Kehidupan 2 lelaki yang berkongsi nasib yang sama tetapi jalan yang mereka pilih telah menjadikan mereka sebagai dua Seonghwa yang berbeza.
Park Seonghwa yang berasal dari Novaria adalah seorang pembunuh kejam yang membunuh mangsa tanpa memilih sia...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
_____________________________
❝I won’t hurt you So be with me together❞
- Drink it by The Boyz -
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sekumpulan wartawan sudah bersedia menunggu di dewan sidang. Mereka ingin mendapatkan kepastian dan kesahihan daripada pihak berkuasa mengenai kes 6 penculikan yang telah berlaku sepanjang 3 bulan yang lepas. Hari ini mereka berharap segala persoalan masyarakat sekitar Incheon terjawab.
"Tu dia detektif tu!"
Kini lensa kamera semuanya tertumpu pada Hwaseong yang baru memunculkan diri. Matanya silau melihat simbahan cahaya dari kamera. Agak rimas juga dibuatnya.
Walaupun ini merupakan kali pertama dia menyamar sebagai detektif dan menghadiri sidang, namun reaksinya tampak tenang.
Apa yang dia perlu buat, hanya membentangkan fasal kes penculikan tu dan tipu orang-orang dungu dihadapannya ini.
Dari kejauhan, team-teamnya bersama Deputy Kim juga turut menonton Hwaseong dari sudut tepi dewan.
"Detektif nim! Boleh ceritakan perkembangan kes penculikan tu? Team encik dah dapat tahu pelakunya tak?" Laung salah seorang wartawan.
Hwaseong menarik nafas "Setakat ni-"
Tiba-tiba ada seorang lagi wartawan yang bertanya..
"Macam mana dengan mangsa-mangsa? Diorang masih hidup tak?"
"Setakat ni-"
"Yoon Chaein, apa terjadi pada dia?"
"Setakat ni ka-"
"Kami dapat berita yang pihak polis tak jalankan tanggung jawab dengan betul"
Dewan pun menjadi hingar-bingar sejurus itu. Masing-masing melontarkan pertanyaan yang berbagai-bagai jenis.