bab 6

55 6 0
                                    

Bab6
 Di rumah.
"Haih penat..."rungut sofhea. Setelah mereka berdua masuk ke dalam rumah.
"Penat tengok wayang je bukan buat kerja pon..." balas Syahirah yang meletakkan begnya di atas sofa.
"Fine" sofhea mengalah. Yelah tengok wayang je...
"Tapi kenapa akak rasa lain macam?"
"Ha apa yang tak kena?" Hairan sofhea.
"Hati akak ni ha rasa lain..."
"Ehehle... jatuh hati la tu" balas fhea. Dia pelik seketika.jatuh hati?
"Wait! Akak jatuh cinta dengan Fariez eh?" Tanya sofhea seakan2 nak menyakat.
Muka syahirah merah padam.
"Haaaaa...." sofhea membalas reaksi muka akaknya itu.
"Fuyooooo! Ada orang tu suka abang pengawas. Dahlah dengarnya tu pengawas yang paling hottttt di sekolah. Hahahah." Sofhea tak habis lagi menyakat. Syahirah pula tidak berpuas hati. Terus dia mengejek adiknya dengan Yusuf.
"Dengarnya... ada orang tu baru berbaik dengan jiran sebelah. Siap wish birthday dia lagi. Entah2 dia suka kat lelaki tu tak?" Syahirah menyakat sambil tersengih.
"Mana ada. Fhea tak suka dia. Lagipon dia tu jahat!" Balas sofhea sambil cuba berlakon. Padahal dalam diam dia suka.

Sudah berhari2 berlalu... dan akhirnya tinggal beberapa bulan je nak PT3 begitu juga dengan SPM.
Walaupon macam tu tapi Yusuf selalu mengenakan sofhea. Sofhea kena pergi jogging bersama kakaknya. Dia perlu memakai kasut sukan Adidas yang bertali. Tiba2 tali kasut dia hilang! Dia tahu itu kerja Yusuf. Haih budak ni tak sedar ke diri nak SPM! Tahulah budak pandai tapi janganlah buli aku. Huhu.
Akhirnya dia terpaksa pakai kasut sekolah. Sedih! Kasut Adidas ada tapi tali takde. Tak pasal2 kasut sekolah yang disarungkan.

Di taman...
"Wah! Hilang stress!!" Kata fhea kepada akaknya.
"Kan... tapi jangan lupa balik nanti kena ulang kaji. Faham!" Arah akaknya.
"Hurm... yelah2" dah nak exam jadi memang kena bukak buku.
"Oh ya. Lupa nak bagitahu"
"Bagitahu apa?"
"Petang ni Fhea,Farah dan wardah nak kena pergi rumah Qaira. Nak study group."
"Ouh okay. Pukul berapa?"
"3"
"Jangan balik lewat."
"Alright boss!" Balas sofhea dengan mengangkat tangannya seperti askar.

Pukul 3
Di rumah Qaira.
"Korang... jemputlah masuk." Pelawa Qaira keda kawan2nya.
Farah,Fhea dan Wardah masuk ke rumah Qaira yang agak mewah itu.
"Sebelum terlupa aku ada ajak sorang senior ni datang. Nanti dia boleh beri tunjuk ajar kat kita" Beritahu Qaira.
"Siapa??" Tanya Fhea ingin tahu.
Ketika mereka sudah duduk di ruang tamu. Tiba2 ada yang baru datang.
Sofhea sepertia tak percaya siapa yang berada di depan pintu tersebut. Yusuf!! Argh!
Yusuf memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk.
Farah dan wardah dapat mencuci mata dapat melihat senior mereka yang kacak itu. Manakala sofhea... sebaliknya. Dia tak nak tengok muka senior dia.
"Okay! Jom kita mulakan study group!" Qaira yang bersemangat tak sabar nak mulakan study group.
"Okay! Harini abang nak ajar pasal subjek matematik bab tingkatan dua." Yusuf menjelaskan silibus yang hendak diajarkannya.
"Okay" kata wardah.
"So tolong revision balik yang algebra boleh?"kata farah
"Boleh" balas Yusuf dengan senyuman yang paling hot. Hurm nak buat orang cair ke nak buat orang terbakar getus hati sofhea. Dia meluat tengok Yusuf yang menayangkan senyuman hot itu. Tahulah hensem. Hurm.

Yusuf pula pelik lihat Sofhea. Orang niat baik nak tolong ajar. Tapi dia tak tanya satu pon soalan ketika dia mengajar. Betulke budak ni faham? Risau dia. Setelah habis study group mereka makan sebelum balik.
"Wah! Nasi ayam!" Terliur sofhea melihat makanan  yang terhidang dia atas meja.
"Heheh! Mak aku masak special untuk korang tau!" Balas Qaira.
"Terima kasih,mak cik" kata mereka berempat serentak.
"Sama2" balas Puan Nani. Sambil tersenyum ke arah mereka.

Setelah habis makan...

Akhirnya mereka balik ke rumah.
Dalam perjalanan balik ke rumah. Sofhea menaiki bas begitu juga dengan Yusuf. Yusuf memang sengaja nak naik bas sebab nak balik dengan sofhea.
Di dalam bas...
Yusuf mengambil tempat sebelah sofhea. Sofhea tak sempat nak halang.
"Cita2 kau nak jadi apa?" Tanya Yusuf.
"Aku nak jadi doktor."
"Kenapa kau nak jadi doktor"
"Supaya aku boleh belah hati kau. Hahaha"
"Asal lak kau nak belah hati aku?"
"Nak tahu siapa kat dalam hati kau"
"Kau nak tahu tak siapa kat dalam hati aku?"
"Tak nak"
"Kenapa pulak"
"Sebab aku belum jadi doktor. Kalau aku jadi doktor biar aku sendiri yang tengok siapa kat dalam hati kau tu"
"Kau tak yah tengok pon"
"Aik"
"Sebab orang tu kat sebelah aku je"Sofhea terdiam. Muka dia memerah...
"Haih pick up line ke?"tanya sofhea sambil cuba buat muka biasa.
"Bukan tadi kau yg buat pick up line dulu ke? Nak belah hati aku. Hahaha" Yusuf ketawa.
"Mana ada. Aku just nak buat lawak je..."Sofhea menjawab
"Yela tu..."balas yusuf.
"Betul la." Sofhea mengetap gigi menahan geram. Sebab yusuf tak berhenti daripada mengusiknya.

Dah sampai ke rumah

"Assalamualaikum" sofhea memberi salam nak masuk ke rumah. Tetapi tiada siapa yang menjawab. Setelah memberi salam dua tiga kali tiada juga yang menjawab. Sofhea hairan takde sesiapa ke kat rumah ni? Aduh... dia dahla tak bawa kunci rumah! Kemudian dia menelefon emaknya.
"Hello mak. Mak kat mana ni?"
"Mak kat rumah mak usu ni. Semua dekat rumah mak usu"
"Habistu kenapa tak beritahu fhea"
"Mak tak rancang pon nak pergi rumah mak usu. Tadi mak usu kau orang ada buat makan2. Lupa nk beritahu."
"Fhea tak bawak kunci... macam mana nak masuk ni?"
"Macam nilah... mak ayah akak balik malam, jadi fhea tumpang la rumah cik yazid sampai mak ayah dan akak balik. Okay?"
"Okay"
"Kalau camtu mak nak call puan Zulaikha. Nak beritahu dia"
"Okay"
"Okaylah bye"
"Bye"
Setelah tamat Sofhea mengeluh. Aduh kena duduk rumah sebelah la pulak... nak kena hadap si Yusuf haih...  apalah nasibku...

Setelah mendapat panggilan daripada hamidah. Zulaikha membuka pintu rumah. Memanggil fhea yang malu2 mahu masuk ke rumahnya.
"Terima kasih,makcik. Bagi sofhea tumpang. Susah2 je"Sofhea mengucapkan terima kasih kepada puan zulaikha.
"Sama2, takdela mana ada susah" puan zulaikha membalas dengan senyuman.
"Sofhea pergila tengok tv tu, acik nak pergi dapur sekejap."
"Okay" sofhea menuju ke sofa yang berhadapan dengan tv.

Setelah sofhea duduk dia atas sofa dan Puan Zulaikha sudah ke dapur... tiba2 Sofhea rasa ada orang duduk di sebelahnya. Dia hendak mengambil alat kawalan tv yang berada di atas meja kopi depan tempat yg didudukinya. Tapi tiba2 ada tangan manusia yang merampas alat kawalan tersebut daripada tangannya. Dia segera berpaling ke arah manusia yang merampas alat kawalan tv dari tangannya. Dan tak lain dan tak bukan... siapa lagi... Yusuflah!

"Kau buat apa kat rumah aku? Rumah kau kat sebelahlah" Tanya Yusuf. Dia baru sahaja turun ke ruang tamu selepas meletakkan buku belajar dan alat tulis di atas meja belajar di dalam biliknya.
"Lupa bawak kunci" jawab Sofhea.
"Jadi? Apa kena mengena kau kena duduk kat sini lak?" Tanya Yusuf tak puas hati bila sofhea berada di rumahnya.
"Biarlah... mak aku suruh duduk sini dulu sementara dia orang belum balik lagi" balas Sofhea. Bukan salah dia kena duduk kat situ mak dia yang suruh.
"Tapi siapa yang bagi kau duduk kat sini?"
"Mak kau"
"Ouh okay"
"Haaa remote ni... aku pegang so suka hati aku nk bukak cite apa"
"Mana adil aku yang amik dulu" sofhea tidak puas hati
"Siapa yang pegang sekarang?" Tanya Yusuf sambil mengangkat kening.
"Fine!" Sofhea mengalah

Puan Zulaikha menuju ke ruang tamu setelah siap membuat air. Dia terdengar bunyi kecoh yang datang dari ruang tamu.
"Kenapa ni?" Tanya Puan Zulaikha.
"Takde apa mummy" jawab Yusuf sambil senyum.
"Fhea ni acik ada buat air teh. Minumlah... jangan malu2" Puan Zulaikha meletakkan jug air ke atas meja.
"Baik cik!" Jawab Sofhea ceria.

Crush Next DoorOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz