FP| Bab 13 (Raw)

20.5K 2K 187
                                    

PENUMBUK ISKAN MELAYANG tepat di pipi muka Yunus. Tubuh jejaka itu terus terpelanting ke lantai. Iskan memeluk tubuhnya sambil bahu bersandar pada dinding. Haq pula berada di belakangnya. Kelam-kabut takut ada yang datang!

"Kau ni dah kenapa jantan?" Yunus meludah darah ke tepi. Dicerlungnya muka Iskan dengan rasa sebal. Dia syak lelaki ini gigolo kepada Adel.

"Proper greet."

"Proper greet?"

"Kau sihat tak Yunus? Lepas bercerai dapat tidur lena tak? Masih teringat pada Adel ke?" soal Iskan bertalu-talu lalu duduk bercangkung supaya separas dengan Yunus. Pipi jejaka di hapadannya itu ditilik dengan mata kasarnya. Tak boleh jadi, belum ronggok ni!

"Kenapa aku nak kena ingat dekat betina jalang tu pulak? Apa masalah kau dengan aku ni? Betina tu ada sogok kau ke supaya jumpa aku ni?" Yunus jadi hilang kesabaran.

Rahang Iskan bergerak sendiri. Betina jalang?

"Bagus lah kalau tak ingat, aku lagi suka. Aku just nak cakap, terima kasih sebab bercerai dengan Adel. Talak tiga pulak tu! Tak perlu aku nak risau lagi kalau korang nak rujuk kan?" ada sengihan senget di bibirnya.

"Aku dengan Adel, rujuk? Kau ingat ada ke cina buta yang nak dekat betina tu? Memang sampai mampus aku takkan rujuk balik!" sinis Yunus sakan.

Pang!

Kepala Yunus terteleng ke tepi. Lantas dia cengkam leher Iskan tanpa sisa kesabaran lagi. Kau ingat kau kaya, kau dapat pijak-pijak kepala aku? Tak lama lagi aku pun kaya, kaya dari kau!

"Tuan. Cepat sikit setelnya." Haq sudah tak senang duduk. Dia ada nampak guard yang sedang meronda. Kalau ya pun, culik lah dulu Yunus ni. Campak dalam sangkar buaya dekat Thailand.

Pang!

"Kau dah kenapa anak haram?" bentak Yunus lalu cuba melawan kembali tetapi tetap gagal saat Iskan menendang dadanya. Tatapan tajam hanya meratah sosok jejaka yang sedang berdiri gah di hadapannya.

"Adel suruh tampar kau tiga kali."

"Huh? Betina..."

Buk! Buk!

Erangan Yunus kedengaran lantang.

"Yang ni dari pihak aku. Nasib baik lah aku fikir anak bini baru kau tu, kalau tak, memang tak sempat mengucap dah kau ni."

Buk!

"Argh!" Yunus tahan sepakan bertalu-talu tersebut. Sudah senak perut sendiri, rasa bagai nak muntah segala isi makanan.

"Lagi satu, Adel ada nama. Nama dia, Bunga Adelia. Kalau betina tu, aku tak pasti yang mana satu. Kau boleh balik try tanya bini kau. Tak pernah lagi aku jumpa jantan bebal macam kau ni. Otak letak dekat adik kut ya?" Iskan meludah ke tepi. Amarahnya memuncak. Dadanya pula berombak kencang.

"Ada adik ke? Maybe tak ada kut, sebab tu lah tak ada anak kandung sampai sekarang. Aku rasa kan, kau lah yang mandul tapi ada bagus jugak tau! Tak perlu lah anak cucu kau dapat otak bebal macam kau ni. Betul tak?" sambungnya dengan tawa yang meletus.

"Kau mesti nak sangat kan dengan betina tu? Bekas aku pun kau nak ke? Kalau nak sangat ambil lah, Adel pun bukan pandai layan lelaki sangat pun!" bidas Yunus pula.

Buk!

"Kau jangan nak merangkak cari Adel pulak lepas ni. Adel tu hak aku, bakal isteri aku. Kalau kau sentuh dia lagi, aku cari kau sampai lubang cacing. Bukan setakat kau aku cari, anak bini kau, family kau, semua aku cari! Faham tak aku cakap ni?" balas Iskan bengis. Nak je aku bakar sampah ni hidup-hidup!

TUAN ISKANWhere stories live. Discover now