Kehidupan 2 lelaki yang berkongsi nasib yang sama tetapi jalan yang mereka pilih telah menjadikan mereka sebagai dua Seonghwa yang berbeza.
Park Seonghwa yang berasal dari Novaria adalah seorang pembunuh kejam yang membunuh mangsa tanpa memilih sia...
К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
_____________________________
❝ Because I won’t be a maniac ❞
- Drink it by The Boyz -
К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
( P/s : semakin hari semakin berterabur lirik tu en, takpe.. lepas habes publish aye edit balik 💀)
------------------
Seonghwa mengeluh kuat apabila dia tidak berjaya melepaskan ikatan yang melilit tangannya.
Dia nampak serpihan kaca di lantai tapi sayangnya dia tidak dapat mencapainya kerana Hwaseong mengikatnya pada tiang.
Hmmp! Hwaseong memang pintar. Ternyata ada sebab kenapa dia ikat aku pada tiang! desis hati Seonghwa yang penuh dengan rasa kekesalan.
Selang beberapa minit, bunyi tapak kaki mengejutkannya. Lantas dia pura-pura tak buat apa-apa dan membiarkan sahaja kaca tadi tersadai di lantai.
"Aku bawa hadiah untuk kau, Seonghwa" Hwaseong datang sambil mengheret seseorang. Susuk yang terikat itu pun lalu dihumban bersebelahan dengan Seonghwa.
"K..kim Hongjoong?!" Seonghwa terkejut sebaik saja melihat tubuh yang kaku itu rupa-rupanya sahabat lamanya, Hongjoong.
Pada mulanya dia menyangka Hongjoong sudah tidak bernyawa namun setelah itu dia berasa lega sebaik saja melihat Hongjoong terbatuk dan tercungap-cungap mencari nafas. Tubuh lelaki itu dipenuhi dengan kesan lebam dan dia percaya yang semua lebam itu datangnya dari Hwaseong.
"Apa yang kau buat kat dia, huh?!" Seonghwa pandang Hwaseong.
"Aku bawa dia ke sini sebagai hadiah untuk kau. Kau sepatutnya berterima kasih"
"Kalau kau bencikan aku, kau bunuh ajelah aku. Jangan libatkan orang lain" nada suara Seonghwa dikeraskan.
Hwaseong duduk bercangkung di hadapan Seonghwa kemudian menatap Seonghwa dengan kening yang sengaja dikerutkan.
"Masalahnya, aku tak nak bunuh kau pun.. macam yang aku cakap semalam aku ada plan yang lebih baik. Kau cuma perlu tunggu je" Hwaseong tersenyum miring usai itu.
Hwaseong kembali bangkit.
"Aku nak balik dulu sebab ada date dengan someone.. aku harap dengan adanya Hongjoong, kau tak bosan duduk seorang diri kat sini. Kau boraklah puas-puas sebab nanti aku nak bunuh dia" Hwaseong pun menapak pergi, meninggalkan mereka berdua sejurus itu.
***
Pandangan Seonghwa kemudiannya beralih pada Hongjoong yang terkulai layu. Dia mengeluh. Kasihan Hongjoong, mesti Hwaseong belasah dia dengan teruk tadi.
"Joong ah, kau okay?" Walaupun dirinya terikat di tiang, dia tetap cuba untuk berengsot mendekati Hongjoong.
"Aku... Aku okay. Jangan risau" Balas Hongjoong dengan wajah yang tertahan. Hongjoong kemudian mengangkat lemah tubuhnya. "Seonghwa, siapa lelaki tu? Kenapa mukanya serupa dengan muka kau?"
Segumpal nafas Seonghwa helakan.
"Panjang ceritanya Joong, aku sendiri pun rasa tak percaya dengan apa yang terjadi sekarang ni" Seonghwa menunduk untuk seketika sebelum dia memandang semula ke arah Hongjoong "..tapi macam mana dia boleh jumpa kau? Padahal selepas kes Appa aku dulu.. kita dah tak berhubung lagi"
"Aku terjumpa kau. Aku sebenarnya nak minta maaf sebab masa kes Appa kau hari tu, aku tak sepatutnya tinggalkan kau hadap masalah seorang diri. Mianhaeyo Seonghwa ya, aku kawan yang tak guna" Ujar Hongjoong dengan penuh rasa penyesalan.
"..Aku betul-betul minta maaf. Lepas ni kalau aku mati pun tak apa, sekurang-kurangnya aku dah minta maaf dari kau itu pun sudah mencukupi. Aku akan berkorban demi kau, Hwa" Sambung Hongjoong.
Dahi Seonghwa berkerut. Apa yang Hongjoong sampaikan kepadanya membuatkan dadanya terasa begitu sesak. Kim Hongjoong, sahabat yang paling dia benci kini akhirnya datang dan meminta maaf.
Hanya dengan maaf, perasaan bencinya seolah-olah luntur dan lenyap begitu sahaja. Siapa sangka pertemuan kedua mereka bakal menjadi pertemuan yang terakhir.
Andwae..
Jeoldae andwaeyo.
"Hongjoong bertahanlah, aku akan bawa kau keluar dari sini" ujar Seonghwa. "Aku hanya perlukan bantuan kau untuk ambil serpihan kaca tu"
*****
Walaupun tubuhnya terasa sakit bagai dihentam dengan penukul, Hongjoong tetap menyalurkan segala kudrat yang tersisa untuk berdiri dan mencapai serpihan kaca yang Seonghwa minta.
Setelah beberapa minit berjuang, akhirnya dia berjaya mengambil serpihan kaca itu.
"Got it" Hongjoong lalu berjalan menghampiri Seonghwa.
Serpihan kaca itu bertukar tangan. Seonghwa kemudiannya mengosok serpihan kaca itu pada tali yang membelenggu pergelangan tangannya. Lama kelamaan tali itu pun menipis sebelum akhirnya terputus.
Usai melepaskan ikatan di kakinya, Seonghwa beralih pula pada Hongjoong. Ligat jari-jemarinya cuba meleraikan ikatan.
"Aku minta maaf, Hwa" ujar Hongjoong tiba-tiba.
"Araseo. Kau tak perlu rasa bersalah. Aku dah lupakan semua kisah silam tu" balas Seonghwa. Seraya itu ikatan pun terlepas.
"Jom cepat" Perlahan-lahan lengan Hongjoong dia capai lalu diletakkan pada bahunya. Tubuh Hongjoong pun dipapah keluar.
"Aku betul-betul minta maaf. Kau maafkan aku, kan?" Hongjoong yang tak henti-henti mengucap perkataan 'maaf' itu mulai menjengkelkan Seonghwa. Kali ini Seonghwa memilih untuk hanya berdiam. Dia kini perlu fokus untuk cepat-cepat lari dan meninggalkan kawasan tersebut.
____________________________
К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.