa kali daripada Hafizi, tetapi lelaki itu tetap tidak mahu melepaskannya. Dia juga telah mencuba untuk melarikan diri beberapa kali dengan Harraz tetapi gagal. Orang suruhan Hafizi lebih cepat bertindak.

Sungguh Haura tidak mengerti kenapa Hafizi tetap meneruskan perkahwinan ini. Dia yakin yang lelaki itu juga tiada perasaan cinta terhadapnya. Setiap hari Hafizi akan mencaci dan mederanya. Kadang-kadang, dia juga akan pergi ke kelab malam dan tidur dengan mana-mana perempuan.

Mungkin bagi lelaki itu, perempuan hanya sebuah mainan.

Tetapi, hanya ada satu perkara yang baik tentang Hafizi. Dia tidak pernah menaikkan tangannya kepada Harraz. Dia melayan Harraz dengan baik seperti bapa-bapa di luar sana.

Obsession Of LoveWhere stories live. Discover now