Kehidupan 2 lelaki yang berkongsi nasib yang sama tetapi jalan yang mereka pilih telah menjadikan mereka sebagai dua Seonghwa yang berbeza.
Park Seonghwa yang berasal dari Novaria adalah seorang pembunuh kejam yang membunuh mangsa tanpa memilih sia...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
___________________________
❝ Do you feel bittersweet ❞
- Don't stop by Ateez -
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ tahun 2015... ]
"Dasar tak sedar diri!" Alangkah terkejutnya Seonghwa apabila sebiji telur mentah dilemparkan ke arahnya sebaik saja dia membuka pintu kelas.
Seonghwa yang terkejut itu tidak sempat mengelak. Akibatnya, telur mentah itu terkena pakaian seragamnya lalu sedikit terpercik ke wajah dan rambutnya.
Seisi kelas mentertawai Seonghwa. Sebahagian daripada mereka merakam video Seonghwa yang tadinya dibaling dengan telur mentah.
"Bersama kita hari ni, si miskin yang tak sedar diri. Ada hati nak saman CEO syarikat terkemuka di korea. Entah-entah appa dia sendiri yang bunuh diri lepas tu nak salahkan orang lain yang langar lari appa dia" Salah seorang student lelaki muka tak siap mendekati Seonghwa sambal tangannya ligat sedang merakam wajah Seonghwa yang dikotori dengan telur mentah.
Seonghwa yang tak mampu berbuat apa-apa itu hanya menunduk, dia cuba mengelak wajahnya daripada terakam oleh kamera telefon student lelaki tadi.
Sejak terjadinya kemalangan langar lari yang telah berlaku seminggu lalu, hidupnya kini sudah tidak seperti dulu hanya disebabkan dia mendakwa bahawa CEO syarikat Daehan holding adalah pesalah yang melanggar ayahnya dan CEO tersebut enggan mengakui kesalahannya itu. Tapi disebabkan mereka sekeluarga bukanlah orang yang berada, masyarakat sekeliling menganggap bahawa dakwaan itu hanyalah sekadar helah licik dari Seonghwa dan neneknya untuk mendapatkan wang dari jutawan tersebut.
Tetapi hakikatnya, dakwaan yang dia nyatakan adalah benar kerana dia sendiri telah menyaksikan kejadian langar lari yang berlaku persis di hadapan matanya. dan dia sendiri melihat kereta hitam milik CEO itu yang melanggar appanya.. tanpa rasa bersalah CEO itu meninggalkan appanya yang tak berdaya di tengah jalan. Seandainya CEO Kim membantu appanya malam itu, sudah tentu appanya dapat diselamatkan dan masih bernafas sehingga ke hari ni.
Namun tiada apa yang dia boleh lakukan. Dia cuma berharap bahawa akan ada seseorang yang akan melindungi, seseorang yang akan berdiri di pihaknya.
Seketika Seonghwa mengangkat sedikit wajahnya, pandangannya dihalakan kepada Hongjoong, iaitu satu-satunya sahabat yang dia ada sejak pertama kali dia menapak di sekolah ini. Dia betul-betul perlukan Hongjoong untuk menyokong dirinya sekarang.