07

146 32 2
                                    

ㅤㅤ

━━━━┅━━━┅━━━━

Namra membetulkan topi dikepalanya sebelum menyapa Ni-ki yg sedang duduk ditepi pantai seorang diri. Nampaknya kali ini dia yg terlambat. "Woi"

Mendengar suara yg tidak asing di telinganya, lelaki itu refleks memalingkan mukanya. Senyuman kecil ditunjukkan sebagai tanda menyambut kedatangan Seo Namra. "Lambat kau hari ni"

Namra tidak menjawab malahan menepukkan topi yg dipakai Ni-ki, habis cemberut muka lelaki itu dibuatnya. "Ih datang-datang je pergi kacau topi orang" Balas Ni-ki dengan nada merajuk.

Namra duduk disebelahnya lalu berkata. "Kau tiru aku eh?"

"Eh excuse me, aku yg datang sini dulu maknanya aku yg pakai topi dulu" Balas Ni-ki, kalau Namra tak cari fasal dengan dia sehari memang tak boleh agaknya.

"Sudah. Kau lah menang" Namra menyumbat gula-gula lolipop ke dalam mulutnya dan ia berjaya membuatkan lelaki itu terdiam.

"Aku ada bawa 4 lolipop, dua kau punya, yg dua lagi aku punya. Nah" Sebatang(?) lolipop lagi dia masukkan ke dalam genggaman Ni-ki.

"Selalu sangat aku nampak kau makan lolipop. Gigi kau tak buruk ke?"

Namra merenungnya tajam buat beberapa saat sebelum tangannya bergerak merampas lolipop yg dia berikan kepada Ni-ki tadi. Ditariknya lolipop di dalam mulut lelaki itu dengan agresif.

"Ah! Gigi aku!"

"Eh! Gigi kau kena ke? Sorry sorry sorry, nah aku bagi balik" Panik Namra dibuatnya, dia mencantumkan kedua-dua telapak tangannya sebagai tanda maaf.

Ni-ki menjelingnya lalu mengalihkan pandangan ke tepi, dia tersenyum jahat. "Tapi bohong"

"Yah!"

Sekelip mata sahaja mulutnya disumbat dengan lolipop sekali lagi. "Uhuk uhuk! Kau nak aku tercekik ke apa?!"

"Padan muka. Perangai kau ni sebenarnya lebih macam kebudak-budakan tak matang tau tak"

"Oh~ cakap dengan cermin"

"Diam lah kau"

Ni-ki ketawa berdekah-dekah seronok mengusik Namra, siapa suruh cari gaduh dulu. Setiap kali dia berhenti, pasti tawanya akan meletus kembali disebabkan raut wajah Namra yg tidak berpuas hati itu.

Selepas beberapa minit bergaduh, akhirnya Ni-ki benar-benar berhenti mentertawakannya.

"Dah puas ketawa? Kenapa tak ketawa sampai tahun depan je?" Perli Namra.

Ni-ki hanya menayangkan senyuman tidak bersalahnya sahaja.

"Aku datang sini nak tenangkan diri tapi bergaduh dengan kau pula jadinya" Bisik Namra lagi tapi masih mampu didengari oleh orang disebelahnya.

"Kan?"

Namra memandangnya dengan mata yg membulat, malu dengan fakta yg Ni-ki mendengarnya.

"Tapi tak sangka aku lebih suka macam ni" Sambung Ni-ki lagi,
Senyumannya berubah menjadi lebih manis.



























━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiWhere stories live. Discover now