Bab 5

52 9 0
                                    

Bab 5
Yusuf masih belum tidur. Kerana dia masih belum menyiapkan kerja rumahnya. Argh!addmath. Dia berusaha menyiapkannya. Setelah siap. Dia turun ke dapur untuk minum air kosong. Tiba2 dia terkejut bila nampak budak di hadapannya.
"Argh!" Jerit Yusuf.
"Abang, rilekslah ni Arif la"adik dia tergelak melihat abangnya yang terkejut itu.
"Kenapa Arif tak tidur lagi ni?" Tanya yusuf sebab selalunya budak di depannya ini  jenis tidur awal. Tiba2 je tidur lambat. Mesti ada apa2 ni.
"Heheh. Arif main game. Lepas ni baru nak tidur." Arif menjelaskan kenapa dia tidur lambat.
"Malam2 main game. Apa nak jadi ni." Marah yusuf kepada adiknya itu. Dia perah otak dengan addmath adik dia boleh pulak main game.
"Sorry abang." Arif meminta maaf kepada abangnya.
"Hmm yalah lain kali jangan pandai2 main game malam2." Yusuf memaafkan adiknya.

Setelah habis minum dia naik ke bilik tidurnya. Kemudian dia baring atas katil dan pejamkan mata. Akhirnya terlena.

Keesokkannya.
Pada pagi itu yusuf ingin pergi ke sekolah dengan menaiki motornya. Tapi sebelum dia menaiki motor tersebut dia perasan yang tayar motornya pancit!! Macam mana dia nak pergi sekolah. Aduh! Terpaksa naik bas la jawabnya. Dia pon dengan redhanya menaiki bas untuk ke sekolah.
Di dalam bas. Jirannya sudah menaiki bas tersebut terlebih dahulu sebelumnya dan dia tak perasan kalau dia tahu, jiran dia naik bas takdenya dia naik bas tersebut sebab malu tayar motor pancit.
Dia pula pelik lihat sofhea yang dari tadi tersenyum2 ke arahnya. Bila difikirkan semula dia dapat rasakan yang sofhea pancitkan tayar motor kesayangannya! Amboi! Balas dendam nampak.

Sofhea dengan tidak ada rasa bersalah malah bibirnya mengukir senyuman. Ha! Padan muka kau! Haritu kau catkan baju aku warna purple. Hahaha sweet revenge.

Syahirah memandang adiknya. Haih adik aku ni betul ke tak? Getusnya dalam hati.
"Fhea. Yang fhea ni tersenyum2 dah kenapa?" Soal syahirah dengan penuh tanda tanya.
"Ha? Takde pape." Jawabnya. Dalam hati dah berpuas hati pasal haritu dia punya baju kena cat. Kali ni tayar motor mamat tu pancit hahahahah.
Setelah sampai ke sekolah. Fhea ingin menuruni bas dengan riangnya. Akaknya sudah terlebih dahulu turun manakala dia baru nak turun, dihadapannya semasa menuruni tangga bas ialah Yusuf. Semasa yusuf sudah selesai turun dari bas barulah fhea dapat turun. Sebelum masuk ke pagar sekolah yusuf menoleh badannya ke belakang menghadap sofhea. Sofhea terkejut sebab lelaki di didepannya ni tinggi sangat.
"Apasal kau pancitkan tayar aku ha?" Tanya Yusuf. Geram. Motor kesayangannya pancit.
"Entah ah. Rasanya kau tahu kot kenapa," jawab sofhea.
"Haih,marah ke? Oh ya ada orang tu baju dia terkena cat,"sindir yusuf.
"Haah. Siapalah yang buat tu?" Tanya sofhea walaupon dah tahu yusuf yang buat.
"Entah ah. Rasanya kau tahu kot." Jawab yusuf.
"Hurm. Tiru ayat orang. But the way, happy belated birthday," kata sofhea. Malas ah dia nak gaduh pagi2 buta.
"Hehe,thank you. Sedap tak kek tu?" Tanya yusuf tiba2 mood dia baik. Hahahaha.
"Entah. Tak rasa lak" balas sofhea.
Yusuf membuat muka. Baru je dia terharu tadi. Hurm!
"Hurmm." Balas yusuf lalu dia terus masuk ke dalam kawasan sekolah. Sofhea pula tak kisah dia pon rileks je masuk ke sekolah pergi ke tapak perhimpunan. Akaknya dah lama pergi ke tapak perhimpunan.

Di kelas

"Sofhea...! Dah siap homework komsas tak?" Tanya farah dengan kelam kabut.
"Dah. Kenapa?" Tanya sofhea.
"Untunglah... kau tak yah kena denda." Balas farah.
"Kalau kena denda pon.denda pon kena buat apa?" Tanya sofhea hairan dengan sikap farah.
"Ish kau ni! Nanti kena ketuk ketampi seratus kali..."
"Ehehle ketuk ketampi je." Sofhea tak kisah langsung kalau ketuk ketampi dia memang dah biasa kena!
"Kau tahu tak selain ketuk ketampi kena angkat kedua2 tangan. Lenguh tahu tak!" Balas farah tak puas hati.
"Yalah2 yang tu aku mengaku! Memang lenguh gilaaa." Setuju  sofhea.
"Ha. Tahu pon." Balas Farah.
"So mesti kau tak siap! Habislah kau..." sofhea sengaja nak bagi farah takut. Hakikatnya farah dah cuak. Huhuhu.

Cikgu Aisyah melangkah masuk ke kelas. Kemudian dia menyuruh pelajar menghantar buku komsas. Farah sudah sedia cuak. Matilah dia.
Akhirnya cikgu Aisyah tangkap pelajar yang tak siap kerjanya. Dan apa lagi denda yang ditakuti Farah harus dilakukan oleh Farah juga. Kesian Farah.
Sofhea pula hampir gelak memandang Farah. Dia menggeleng. Farah, Farah. Apalah nak jadi.
"Sofhea. Tolong hantarkan buku komsas ni kat meja saya." Arah Cikgu Aisyah. Sofhea memandang cikgu sambil menjawab okay. Dia bangun dari tempat duduknya dan pergi ke meja cguru di kelas untuk mengambil buku komsas lalu dibawanya ke meja cikgu di dibilik guru. Ketika di bilik guru...
Dia ternampak Yusuf dengan Fariez yang baru sahaja ingin keluar dari bilik guru. Dia tersentak. Terkejut dia bila terserempak di dalam bilik guru. Harap maklum dia murid baru so tak tahu sangat latar belakang dia orang berdua di sekolah. Apa yang dia tahu mereks berdua kira famous kat sekolah. Dia tidak hairan mengapa mereka famous kerana masing2 mempunyai paras rupa yang handsome lepastu masing2 pandai belajar. Boleh dikatakan cukup pakej.
Setelah meletakkan buku dia atas meja cikgu dia pon menuju ke pintu keluar bilik guru. Dalam hatinya dia berasa lega kerana Yusuf tidak perasan akan kehadirannya disitu.

Crush Next Doorحيث تعيش القصص. اكتشف الآن