05

169 32 3
                                    









━━━━┅━━━┅━━━━

"Nishimura Riki, itu nama sebenar aku"

Namra terpegun dengan mengedipkan matanya beberapa kali, keliru harus membalas apa. Tadi bukan ke lelaki ni baru habis meluah?

"Ah, aku cuma rasa dah sampai waktu untuk kita betul-betul berkenalan. Bila fikir-fikir balik, aku tak tahu umur kau"

"Okey. Aku 17 tahun. Kau?"

"Wah rupa-rupanya kau muda setahun daripada aku. Aku 18 tahun"

Terlopong luas mulut Namra setelah Ni-ki mendedahkan umurnya tadi. Dia menekup mulut lalu membalas. "18 tahun? Ingatkan kau 20 tahun-"

"Eh aku ni nampak tua sangat ke?"

"Tak lah. Tapi kau tinggi and perangai macam orang tua. Lepastu kau selalu ada dekat sini. Kau tak sekolah ke?"

"Tak. Aku dah berhenti. Kau?"

"Aku ponteng je"

"Tapi kan, kenapa kau tak hormat aku kalau dari awal lagi kau anggap aku ni tua daripada kau? Dah lah guna kau aku" Ni-ki menjongket sebelah kening, menantikan jawapan si gadis.

"Sebab mulut aku memang macam ni. Tak suka? Aku tak kisah"

Dapat dia dengari suara Ni-ki ketawa perlahan. "Tak apa. Lagipun aku japanese jadi aku tak kisah sangat bila orang korean tak gunakan panggilan hormat dekat aku"

"Kenapa berbeza kalau kau japanese..?"

"Sebab aku lebih biasa dengan bahasa Jepun"

"Ohh okey dah. Memandangkan kau dah habis meluah, sekarang giliran aku pula untuk cerita kisah hidup aku"

Kali ini Ni-ki menumpukan seluruh perhatian kepada Namra, sedia untuk mendengar keluhan-keluhan yg bakal keluar daripada mulut gadis itu.

"Kisah hidup aku ni macam dalam drama tau. Masa aku kecil, ibu aku meninggal sebab kemalangan. Lepastu ayah aku kahwin baru, lepastu masa aku 10 tahun diorang bercerai pastu ayah kahwin baru. Dan kali ini hubungan ayah aku dengan isteri dia kekal selama 7 tahun dan masih lagi berterusan"

Namra bercerita tanpa emosi seakan-akan membaca skrip yg sudah disediakan. Terlalu laju bercerita sehingga Ni-ki tidak sempat memproses perkataannya.

"Aku tak sedih. Sebab dah biasa kot"

"Tapi yg buatkan aku tertekan, hidup dengan ibu yg baru ni. Aku tak suka dia. Entah lah kenapa, aku just tak suka"

Ni-ki membalas. "Nampaknya semua orang ada kisah hidup masing-masing. Macam kau cakap dekat aku tadi. Aku boleh bertahan, kan?"

"Jadi.."

"Kita kena sama-sama bertahan, okey?"

Ni-ki menepukkan tangan menanggalkan pasir yg melekat ditelapak tangannya. Jari kelingking dikeluarkan. Dia tersenyum manis kepada Namra.

"Janji dengan aku"

Sejujurnya Namra bukan sejenis yg sukakan benda klise begini. Tapi dia tetap menautkan jari kelingking mereka walaupun pada awalnya dia sedikit teragak-agak.

Mungkin disebabkan suasana yg indah itu membuatkan hati Ni-ki sejuk sahaja memandang wajah Seo Namra.



























━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiWhere stories live. Discover now