FP| Bab 1

35.4K 2K 363
                                    

ADEL merentap tudung Rosa di hadapannya tanpa sebarang amaran awal. Dia cuba untuk menahan rasa amarahnya yang kian membuak-buak hebat. Rasa seperti mendidih saja darahnya itu naik ke otak. Senyuman paling sinis jelas tersumbing di bibir tanda tidak lemah. Rosa ingat, dia heran sangat ke?

"Adu... sakit! Lepaslah, Adel!" jerit Rosa nyaring. Atas mulut Adel terangkat jijik. Hello? Siapa yang harus menjerit kerasukan dan kegilaan sekarang? Gelak besar Adel terus meletus. Rasain lo!

"Sakit ke? Padanlah muka kau. Siapa suruh menggatal dengan suami aku? Dalam banyak-banyak jantan, suami kawan baik sendiri juga ke kau nak kebas? Apa hal? Dah buang tabiat?" cengkaman di sanggul Rosa kian keras.

"Tak payahlah sentuh aku!" Rosa menolak tubuh Adel supaya menjauhi. Ini siapa? Sejak bila rakan baiknya ini jenis kaki pukul orang?

"Tak payahlah apa? Kau malu ke orang tahu yang kau ni sebenarnya perampas?" Adel memeluk tubuh sendiri kepuasan. Mata manusia yang lalu-lalang di situ tepat terpaku ke arah mereka.

"Tak perlu memekik la, Adel. Benda boleh bincang baik-baik kan?" ujar Rosa lalu berdecit benci. Dia membaiki tudung bawalnya yang sedikit herot. Ei, main tarik-tarik pulak!

"Huh? Bincang baik-baik? Kau ingat benda macam ni boleh bincang baik-baik ke?" pintas Adel tidak percaya. Rosa mengajaknya supaya berbincang? Dia tengah bermimpi atau apa?

"Please, Adel? Tolong jangan buat onar dekat sini. Kita bincang baik-baik, hmm? Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya." Rosa cuba untuk mengemis sisa empati daripada Adel.

"Tak nak! Aku tak nak bincang baik-baik. Aku nak buat onar sama seperti kau buat onar dalam rumahtangga aku! Kau perampas!" tempik Adel pantang menerima kekalahan.

"Ah, malas la aku layan kau ni. Apa boleh buat lagi? Aku dan Yunus..." tiba-tiba saja bait kata Rosa itu terputus.

"Kau dan Yunus apa?"

"Kami dah kahwin!"

Tubuh Adel itu tersentak hebat. Riak wajahnya berubah kelat. Dadanya terasa sesak. Hatinya pula seperti dicabik-cabik kejam, lebih teruk berbanding sebelum ini. Dia sedih, kecewa dan terkilan. Ruas dahinya terkerut tidak percaya? Dia tahu yang suaminya itu ada perempuan lain tapi tak mungkinlah sudah sejauh ini?

"Bohong."

"Huh?"

"Kau... kau bohong."

"Tak, aku tak bohong. Dah sebulan kami nikah. Adel, aku masih cuba jadi kawan baik kau tau? Aku sayang kau. Aku tak suka kita bergaduh sebab benda kecil macam ni. Aku harap kita dapat baiki..."

Pang!

Satu tamparan kejam itu menempah nasib tepat di pipi mulus Rosa. Air mata penderitaan Adel sudah mengelinang di birai mata. Bibir sendiri menggigil perit.

"Sejak bila kau jadi perempuan tak ada maruah ni? Sejak bila kau jadi tak tahu malu ni, Rosa? Sampai hati kau, kau tikam belakang aku! Apa salah aku dekat kau? Persahabatan kita dari sekolah menengah, kau tak hargai ke?" bentak Adel bernada sebal.

"Yunus cintakan aku. Dia ikhlas terima aku sebagai isteri kedua. Dan, aku pun dah jatuh sayang pada dia. Soal hati dan perasaan ni... maaf. Aku susah sikit nak kawal." Rosa menyentuh pipi merahnya yang masih kebas.

"Yunus ikhlas? Yunus cinta? Itu bukan tiket untuk kau rampas dia dari aku Rosa! Baik kau jujur! Kau kahwin dengan Yunus bukan sebab kau sayang dia kan? Apa, duit insurans arwah suami kau tak cukup ke nak tampung hidup kau dan anak kau? Kau nak duit suami aku jugak?" soal Adel bertalu-talu.

Rosa ini sahabat baiknya. Dunia dan akhirat.

"Kau ni dah kenapa nak ungkit tentang arwah suami aku? Kau benci sangat pada aku?"

"Kau marah?"

"Ya. Memang aku marah! Dah lama tau aku bertahan hadap perangai kau ni, selfish! Kau dah tahu kan yang aku memang suka Yunus dari zaman sekolah lagi? Tapi kenapa kau terima juga lamaran Yunus dulu? Kenapa Adel?" jerit Rosa. Asyik dia saja yang disalahkan.

"Ini memang salah kau. Bukan salah aku. Masa Yunus tak ada apa-apa dulu... kau reject dia. Sekarang bila dia dah ada segalanya, haih! Mula la kau nak play victim. Kau ni mata duitan juga kan?" Adel menelan rasa sebaknya sendiri. Senyuman sinis tidak pernah terlekang dari ulas bibir sendiri.

Rosa berdecit kecil. "Malas aku nak bercakap dengan kau ni! Bukannya kau faham pun. Asyik aku je yang nampak salah!"

"Kita putus kawan!" tengking Adel dan berlalu dari situ. Fikirannya terlalu bercelaru.  Tidak tahu mahu menyebelahi pihak mana, si suami atau kawan baiknya? Tetamu tidak akan masuk jika tidak diundang bukan?





"AWAK cakap apa pada Rosa?" soal Yunus.

Lidah Adel jadi kelu. Diam. Dia tiba-tiba rasa malas untuk berbincang tentang Rosa. Mata penat sendiri naik menjeling sekali lekuk wajah Yunus. Kata jejaka itu, cinta mereka ini cinta hakiki. Tapi ini apa? Dia tidak pernah menyangka yang bakal ada Rosa sebagai orang ketiga.

"Saya bercakap dengan dinding ke sekarang?"

"Kut?" balas Adel acuh tidak acuh saja.

"Adel!"

"Yunus." Pintas Adel laju.

"Awak dah tak sayang saya ke?" tepat panahan matanya jatuh di wajah Yunus. Dia kenal lelaki itu bukan sehari dua. Malah bertahun-tahun lamanya. Masakan cinta yang ditatang penuh bakal runtuh begitu saja. Kerana Rosa pula?

"Kenapa tanya soalan macam ni?"

"Sampai bila ya awak nak sorok perkahwinan awak dan Rosa daripada saya?" panas tebing mata Adel sekarang. Yunus tercengang hebat menerima sebaris soalan Adel. Lidahnya terasa seperti keras terpasak di lelangit sendiri. Tiada langsung penipuan yang mampu diolah olehnya pada saat ini. Yang ada cumalah kebenaran. Hanya tatapan mata yang mampu bertarung dan berbicara sesama sendiri.

"Kenapa Yunus?" air mata Adel jatuh ke tulang pipi.

"Adelia..."

"Awak dah tak sayang saya kan?"

"Tak, Adel. Saya masih sayang dan cintakan awak. Awak isteri pertama saya. Tak ada orang yang mampu duduk di tempat awak." Ujar Yunus perlahan.

"Kalau awak masih cintakan saya, kenapa perlu ada pilihan kedua? Saya bukan pilihan untuk awak." Balas Adel lalu menggeleng tidak percaya.

"Saya masih cintakan awak tapi pada masa yang sama, saya jatuh hati pada Rosa. Rosa baik sangat. Awak pun kenal dia kan? Awak faham saya tak ni, Adel?" jari jemari Adel itu dipaut dan dielus lembut oleh Yunus.

"Saya masih tak faham. Kenapa Rosa? Saya tak boleh dan takkan terima semua ni. Sekarang ni, saya nak awak pilih. Saya atau Rosa?" Adel merentap jari jemarinya keras.

"Saya tak boleh pilih."

"Kenapa?"

"Adel, awak tahu yang saya dah lama nak cahaya mata? Dah empat tahun kita kahwin tapi masih tak ada anak." Luah Yunus kelat.

"Kita boleh cuba, Yunus."

"Tak boleh, Adel. Awak mandul."

Bait kata Yunus itu berjaya memusnahkan sebuah harapan seorang isteri Adel. Apa saja yang terpacul dari bibir jejaka itu seakan-akan hinaan buat Adel. Sakit, hati Yunus sudah menjadi milik Rosa. Bukan Adel tidak cuba. Dia sudah cuba tetapi masih tiada rezeki daripada Tuhan.

"Kita dah janji nak hadap semua ni sama-sama kan? Tapi kenapa sekarang awak nak buang saya pulak? Rosa boleh beri kebahagiaan yang saya tak boleh beri ke, Yunus?" soal Adel teresak-esak.

"Ya, Adel. Rosa mampu beri apa yang awak tidak mampu beri pada saya, iaitu cahaya mata." Balas Yunus laju. Adel mahu dia jujur bukan? Itulah kebenarannya. Adel pula terus melepaskan nafas lemahnya.

"Saya harap awak boleh terima Rosa."

"Terima? Perempuan tu?"

"Perempuan tu ada nama Adel!" jerkah Yunus.

Gelak sinis Adel terlepas lantang.

"Saya atau Rosa... awak pilih!" suruh Adel lalu menjeling tajam seraut wajah Yunus yang sedang mencerlung benci ke arahnya. Masjid cinta yang cuba dipertahankan olehnya, sampai bila boleh berdiri?

TBC

TUAN ISKANWhere stories live. Discover now