FP| Bab 14 (Raw)

21.4K 2K 101
                                    

ADEL MENGANGKAT KEPALA kepada Iskan. Menu dan pelayan di situ dipandang silih berganti. Dia dah order dua set nasi ayam, tiga set side dish tapi ada lagi yang dia nak tambah.

Craving!

"Lagi sayang?"

"Tuan okay ke? Banyak ni, kalau saya tak habis. Bazir macam mana?" bisik Adel perlahan, malu. Tak mahu pelayan di situ curi-curi dengar!

"Tak apa sayang. Order je, kalau tak habis, saya kan ada? Saya makan sampai licin!" sokong Iskan. Makan je sayang, makan sampai pipi tembam!

"Nyonya Pai Tee satu!" pesan Adel ceria.

"Nak regular ke large ya cik?" soal pelayan itu pula. Seraya dengan itu, Adel terus menoleh ke arah Iskan. Nak large tapi boleh ke?

"Large!" potong Iskan. Kenapa pandang dia macam kucing ni? Rasa macam nak gigit, kunyah, telan je.

Adel rasa selesa pula bersama Iskan. Dulu kalau keluar bersama Yunus, nak pesan banyak pun tak boleh. Katanya, membazir sangat. Tup tup makan tak kenyang pun.

Sepuluh minit berlalu, akhirnya semua makan tiba penuh di atas meja mereka. Adel apa lagi, terus mula makan tanpa ambil kisah tentang Iskan di situ.

Iskan hanya melorek senyuman bahagia. Ayam di dalam pinggannya dialih separuh ke dalam pinggang Adel. Makan sampai kenyang. Tak kenyang, kita order lagi!

"Tuan pergi mana setahun? Text, call saya pun tak pernah." Adel buka topik baru. Agak tertanya-tanya ke mana Iskan menghilang tanpa jejak.

"Saya pergi urus branch company dekat Singapore. Kenapa? Sayang rindu ke?"

"Dekat je tapi text, call pun tak pernah!" Adel jadi tersinggung pula. Cakap sayang tapi tingkah tak tunjuk sayang pun.

"Bukan tak nak text, call. Cuma kan sayang cakap nak masa? Saya bagi lah masa, setahun. Dah fikir habis-habisan ke? Dah sedia nak jadi isteri saya?"

Uhuk!

Adel tersedak kuah cili pula. Dada sendiri ditepuk-tepuk pedih. Tubir mata mula basah. Pantang betul bila orang cakap fasal isteri ni. Dia belum puas rasa bujang lagi.

"Ya Allah sayangku! Bismillah baca ke tak tadi?" Iskan angkat segelas air sejuk ke hadapan Adel sebelum gadis itu meragut pantas. Tidak cukup dengan itu, dia mengelus tebing bibir Adel yang comot dengan tisu kering.

"Salah tuan lah ni, siapa suruh cakap pasal isteri? Saya ni baru setahun bercerai. Masih belum bersedia nak jadi isteri orang lagi."

"Tak nak cuba buka hati ke sayang?"

"Hati ni masih tertutup rapat. Bukan senang tau nak healing dari kisah silam. Luka lama pun belum sembuh. Kalau tuan tak apa lah, tak pernah kahwin. Tak rasa apa yang saya rasa!" luah Adel sambil mengunyah isi ayamnya.

"Siapa cakap saya tak pernah kahwin, saya dah kahwin lah. Sayang oh sayang, takkan tak terasa nak siasat latar belakang saya ni?" Iskan jadi terkilan.

"Da... dah kahwin? Habis tu buat apa dekat sini, kalau wife awak tahu macam mana?" Adel terus menggelabah. Apa ke bengap sangat tuan ni?

"Saya dah bercerai."

"Oh. Sorry."

Hening.

"Sayang. Kalau awak bagi masa tujuh hari pada saya boleh? Saya nak cuba ambil hati awak. Kalau dalam tempoh tu saya gagal, saya akan undur diri dari hidup awak? Boleh?" garpu bermain-main malas dengan nasi.

"Tujuh hari je?"

"Kalau tuhan betul-betul nak kita bersama, tujuh hari dah cukup. Kalau tak, maksudnya tak ada jodoh lah sayang. Boleh?" Iskan naik merenung Adel sebelum mata mereka bertaut lama. Sungguh sayangnya tumpah di sini, pada Adel.

"Bo... boleh. Tujuh hari je eh?" tergagap-gagap Adel di sini. Dia lemah dengan tatapan Iskan. Kacak!

"Makin tambah pulak sayang saya! Nah, buka mulut... intan payung Putera Iskandar kena lah makan banyak-banyak. Aa?" Iskan cucuk isi ayam di dalam pinggangnya lalu disua pada mulut Adel. Dia ada lagi tujuh hari. Gadis ini harus jatuh hati dengannya, ini tekadnya.






ADEL RASA NAK marah semua orang sekarang. Semalam Iskan ada mengajaknya ke panggung wayang hari ini. Katanya, ada movie baru yang akan ditayang di sana tapi dia tetap berkeras tidak mahu. Dia tak suka movie yang tergantung. Ada khabar angin, movie itu bakal ada musim kedua.

Novel pun belum habis tulis!

"Saya tak suka lah, tuan. Tak suka cerita tergantung. Tuan ni tak habis-habis nak paksa saya!" marah Adel. Baru hari pertama dating dah bergegar satu pawagam.

"Om nom nom sayang!" Iskan sumbat popcorn ke dalam mulut Adel tanpa amaran. Asyik marah je!

"Nak lari lah tu!"

"Tak lari sayang. Abang ada dekat sini je, sebelah sayang." Iskan bergerak ke arah pintu wayang dibuntui oleh Adel. Sampai di hadapan pintu, pembantu di situ menegur mesra ke arah mereka.

"Tuan, kenapa tak ada orang? Panggung ni nombor tiga belas ke? Katanya, tiga belas ni berhantu. Tak nak lah saya, saya nak balik!" langkah Adel semakin pantas mengekori Iskan.

"Panggung ni nombor tiga sayang."

"Habis tu mana semua orang?"

"Tak ada. Saya sewa satu panggung wayang ni."

Adel jadi terlopong. Satu cubitan berbisa terus singgah di bahu milik Iskan. Ruas dahinya sudah berkedut dengan rasa sebal.

"Tuan ni kenapa?"

"Sakit lah sayang! Kalau nak cubit, ni cubit sini. Baru puas sikit!" pipi sendiri disua pada Adel. Garang betul bakal ibu kepada anak-anaknya ni.

"Kenapa sewa satu hall ni, kan bazir!"

"Nak bazir apa? Kalau yang berkaitan dengan sayang, semua tak bazir! Lagipun saya nak enjoy movie ni dengan awak. Mana tahu awak nak jerit sambil peluk saya ke?"

"Tuan oh tuan. Geram betul saya sekarang ni!" Adel mengurut dadanya sendiri. Kesabarannya ini sudah senipis kulit bawang. Tanpa bicara lagi, dia terus duduk di kerusi tengah hall. Betul-betul di tepi Iskan.






ADEL CUBA MERENGGANG ototnya yang rasa terbelit-belit. Boleh tahan seronok juga cerita ni tapi malangnya, tergantung. Sosok Iskan di sebelah pula dilirik sekali.

"Best tak movie ni?" soal Iskan.

"Tergantung."

"Miss!" Iskan seru gadis pembantu di situ. Gadis itu apa lagi, terus terkocoh-kocoh keluar dari dewan wayang. Beberapa minit setelah itu, muncul seorang wanita dari pintu sebelah layar wayang.

"Siapa tu tuan? Pelik je pandang kita?" Adel menarik lengan baju Iskan. Tadi tengok movie tentang pembunuh bersiri di dalam panggung wayang. Takkan jadi kenyataan pula.

"Natasha William."

"Siapa Natasha?" kening Adel naik sebelah tidak mengerti. Takkan buah hati Iskan pula. Nak balas dendam ke ni?

"Penulis novel."

"Novel apa?"

"Novel movie ni lah. Sayang kan tak suka cerita tergantung kan? So, sayang boleh tanya sendiri penulisnya apa yang jadi di akhir cerita." Iskan tersengih-sengih sendiri sebelum dia menyarung jaketnya pada tubuh Adel. Sejuk ke?

"Hu... huh?"

TBC

TUAN ISKANWhere stories live. Discover now