01

391 42 3
                                    




a/n :
riki and ni-ki tu org yg sama,
just in case ada yg tatau ^^


━━━━┅━━━┅━━━━

Ni-ki, budak lelaki berdarah Jepun itu sedang duduk diatas permukaan pasir di tepi pantai sambil memejamkan mata, menikmati angin yg menerpa tubuhnya perlahan.

Dia masih setia menunggu ketibaan matahari terbenam. Ini lah yg dia lakukan setiap kali menghadapi hari-hari yg buruk.

"Lama lagi ke?" Bisiknya perlahan. Bertanya kepada diri sendiri.

Spontan, Ni-ki langsung melepaskan keluhan kecil sebaik sahaja membuka mata. Dia melihat sekeliling dan secara tidak sengaja pandangannya jatuh kepada seorang gadis berambut blonde.

Jika dinilai melalui penampilan luaran, gadis itu boleh dikatakan sebaya dengannya.

"Oh, perempuan ni lagi.."
Bukannya apa, tapi kehadirannya yg bukan pertama kali ini membuatkan diri Ni-ki tertanya-tanya.

Adakah tujuan gadis itu datang ke sini untuk menenangkan diri sepertinya? Dua hari lalu, gadis yg sama itu menangis teresak-esak tanpa henti selama hampir satu jam.

Sejujurnya, Ni-ki memerlukan seseorang tempat berkongsi masalah bersama. Kadang-kadang dia terfikir, bagaimana jika dia berkawan dengannya dan berkongsi masalah masing-masing?

Itu bukan satu idea yg teruk kan?

Kepala digelengkan perlahan. "Buat apa aku isi kepala otak aku pasal perempuan tu sedangkan masalah dirumah tu dah cukup memeningkan kepala aku?"

Sebuah keluhan meluncur keluar daripada mulutnya. Belakang dan seluruh tubuhnya kian menyentuh pasir yg basah sementara kedua-dua matanya melihat langit yg perlahan-lahan bertukar warna menjadi merah muda keorenan.

Ni-ki tersenyum. "Kejap lagi sunset datang"




















"Yah"

Belum sempat dia hendak memberikan respon, wajah seorang gadis sudah pun muncul dihadapan matanya.

Ni-ki mengedipkan mata sambil berfikir. "Oh..?" Rambut panjang blonde yg dimiliki oleh gadis itu membuatkan dia terus mengenalinya. "Perempuan tu?" Ni-ki bangun, menghadap si gadis.

Kedua-dua keningnya bertaut ketika mendengar suara keluhan daripada gadis itu. Dia ada buat salah apa-apa ke?

"Seo Namra"
Sebut gadis itu lagi.

"Ha? Siapa tu?"

"Nama aku bukan 'perempuan tu' tapi Seo Namra. Aku boleh duduk sini? Terima kasih" Lantas, Seo Namra melabuhkan punggungnya dengan selesa disebelah Ni-ki tanpa rasa segan dan ragu-ragu.

Mungkin dia berbunyi seperti orang yg peramah namun hakikatnya tidak. Dia banyak cakap tapi dengan nada yg perlahan dan mendatar seperti tidak berperasaan.

"Oh aku Ni-ki"

"Ni-ki? Nama jenis apa macam tu?"

Ni-ki memandang Namra disisi tak puas hati, sakit hati disebabkan soalan gadis itu. Dia rasa ibarat namanya baru sahaja dihina sebentar tadi.

"Sekadar nama samaran"

"Habistu apa nama sebenar kau?"

"Aku tak ada nama"

"Wah, kau menarik"


























━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiWhere stories live. Discover now