Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
- you're mine, always mine baby -
HARI ini, dimana hari yang menentukan masa hadapan mereka. adakah cerah ataupun gelap, ataupun berwarna warni macam taik unicorn.
Awal awal bagi lagi, mereka sekumpulan berada disekolah. Kantin menjadi tempat lepak mereka, buku bersepah di atas meja.
Mereka kusyuk mengulang kaji, peperiksaan pertama adalah bahasa melayu.
yeke? Ntah lah.
Langit masih gelap, pukul 6.30 mereka telah sampai disekolah.
Nampak tak bertapa segamat nya mereka?!
Sedang kusyuk membaca, tiba tiba....
" ada teratak di hujung kampung (Ba) bawah cermin kopak ada kotak (Ta) tersembunyi dalamnya ada tempurung sembunyi bawahnya katak melalak " nyanyi seseorang.
Siapa lagi kalau bukan Haziq si kaki TikTok.
Semua trend dia tau, apa yang tak tahu.
Damien, Fareez, Alysha, Umairah dan Aryana yang kusyuk mengulang kaji Itu terus memandang ke arah Haziq yang selamba menyanyi sambil memegang kotak pensil.
Sah mamat ni biul tahap dewa.
Haziq yang merasa diperhatikan Itu mula memandang ke arah rakan rakan nya.
" Apa pandang pandang, kau ada laptop tak? Kenapa takde? Mak kau keje ape? Ayah kau keje ape? " Kata Haziq. Menganjing makcik uitm mintak laptop dekat student.
"Kau nak belajar ke nak nyanyi ni bodo" maki Fareez.
Setepek.
"Ha.. aku nak belanyi! " Kata Haziq.
MASING masing mengerutkan kening, belanyi? Ape kejadah nye bende alah tu?
" Ape bende yang kau merepek ni hanat! " Kata Alysha.
Hampir sahaja kotak pensil miliknya terbang ke wajh Haziq jika Aryana tidak menahan.
" Ape! Betul lah, belanyi!! Belajar plus nyanyi. Kan best tu" kata Haziq.
Rambut diraup kebelakang. Acah hensem.
" Aku taktau, kau ni memang bodoh semula jadi lah. " Kata Damien.
" Dah dah, sambung balik. Nanti dalam dewan gelabah taktau jawapan " kata Umairah.
Mereka semua akur, lalu menyambung apa yang tergelanda Itu.
Sesekali menghela nafas tatkala Haziq menyanyikan lagi TikTok.
D.A
TANGAN direnggangkan, keluar sahaja dari dewan, mereka terus pergi ke kantin untuk rehat.
Buku buku juga dibawa kesana, masih ada peperiksaan dijalankan.
Mereka berenam berjalan beriringan ke kantin. Mata mata yang melihat Itu tidak dihiraukan.
Masalah kau masalah aku?
Tempat yang sedikit tertutup Itu diduduki mereka. Bingit mendengar suara suara lalat yang asyik berborak.