7

25 2 1
                                    

"Arsyad ada masalah ke?" Soal Aisha. Dia memandang Arsyad di hadapannya. Meja milik Aisha bertentangan dengan Arsyad Rakan sekerja mereka yang duduk bersebelahan, turut memandang Arsyad seketika. Apabila Arsyad menggeleng, mereka meneruskan kerjanya kecuali Aisha.

Aisha perasan dengan ekspresi wajah Arsyad. Sejak kebelakangan ini, Arsyad sering melihat telefon bimbitnya, seakan-akan menunggu sesuatu. Aisha melepaskan keluhan kecil. Dia berharap sangat dia dapat membantu lelaki itu tetapi lelaki itu tidak akan bersuara sekali pun tentang masalahnya.

Manakala, Arsyad sedang melukis reka bentuk untuk video pengiklanan menggunakan pen digital. Sekali-sekala, matanya mengerling ke arah skrin telefon bimbitnya itu, mengharapkan ada mesej atau panggilan daripada seseorang.

Takkanlah kena scam pula? Desis hati Arsyad. Sudah hampir seminggu dia menunggu mesej daripada budak bernama Amsyar itu. Kad touch n go dia dah pulangkan kepadanya. Cuma kad pengenalan sahaja dia simpan kerana dia masih belum menyerahkan 100 peratus kepercayaan kepada Amsyar. Jangan kata yang budak tu kena penjara sebab tak bawa kad pengenalan?

Apabila telefon bimbit milik Arsyad bercahaya, Arsyad terus mencapainya. Dia melihat mesej yang dihantar. Ianya daripada nombor yang tak dikenali tetapi Arsyad serta-merta mengenalinya sebaik sahaja melihat mesej itu.

On the way to the public library.

Arsyad terus berdiri. Rakan-rakan sekerja yang memandangnya hairan tidak diendahkan. Dia terus berjalan masuk ke dalam pejabat majikannya untuk meminta kebenaran cuti half-day. Walaupun majikannya pelik kerana itulah kali pertama Arsyad meminta cuti, dia tetap memberi kebenaran. Mungkin Arsyad benar-benar mempunyai hal yang tak dapat dielakkan.

"Terima kasih." Ucap Arsyad sebelum meninggalkan pejabatnya.

Majikannya terkebil-kebil memandang Arsyad hilang dari pandangannya.

"Did he just smile?" Soalnya sendiri. Dia tidak pasti jika ianya khayalan atau Arsyad benar-benar senyum kepadanya? Walaupun senyumannya tidak selebar ke telinga, tetapi dia pasti bibir Arsyad terangkat sedikit. Mungkin 1 cm?

◈ ━━━━━━━ ⸙ ━━━━━━━ ◈

"Nak IC." Amsyar tersenyum manis sambil menadah tangannya apabila melihat kelibat Arsyad muncul di pintu masuk perpustakaan awam itu. Namun, dirinya langsung tidak diendahkan malah dipandang pun tidak. Arsyad terus bergerak masuk ke dalam perpustakaan.

Amsyar berdecit lalu mencekak pinggangnya. Dia memandang kelibat Arsyad yang kian menghilang itu bagai tidak percaya. Minta tolong orang bukan main, tegur orang tak reti! Dia tidak tahukah sebesar mana perpustakaan awam itu? Padan muka Arsyad kena cari Haura satu bangunan itu. Tambahan pula, ramai pelajar yang datang ke situ.

Apapun, dia mahu melarikan diri dahulu sebelum Arsyad datang kembali untuk bertanya di mana Haura duduk. Dia mahu Arsyad berusaha sendiri mencari wanita itu. Siapa suruh tak tanya dia, kan?

Arsyad menghela nafas lega apabila akhirnya melihat kelibat Haura setelah hampir 30 minit mencarinya. Di meja yang tiada orang, wanita itu sedang tidur dengan nyenyak dengan sebuah buku menutupi wajahnya.

Senyuman kecil terukir di bibir Arsyad. Ini mengingatkannya pada masa silam. Di mana Haura sering mencuri tidur di perpustakaan sekolah. Nampaknya, perangai wanita itu masih belum berubah.

Arsyad mengambil tempat di hadapan Haura. Dia memandang Haura lama. 10 tahun berlalu. 10 tahun itu juga dia tidak menjumpainya. Seandainya wanita itu tahu banyak perkara yang ingin dikatakan oleh lelaki itu kepadanya. Kata-kata yang tak dapat diungkapkan sebelum dan semasa tempoh 10 tahun itu. Dan, ketika ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Obsession Of LoveWhere stories live. Discover now