chapter 8

27 3 1
                                    

"arghh... penatnya hari ni." kata kheyra yang baru sahaja duduk di sofa rumahnya. Sekarang kheyra da ada rumah sendiri,yela takkan masih nak jadi beban. Tapi kheyra akan balik rumah mama papa sebulan 1 kali gitu or lebih if tak busy sangat sebab sekarang kheyra da ada Cafe miliknya sendiri. Selepas je kheyra habis study,dia rancang nak buka Cafe,sebenarnya dah lama dia nak, tapi maklumla masih student masa tu.

"kheyra gi ah mandi ee busuk,balik rumah je terus limpang huuh bujang bangas." kata iffah. Iffah ni housemate kheyra. Sewa rumah,bayar share share lagipun iffah ni pun ada kedai jahit. Banyak da baju dia design and letak kat mana mana kedai.

"eh,bila kau balik? tak perasan pun..aku ingat aku sorang je. Bukan jam mcm ni kau masih kat kedai kau ke?"kheyra betul betul ingat dia sorang je kat rumah abis sunyi semacam. 

"penat aku nak berjaga kat kedai da..asal,kau tak suka aku balik awal ke?" iffah membuat muka sedih. sampai hati kau kheyra.

"eh bukan camtu la bongok,selalunya kau balik jam 6 petang camtu manalah aku tau hehe alololo" jelas kheyra. Cepat betul la dia ni terasa comel. "eh besok jalan jom,aku cuti"

"habis,sape nak handle cafe kau tu?"

"azman ada,intan ada dorang boleh diharap...alaa jumlahh lama da tak shopping" kheyera memujuk iffah dengan muka minta kasihan. Azman dan intan ni pekerja paling lama dengan kheyra,jadi kheyra da tak risau kalau dorang jagakan cafe. Letaklah kepercayaan pada orang yang benar.

"hmm yelah,tapi pastikan belanja aku tau,kau kan banyak duit" kata iffah bersetuju tapi ada yang dimintanya. Bukan takde duit,banyak okey duit iffah parent dia pun boleh tahan kaya. Tapi sekali sekala minta member belanaja,apa salahnya.

"okeyy anything for u,k aku nak mandi pastu makan,kau masak okeyy hehe" kheyra melarikan diri ke tingkat atas untuk membersihkan diri. Kheyra pandai masak tapi dia malas je.

...

"iffah kau masuk la dulu dalam kedai tu,aku nak pegi tandas jap." kheyra terus berlari anak di dalam mall..da tak tahan sangat tu. 

"ahhh,leganya da melepas ni la kau kheyra makan lagi sambal pedas." kheyra memarahi dirinya sendiri. Semasa kheyra berjalan menuju ke tempat iffah, tiba tiba 

"AHHHH!" kaki kheyra sendiri terpijak dress nya itu. Badan kheyra sudah tidak seimbang dan....

'asal ni? tak sakit pun..ke aku da mati tapi takkan kejap je da mati..' kheyra membuka matanya sedikit demi sedikit. Figura lelaki di hadapannya itu sangatlah dikenali nya. Zack,setelah 5 tahun tidak bersua. Wajah zack seperti terkejut. Kheyra berhenti dari lamunanya, dan bangun daripada tangan zack yang menyambutnya.

"err..thankyou, saya pergi dulu" what??? kheyra asal kau guna 'saya' eee...

"ehh kheyra tunggu jap,kau tau tak lama aku tunggu kau,lama aku cari kau. Takkan kau nak pergi macam tu je?" zack memegang lengan kheyra yang baru sahaja ingin pergi. Jantung kheyra sudah tidak tenang. 'jantung jangan buat hal,asal kau tiba tiba aktif sangat ni...'

"awak ehh kau nak cakap apa? aku da nak pergi ni nanti kawan aku tunggu." kheyra sudah tidak keruan. "kalau camtu,give me your phone number i'll call you later."

Tanpa membuang masa, kheyra terus memberi nombor telefonnya dan pergi. "aku jumpa pun kau."kata zack sendirian.

...

" Lama gila kau membuang,kau cuci tandas ke? Asal kau mcm gelabah ni nampak hantu ke?" Iffah ni penat tunggu kheyra habis pusing satu kedai.
"Ehh tak tadi ada masalah sikit hehe..takdenye aku nak cuci tandas mall gila ke?" Kheyra menjeling iffah, aku pakai lawa lawa macam ni cuci tandas?? Hmm.

Dia Atau Dia?Where stories live. Discover now