Bab 4

62 9 0
                                    

Bab 4
 Kring....!!!!
"Weh! Asal kau lambat sangat masuk kelas tadi?" Tanya Fariez setelah tamatnya waktu sekolah pada hari itu.
"Ouh,tadi aku terlanggar orang  masa nak keluar dari makmal," beritahu Yusuf.
"Perempuan ke lelaki?" Tanya fariez.
"Asal kau nak tahu?" Tanya yusuf balik setelah sedikit terkejut.
"Ala saje je. Manalah tahu perempuan la kn," jawab Fariez. Senyum mengusik Yusuf.
"Kau nak tahu ke? Perempuan ke lelaki?" Tanya Yusuf. Dia berfikir sejenak nak ke tak nak beritahu Fariez yang dia terlanggar perempuan. Nanti tak pasal2 kawan dia ni jawab perempuan tu jodoh dia sebab asyik perempuan tu je aku terlanggar. Hmmm.
"Of course lah nak...." balas Fariez.
"Perempuan." Balas Yusuf. Dia jawab jelah.
"Dia tingkatan 3 eh?"
"Ya"
"So dia junior kita la"
"Ya"
"Mesti dia cun kan"
"Ya"
Alamak Yusuf tak sangka dia boleh terlajak kata. Haih! Terlajak perahu boleh undur tapi terlajak kata?hmm matilah dia kena sakat dengan si Fariez ni...
"Wuish!! Langgar awek cun! Hmm,"Fariez tersengih. Hurm Yusuf ni kalau jumpa awek cun bukan nak ajak aku haih... walaupon aku ni tak minat nak bercinta... tapi waktu macam nilah aku nak usya awek. Walaupon dalam diam je mampu usya. Pelajaran lebih penting untuk umur aku sekarang ni!
"Dah2lah tu sakat aku... kau balik naik apa ni?" Tanya Yusuf.
"Ouh. Aku balik naik mak aku," balas fariez.
"Baik kau cepat sikit. Kesian mak kau kena tunggu kau." Tegur Yusuf.
"Ok la bye2. Lain kali kalau jumpa awek cun beritahu la aku. Hehe" Fariez tak habis lagi menyakat Yusuf.
Yusuf pula buat muka, kemudian dia lambai fariez yang nak keluar dari pagar sekolah.
Yusuf pergi ke motornya dan menunggang motor tersebut untuk balik ke rumah.

Sampai di rumah.
Yusuf perasan yang sejak kebelakangan ni. Ibu bapa dia memang rapat dengan jiran sebelah. Mungkin sebab jirannya dan ibu bapa dia bekerja di hospital yang sama. Bapanya doktor dan ibunya jururawat. Dengarnya jiran dia ditugaskan berpindah ke tempat kerja ibu bapanya itu. Dan disebabkan hal itu mereka semakin rapat.

Pada petang itu. Yusuf pelik. Kerana ketika dia masuk ke rumah itu. Rumah itu gelap dan sunyi sepi. Dia pelik mana adik2 kembar dia dan bibik dia.
Tiba2  dalam keadaan gelap begitu dia dengar ada orang nyanyi lagu hari jadi dan dia nampak ada lilin yang bernyala di atas kek hari jadi tersebut. Dia rasa terharu... dia boleh terlupa yang hari ini hari jadi dia yang ke-17 tahun. Ibunya pulak syif pada waktu pagi sampai petang. Walaupon ayah dia sibuk tapi dia masih rasa gembira kerana keluarganya hargai dia dan sayangi dia.
"Mummy tahu abang rasa tertekan sebab tahun ni abang SPM kan. Mummy harap abang tak tertekan dan dapat belajar dengan baik. Amin."
"Terima kasih mummy." Dia meniup lilin.
"Hurmmm terima kasih kat mummy je?" Tanya Arif dan Araf serentak. Adik kembar yang kecil itu berumur 7 tahun. Budak2 itu bersusah payah meniup belon untuk melaksanakan deko majlis tersebut.
"Yalah terima kasih la adik2 sekalian" yusuf mengucapkan juga terima kasih kepada adik2nya.

Pada waktu malam
"Abang! Pergi bagi kek ni dekat rumah pak cik Sulaiman." Arah mummynya.
"Okay mummy." Yusuf mengambil bekas dia atas meja dapur yang berisi kek dan menuju ke luar untuk ke rumah sebelah.
Dia memberi salam. Dan dijawab oleh pakcik Sulaiman.
"Pak cik. Ni ada kek mummy suruh bagi."beritahu yusuf sambil menghulurkan bekas tersebut.
"Oh. Ya ke? Terima kasih ya."balas pak cik Sulaiman sambil tersenyum apabila bekas kek telah bertukar tangan.
"Baiklah pak cik. Saya balik dulu." Yusuf meminta diri untuk balik ke rumah.
"Okay." Pak cik Sulaiman masuk ke dalam rumah.

"Sayang baguslah anak lelaki jiran kita ni," puji sulaiman.
Isterinya menganguk. Sulaiman melihat anaknya sofhea yang menonton televisyen itu. "Alangkah bagus kalau dia jadi menantu kita kan" kata sulaiman kepada isterinya dengan suara yang agak sedikit kuat supaya boleh didengari oleh anaknya itu. Tapi anaknya itu buat tak tahu saje mungkin fokus menonton televisyen agaknya.

Crush Next DoorOnde histórias criam vida. Descubra agora