Part 3

5 1 0
                                    

Malam itu aku terima mesej ringkas dari Ai, teman wanitaku. Ai menyatakan bahawa dia tidak mahu meneruskan lagi hubungan kami. Aku sebenarnya sudah lama tahu bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Sora tetapi aku berdiam sahaja kerana tidak mahu memulakan pergaduhan yang tidak pernah berlaku antara kami.

Aku cuba membuat panggilan sejurus aku membaca mesejnya tetapi tidak langsung terjawab. Aku cuba mendail nombor Sora dan perkara yang sama berlaku. Aku menyusuri semula jalan gelap itu menuju ke tempat Hero berada. Sampai di hadapan rumah Hero, aku lihat dia sedang sibuk mengasah sebilah parang. Aku terus melabuhkan punggungku di atas salah satu kotak yang berada di ruang tamunya.

"Boleh kamu duduk di tempat lain? Maksud aku, jangan di atas kotak itu," kata Hero.

Aku mengalih kedudukanku. Beberapa minit berlalu begitu sahaja tanpa Hero berkata apa-apa. Hanya terdengar bunyi geseran mata parang pada batu pengasah berkali-kali menjadi satu ritma dalam kesunyian.

Seketika itu, terdengar bunyi ketukan pada pintu. Hero terus meluru ke pintu. Aku lihat seorang perempuan berpakaian seragam sekolah berdiri di hadapan pintu itu. Hero laju mencapai leher perempuan itu dengan kedua-dua belah tangannya dan menariknya ke dalam rumah.

Cengkaman di leher perempuan itu diketatkan lagi sehingga perempuan itu tercungap-cungap mencari nafas. Aku lihat wajah perempuan itu semakin merah padam dan biji matanya seperti ingin tersembul keluar. Pergerakannya semakin lemah. Beberapa minit berlalu, aku ditemani bunyi desahan nafas Hero dan perempuan itu sahaja dan akhirnya Hero berhenti.

Tiada lagi pergerakan dari perempuan itu. Matanya terbuka luas. Begitu juga mulutnya. Hero tercungap-cungap mencari nafas. Dia bangkit terus mencapai parang dan pisau yang telah diasah tajam.

Hero mula memisahkan satu demi satu tubuh perempuan itu kepada beberapa bahagian. Mulanya kepala ditanggalkan dari tubuh diikuti kedua-dua belah kaki dan tangan. Aku lihat, Hero sangat teliti dalam mengasingkan daging dan tulang seperti melihat pemotong daging di pasar membahagikan bahagian daging untuk dijual.

Setelah segalanya telah terurai, Hero membuka sebuah kotak yang sudah ditutup dengan pita pelekat. Bau yang amat busuk terus menyelinap ke rongga hidungku. Hero memasukkan satu persatu tulang yang sudah dicincang itu dan kepala yang telah dipenggal ke dalam kotak. Kemudian membalutnya menggunakan pita pelekat semula. Daging yang telah dipisahkan dari tulang pula dicincang halus sebelum dicampakkan ke dalam lubang tandas.

Hero mula membersihkan darah-darah yang melimpah ke lantai rumahnya dan akhirnya dia berkata sesuatu, "Tolong aku tanggalkan tatami itu. Aku fikir, aku sudah tidak perlukannya."

Aku ikutkan sahaja apa yang disuruh Hero. Setelah dia habis berkemas, dia merehatkan diri di sebelahku sambil minum air kopi yang sama dihidangkan pada aku pagi tadi. Hero memasang lagu dari komputer ribanya. Lagu yang selalu aku dengarkan, bertajuk 'Hero Ergonomik'. Kepala Hero terteleng-teleng seperti menyelami rentak muzik yang bising itu.

"Ini adalah bukti kewujudan aku," kata Hero.

Aku tertawa mendengarkannya. Memang tidak salah lagi. Hero adalah seorang yang hebat. Dia mungkin dapat melakarkan dirinya dalam sejarah dunia. Dia meletakkan namanya sendiri di atas. Aku ingin menjadi seperti Hero.

"Aku percaya apa yang aku lakukan ini tidak salah, sekurang-kurangnya di mata kamu. Aku hanya ingin membantu orang-orang yang perlukan bantuan. Mereka terdesak. Jadi mereka perlukan aku untuk menamatkannya."

"Hero, apa kau lihat aku ini tergolong dalam kumpulan yang sama dengan mereka?"

"Tidak. Kamu istimewa. Kamu dapat lihat jalan kamu walaupun ianya gelap. Jadi kamu sendiri yang akan melukiskannya. Kamu mahu jadi seperti aku? Tetapi kamu istimewa"

Mungkin maksud Hero aku masih boleh mencari jalan lagi dalam hidup aku. Tetapi aku masih bingung dengan tanggapan Hero itu.

"Budak perempuan tadi, hanya bernilai dua angka tapi aku tidak kisah berapa pun mereka bayar. Asalkan cukup untuk aku dapatkan kotak dan pita pelekat untuk mereka. Pernah sekali aku ditawarkan sehingga empat ke lima angka. Aku terima sahaja, asalkan pelanggan aku puas dengan bantuan aku berikan."

"Hero, boleh aku ikut sekali lagi, jika ada pelanggan yang perlukan kamu?"

"Sudah tentu. Dalam satu minggu lagi, seorang pelanggan lelaki sudah bersetuju untuk menerima bantuanku. Buat masa ini dia sahaja pelanggan lelaki yang aku terima. Aku dengar dia dari universiti yang sama dengan Sora. Seminggu lagi kita jumpa di sini lagi ya?"

***

Aku memerhatikan lelaki itu sejak pulang dari rumah Hero lagi. Dia seseorang yang aku sudah jangkakan. Aku tidak mengenali namanya, tetapi aku biasa melihat wajahnya sentiasa ada di merata-rata.

Pada dinding-dinding universiti, di kolej kediaman, di mesej-mesej yang tersebar dalam kalangan pelajar universiti. Dia sentiasa dikerumuni orang. Sekali pun aku tidak pernah lihat dia berjalan seorang diri. Pernah sekali aku lihat dia keluar dari tandas lelaki dengan baju yang basah kuyup dan wajah yang dipenuhi lebam dan darah.

Dia masih bersama ramai orang ketika itu. Orang yang sentiasa meletakkan lengan mereka ke bahu dia. Apabila di kantin pula, dia selalu mengambil makanan dengan kuantiti yang sangat banyak. Berpinggan-pinggan tetapi ada sahaja yang bantu dia menghabiskan makanannya.

Kemudian, yang paling membuatkan dia nampak menonjol ialah dia selalu memakai pakaian yang terkoyak dan berconteng sana sini ke Univerisiti. Aku terkadang hairan mengapa tiada seorang pun tenaga pengajar atau orang rapat dengannya melakukan sesuatu terhadapnya.

Oh atau mungkin, pihak berkuasa yang tidak mampu melawan kuasa kedudukan dalam organisasi manusia sekarang. Orang sebegini memang patut berjumpa dengan Hero. Aku tahu Hero sahaja yang akan buka mata manusia jahil dengan cara Hero sendiri.

Aku terus membawa lelaki itu meyusuri lorong yang gelap menuju ke rumah Hero. Dia tidak bertanya apa-apa, jadi aku juga mendiamkan diri. Sampai sahaja di hadapan rumah Hero, pintu laju sahaja dibuka. Seperti biasa, apabila melihat pelanggannya, Hero terus mencapai leher pelanggannya itu dan menarik masuk ke dalam rumah.

Aku bersandar pada dinding sambil menyaksikan pergelutan mereka berdua. Oleh kerana kudrat lelaki yang pelanggannya ada, Hero terpaksa menghentak-hentaknya ke lantai dengan kuat supaya tugasannya selesai dengan cepat.

Hero sempat memberi arahan kepadaku untuk memasukkan beberapa pil yang sudah tersedia di atas meja lipat untuk dicampakkan ke dalam mulut pelanggannya itu. Sukar juga untuk pastikan lelaki itu menelan pil itu tetapi aku tolakkan jauh ke dalam sehingga menyentuh anak tekaknya.

Aku lihat kuku Hero sudah pun terbenam dalam kulit pelanggannya. Namun, lelaki itu masih lagi mempunyai sisa-sisa tenaga untuk menolak Hero dari tubuhnya. Hero memberi tekanan pula pada dada lelaki itu. Mulutnya terbuka seperti ingin berkata sesuatu. Aku mengeleng sahaja.

Sepanjang perjalanan aku membawa dia ke rumah Hero tidak sebutir kata pun dia ingin keluarkan. Apabila rohnya berasak-asak ingin keluar dari badan barulah dia ingin berkata sesuatu. Beberapa minit berlalu, tangan lelaki itu akhirnya terlepas dari tubuh Hero. Hero terduduk di atas tubuh yang kaku itu sambil mencari nafasnya semula. Dia tertawa halus sambil kepalanya terteleng-teleng. Kemudian seperti biasa, kotak dan pita pelekat sudah tersedia untuk menjadi tempat semadi pelanggannya itu.

"Aku fikir aku sudah bersedia Hero. Untuk teruskan perjalannanku hingga ke penghujung"

"Hahahaha! Hei! Kau tak nampak aku baru sahaja bunuh orang depan mata kau!" kata Hero.

"Betul kata kamu Hero. Aku tidak boleh menjadi kamu. Tidak. Aku tak mahu menjadi kamu. Aku ingin terus menjadi diri aku sendiri. Aku tak mahu diri aku dikawal. Aku ingin menjadi aku sehingga ke akhirnya. Jadi, aku percaya kamu Hero. Percaya yang kamu akan menjadi wira dalam mati aku"

Hero menikam-nikam tubuh pelanggannya dengan perasaan marah. Dada Hero berombak-ombak mencari nafas. Bola matanya menikam terus ke wajah pelanggannya sebelum menguraikan satu per satu tubuh badan lelaki itu.

***

WIRA KEMATIANNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ