⚬ Bab 2 ⚬

55 34 24
                                    

USAI saja selesai makan malam, aku seperti biasa akan mencuci pinggan dan mengemas dapur sambil dibantu oleh emak.

Pinggan yang sudah kering itu aku susun pada rak. Begitu juga dengan cawan dan pinggan mangkuk yang lain.

"Dah ready ke nak masuk kolej tu?" tiba-tiba mak menyoal dari belakang.

Aku yang baru saja hendak membuka pili air itu segera memusingkan tubuh. Pinggan kotor yang ada di tangan mak itu aku ambil dan dibawa ke dalam sinki.

Aku jongketkan bahu. "Kalau tak ready pun, kena ready jugak."

Mengenangkan nasib yang kolej aku nanti tidak sama dengan kawan-kawan aku yang lain membuatkan semangat aku untuk sambung belajar terbang begitu saja. Terasa pudar.

"Tak apa lah. Nanti lama-lama biasalah tu. Masa awal ni je rasa sunyi. Bila jumpa kawan baru, hilanglah rasa sunyi tu," kata mak yang berdiri di sisi aku sambil memerhati gerak-geri anak gadisnya itu.

"Nanti kalau kakak rindu mak, macam mana?" Aku memuncungkan bibir. Nak mengada-ngada kejap.

Mak tergelak dengan aksi gedik aku. Bukannya mak tu tak tahu, aku ni mana pernah berpisah jauh dari mak. Cuma waktu dimana aku harus mengambil peperiksaan UPKK di sekolah lama semasa darjah lima dahulu, mak terpaksa meninggalkan aku di kampung selama seminggu.

Ketika itu, aku tinggal buat sementara waktu di rumah salah seorang kawan baik aku dulu, Iman yang tinggal dengan neneknya. Mak hari-hari dapat perkhabaran daripada Nenek Pah yang aku setiap hari menangis kerana rindukan mak. Kata wanita tua itu sampai lebam mata aku. Hahaha.

Ketika itu mak juga risau, namun dia tak boleh berbuat apa-apa. Itu adalah peperiksaan penting untuk aku. Dan kini, sekali lagi dia harus melepaskan anak gadisnya ke Johor. Jauh dari keluarga.

"Tak apa lah, kakak. Nak belajar kan? Nanti kakak jugak yang berjaya. Mak ni tumpang gembira je," tutur mak dengan penuh kelembutan membuatkan aku semakin sedih dan tak mahu meninggalkan mak di sini. Mak ni suka betul buat aku emosi.

"Mak nak mandi dulu lah. Berlengas rasanya badan ni hah," omel mak dengan satu senyuman.

Mak sempat lagi menepuk bahu aku sebelum wanita itu beredar dari kawasan dapur.

Beberapa minit kemudian, aku selesai membersihkan dapur dan semua pinggan sudah dicuci. Tanpa membuang masa, aku terus naik ke bilik.

Nak berehat dan pujuk diri sendiri.

*****

KEBIASAANNYA, pada hari cuti aku akan tidur pada pukul satu pagi. Kerana pada waktu itulah aku meluangkan masa dengan menonton movie, membaca novel di Wattpad ataupun melihat video mukbang di Youtube.

Sebab itulah aku bangun waktu tengahari bolong. Tengah hari bolong tu maksudnya tengah hari buta. Hari-hari kena bebel dengan mak, tapi tetap tak jalan juga. Aku ngantuk!

Sedang aku berfikir hendak menonton movie apa pada malam ini, tiba-tiba telefon bimbit bergetar dan berdering menandakan ada panggilan masuk.

Nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon membuatkan aku terjerit kecil dan tersenyum lebar.

Mana tidaknya, pemanggil yang dinanti-nantikan akhirnya berkunjung tiba juga. Aku membetulkan suara bagi memastikan ianya tidak serak ataupun sengau sebelum panggilan itu diangkat.

Earphone disumbat ke dalam telinga.

"Hello?"

Suara garau si pemanggil mula kedengaran.

Takdir Buat RaisyaWhere stories live. Discover now