epilog

211 33 7
                                    





Sebelumnya,

"Dah 3 tahun lebih Riki tak rasa angin Korea fuh" Ujar Ni-ki yg sedang mendepakan tangannya.

"Amboi mentang-mentang lama sangat duduk dekat Australia terus macam tu jadinya" Balas neneknya dengan nada bergurau.

Ya, Ni-ki dan neneknya berpindah ke Australia buat beberapa tahun semata-mata mencari doktor pakar yg boleh dipercaya untuk membuang tumor otak tersebut. Syukur, mereka sempat mendapatkannya. Mungkin Ni-ki nyaris saja mati disebabkan tumor itu tapi entah lah, Tuhan masih menyayanginya dan terjadi lah satu keajaiban padanya.

Ibu dan ayahnya pula sudah bercerai tak lama dahulu dan tiada sesiapa pun mahu mengambil hak penjagaan. Tapi Ni-ki lebih suka begini, dia juga mahu tinggal bersama neneknya.

Usai meletakkan beg bagasi dan barang-barang berat yg lain ke dalam rumah. Dia terus bergegas ke pantai untuk menemui gadis kesayangannya itu. Seo Namra.

Malangnya, 7 hari berturut-turut Namra tidak memunculkan diri.

"Dia ingat aku dah mati ke? Tak boleh jadi ni"

Satu idea singgah di dalam kotak fikirannya. Dia bertanya kepada semua orang yg dikejiranan itu tentang alamat rumah Seo Namra. Mengambil masa yg lama, hampir 3 minggu dia mencari gadis itu.

Akhirnya, dia tiba di perkarangan rumah Seo Namra. Puan Seo yg langsung tidak mengenalinya itu hairan melihat adanya kehadiran seorang lelaki dihadapan rumahnya.

"Kamu cari sesiapa ke?"

"Ini rumah Puan Seo Nana ke?"

"Ya, saya. Ada apa, ya?"

"Helo, aunty. Saya kawan Namra, dia ada dimana ya? Dah berminggu-minggu saya cari dia"

Air muka Puan Seo berubah mendengarkan pertanyaan itu. Boleh tahan lama wanita itu senyap.

"Seo Namra kami.. dah tak ada"










Ni-ki berjalan tak bermaya, penjelasan Puan Seo tentang Namra tadi terus bermain didalam mindanya.

"Setahun yg lalu dia nekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Namra belajar dan terus belajar sampai larut malam, rehat pun tidak, Namra tak buat apa-apa selain belajar. Hampir setiap hari dia sakit kepala dan hidung berdarah. Kami halang pun dia tak mendengar,

kami percaya Namra cuba melupakan sesuatu dengan cara tu tapi dia tak nak berkongsi dengan kami. Suatu hari, dia terbaring diatas katil dan tak sedarkan diri.

Namra meninggal dunia disebabkan stres yg melampau, terlalu bekerja keras, belajar tanpa henti, badannya menjadi lemah disebabkan semua tu"

━━━━┅━━━┅━━━━

Ni-ki meletakkan sejambak bunga baby's breath dan dua gula-gula lolipop disebelahnya. Dia menganggap Namra sedang menemaninya melihat matahari terbenam.

"Maaf sebab terlambat"

"Seo Namra, maafkan aku"

Tak pernah dia merasakan sakit yg luar biasa ini seumur hidupnya. Sempat dia tersenyum dicelah tangisannya. "Akhirnya, aku dapat rasa apa yg kau rasakan. Sekarang dah adil kan?"

"Sekarang semuanya tak ada makna lagi tanpa kau, Namra"
























━━━━┅━━━┅━━━━

Thank you for reading
❝Sunset❞

❝Sunset❞ + Ni-kiWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu