Bab 8

11 2 0
                                    

Yusuf dan Fariez sibuk mengulang. Harap maklum SPM lagi beberapa bulan sahaja.

"Suf, jom pergi dapur. Kau tak lapar ke?" Tanya Fariez, yang masih lagi memandang buku.
"Diet." Jawab Yusuf. Matanya masih tertumpu terhadap soalan persamaan linear.
Fariez memandang Yusuf dengan muka tidak puas hatinya."Oii. Kau dah kurus nak diet apa? Takde, takde jom. Aku tak kira... Aku dah lapar dah ni." Fariez memujuk sambil memegang perutnya yang berbunyi seperti drum.
"Kalau macam tu kau pergi la. Aku tak nak," Yusuf tak nak mengalah.

"Nanti abang aku cakap apa pulak," balas Fariez, tidak mahu kalah.
"Ouhhh, Abang Anas. Dah lama tak jumpa. Bila dia balik?" Yusuf menukar topik.
"Pagi tadi. Tu la kau! Tidur awal sangat tu kenapa?" Fariez cari gaduh.
"Awal? Pukul dua pagi? Awal apanya? Pukul berapa abang kau sampai?" Yusuf tanya tak berpuas hati.
"Hehe, sebenarnya dia baru je sampai dari airport pukul 4:30 pagi. Sampai sini waktu kita baru lepas solat tadi."
"Laaa yeke? Tadi aku keluar bilik tak nampak pon?" Yusuf hairan. Dia sentiasa berada di situ tapi tak nampak kelibat Abang Anas.
"Time dia balik... Dia terus masuk bilik. Tidur. Penat agaknya" Fariez menjawab soalan yang berada di minda Yusuf.
" Kalau macam tu jomlah gi dapur," Yusuf sengih.
"Hmm akhirnya jom," Fariez dan Yusuf melangkah ke dapur untuk mencari sesuatu yang dapat mengisi perut yang kosong.

Setelah sampai ke dapur. Kelibat seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an kelihatan duduk di meja makan. Pelbagai makanan seperti kuih muih terhidang  di atas meja. Lelaki tersebut dihampiri oleh dua orang kawan baik itu.

"Hai, Abang Anas," tegur Yusuf sambil tangan kirinya  menepuk bahu abang Anas dengan kuat tetapi masih mesra manakala, tangan kanannya memegang segelas air suam. Lalu duduk di kerusi sebelahnya.
"Waalaimumussalam" Yusuf yang meneguk air suamnya terus tersedak. Fariez yang menyaksikan semuanya hanya ketawa.
"Hehe, assalamualaikum abang" Yusuf sengih. Hanya mampu bersabar dan reda diri dijadikan bahan ketawa...
"Waalaikumussalam" Abang Anas senyum lalu ketawa bersama Fariez yang juga duduk di hadapan Yusuf. Hurm abang adik sama je...
"Ha! Dah ada girlfriend?" Tanya abang anas sambil mengangkat keningnya.
Kali ini Yusuf bukan lagi tersedak tapi dia terhembus air yang diminumnya lalu terkena muka Fariez. Fariez rasa geli ada air dimukanya yang bersih. Abang Anas pula sudah tergelak terbahak-bahak. Muka Yusuf mula memerah.
"Ish kau ni!" Marah Fariez pada Yusuf.
" Sorry, tak sengaja" Yusuf meminta maaf kerana tidak sangka dia akan bertindak sebegitu sekali.

"Nampak gayanya macam dah ada girlfriend ni..." Teka abang Anas dengan gaya mengusik.
"Ish abang Anas ni! Mana ada la orang single je... Lainlah macam orang tu.." Yusuf membalas semula usikan tersebut .
"Eleh nak menyakat abang lak ya?" Abang Anas meneguk segelas air.
"Hehe. Betul ke dah ada?" Tanya Yusuf inginkan kepastian.
"Kalau ada, kenapa?" Soalan berbalas soalan.
"Ouhhh jadi betullah... Abang Nas ada girlfriend...wuuu" sakat Yusuf sambil menoleh ke arah Fariez.
"Haah" Jawab abang Anas selamba.
"Riez, tengok abang kau cari awek tak ajak kita!" Yusuf tak puas hati. Hurm mesti minah salih salih ni... Teka Yusuf dalam hati.
"Biarlah dia...umur dia tu dah boleh kahwin...kita belum lagi...sabar ya..." Balas Fariez dengan nada memujuk sambil tersengih memandang abangnya.
"Amboi! Sampai ke situ pulak. Tak adalah...abang tipu je...abang single la." Abang Anas berterus terang...penat melayan kerenah budak-budak tak cukup umur ni.
"La...single ke...kenapa tak cakap awal-awal je tadi kan senang," Fariez dan Yusuf berkata serentak lalu ketawa.
Setelah bergurau senda. Mereka makan makanan dengan penuh selera. Selesai makan mereka masih berbual lama akibat sudah lama tidak berjumpa abang Anas yang dahulu tinggal jauh kerana menyambungkan pelajaran dalam khusus yang diminatinya.
"Suf! Jom pergi ambil adik-adik kau kat rumah kau. Abang Anas dah rindu budak-budak tu." Ajak Fariez.
"Yelah. Jom," tanpa berfikir panjang. Yusuf tidak membantah.
"Okaylah kalau macam tu abang ikutlah. Biar abang drive." Kata abang Anas dengan semangat.
"Abang tak penat ke?" Tanya Fariez. Prihatin terhadap abangnya dan dalam rasa pelik juga.
"Tak, sebab dah puas tidur kat dalam kapal terbang," jawab Abang Anas selamba.
"Okayla macam tu. Jom siap." Semua kini masuk kedalam perut kereta. Abang anas duduk di tempat memandu. Fariez duduk di sebelah abangnya. Manakala Yusuf duduk di tempat duduk belakang.

Akhirnya sampai juga di rumah Yusuf. Yusuf pergi ke pintu pagar rumahnya lalu memberi salam."Assalamualaikum." Yusuf memberi salam.
"Waalaikumussalam" Salamnya dijawab."eh abang!" Arif yang membuka pintu teruja dengan kehadiran abangnya yang berada di depan pintu.
"Arif dengan Araf jomlah semalam kata nak datang rumah abang Fariez,"Yusuf mengingatkan adiknya.
"Ouh haah. Kejap,"Arif baru sahaja ingin melangkah memanggil adiknya. Namun, Yusuf beritahu lagi kepadanya adiknya.
"Okay, tapi jangan lambat sangat tau, abang Anas tunggu dalam kereta tu."
Senyuman terukir dibibir." Yeah ada abang Anas!" Teruja sungguh budak itu. Dalam hati. Yusuf tertanya-tanya mana sofhea. Bukankah gadis tersebut bermalam di rumahnya.

Arif masuk ke dalam rumah untuk memanggil adiknya... Tapi sebelum itu dia mestilah memaklumkan kepada kak fhea.
"Siapa datang tu Arif?" Tanya Fhea setelah selesai membasuh pinngan. Sepatutnya dia yang patut berjumpa orang yang datang. Namun, kelihatan tiada masalah ketika Arif membuka pintu, maka dia pon teruskan membasuh pinggan.
"Abang Yusuf"
"Oh, dia dekat mana?"
"Dekat luar, hmm kak fhea... Arif dan Araf nak keluar pergi rumah abang Fariez tau! Jangan risau ada abang." Rayu Arif sambil buat muka comel.
"Okay,"sofhea tak sampai hati tidak membenarkan budak itu pergi... Lagipon nanti mak ayah dia dah nak sampai rumah.
"Bye kak,"Araf yang turun dari tangga terus menuju ke arah Sofhea ingin mengucapkan selamat tinggal,begitu juga dengan Arif. Tapi tak lama pon mereka ke rumah Fariez. Sampai makan malam je. Sebelum Arif dan Araf keluar dari pintu rumah, kedengaran bunyi kereta di rumah sebelah. Menandakan mak ayah dan kakak fhea sudah sampai ke rumah.

Crush Next DoorWhere stories live. Discover now