4

20 4 0
                                    

"Harraz, hari ni kita pergi jalan-jalan nak?" Hafizi mengusap perlahan kepala Harraz yang sedang melukis itu. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa. Pantas Harraz mengangguk bersetuju dengan pelawaan Hafizi. Memandangkan hari ini hujung minggu, apa salahnya mereka meluangkan masa di luar? Lagipun sudah lama rasanya Harraz asyik terperap dalam rumah kerana sibuk dengan persekolahannya. Apatah lagi, Haura. Pasti ibunya itu juga berasa lemas di dalam rumah ini. Hafizi juga tidak kurangnya asyik sibuk dengan kerja pejabatnya.

"Cepat siap, kita pergi Sunway. Okey?" Hafizi tersenyum manis.

"Okey!" Harraz terus menyimpan alat-alat lukisannya lalu berlari ke tingkat atas menuju ke biliknya. Teruja rasanya dapat keluar dari rumah. Dia yakin itu perkara baik buat Haura juga supaya Haura dapat menenangkan jiwanya apabila berasa di luar rumah. Walaupun sedikit.

Okeylah, daripada tak ada kan?

Mereka bertiga membuat keputusan untuk menaiki LRT ke Sunway bagi mengelakkan jalan sesak terutamanya pada hujung minggu. Dengan sabarnya, mereka menunggu ketibaan LRT di tepi platform yang akan tiba dalam beberapa saat. Mereka juga saling berpegangan tangan agar tidak kehilangan antara satu sama lain dalam kalangan ramai orang. LRT itu berhenti di hadapan mereka. Pintu dibuka secara automatik.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam perut LRT itu. Langkah Haura terhenti apabila seorang lelaki kurus kering dan tinggi berdiri di hadapannya. Mereka berdua bertatapan mata.

"Khalish?" Bisik Haura. Haura tersedar yang dia masih berada dengan suaminya. Dia terus menundukkan pandangan. Mujurlah suaranya tidak didengari oleh Hafizi.

Harraz perasan yang lelaki itu memandang Haura. Memang tidak dinafikan ibunya seorang yang cantik. Tetapi, kenapa renungan lelaki itu nampak sayu? Mungkin bayangan dia je kut.

"Sayang, sana ada tempat duduk." Hafizi menarik mereka berdua ke tempat kosong. Dibiarkan Arsyad berdiri bersendirian di sebelah tiang LRT itu.

Hafizi dan Haura duduk bersebelahan manakala Harraz duduk di atas peha Hafizi.

"Tengok apa? Tak ada bini ke?" Haura terkejut apabila Hafizi bersuara dengan tiba-tiba. Rupanya, suaminya menegur lelaki di hadapan mereka. Mahu luluh jantungnya jika orang yang ditegur itu ialah Arsyad. Walaupun Arsyad mugkin tidak mengenalinya lagi, dia tidak mahu Hafizi mengapa-apakan lelaki itu. Bukan kerana dia menyukainya tetapi Arsyad juga merupakan kawannya dahulu.

Sempat Haura mengerling ke Arsyad. Arsyad hanya berdiri tegak memandang ke luar tingkap. Betul tekaannya. Arsyad tidak mengingatinya. Sudah tentulah. Dia bukan seseorang yang penting dalam hidup lelaki itu. Untuk apa lelaki itu ingat dia?

Cukuplah, Haura. Kau dah ada suami dan anak. Fokus kepada keluarga kau sahaja. Desis hati Haura.

Harraz mengerling ke arah kanan, di mana Arsyad berdiri tadi. Kemudian, Harraz memandang Haura yang sedang memandang lantai. Harraz memandang Arsyad kembali. Kali ini, mereka berdua bertentangan mata. Harraz terus mengalihkan pandangan kerana takut.

Apabila tiba di perhentian yang dituju, mereka bertiga bangun. Perlahan-lahan mereka berjalan ke pintu keluar kerana berselisihan dengan orang yang baru masuk.

Setapak lagi Haura hampir keluar dari LRT itu, lengannya dipegang. Pegangan tangan Harraz terlepas secara tidak sengaja apabila lengan Haura ditarik menyebabkan Haura masuk ke dalam LRT semula. Mata Haura membuntang apabila Arsyad yang memegang lengannya. Dia menepis tangan lelaki itu. Sebaik sahaja dia mahu melangkah keluar, pintu LRT ditutup. Kelihatan Harraz dan Hafiz berpaling semula ke arahnya kerana Haura tiada di sisi mereka. Gerabak LRT itu telah pun bergerak laju sehingga bayang Harraz dan Hafiz hilang daripada pandangan Haura.

Obsession Of LoveWhere stories live. Discover now