6) StartMission

405 29 24
                                    

JANGAN LUPA TEKAN 🌟 VOTE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JANGAN LUPA TEKAN 🌟 VOTE...

SORRY HAVE TYPO!!

JANGAN KECAM!!!

7:00 Pagi......

Ckelk!

Aliff baru saja mengunci pintu rumah. Pada masa itulah Sharyni sudah sampai depan rumah menunggu dirinya.

"👋" Sharyni mula sapaan mereka dengan lambaian dan senyuman lembutnya.

Aliff membalas dengan lambai perlahan yang selalu ia lakukan dengan muka bersahajanya. Aliff terus berjalan menuju ke sekolah. Sharyni sempat menjenguk ke halaman rumah Aliff sebelum mengejar dari belakang.

Semasa berjalan Aliff mengeluarkan 3 keping roti sebagai sarapan. Ada juga niat memberinya ke Sharyni. Tapi dengan lembut Ryni menolaknya. Masa itu juga mereka sempat singgah kedai untuk membeli barang. Aliff beli sebotol yogurt dan Sharyni beli barang sekolahnya sedikit.

"Korang berdua selamat pagi!"

Sapa penunggang basikal. Aliff dan Sharyni hanya melambai lembut. Nampaknya penunggang basikal itu mengenali mereka.

Jalan masih panjang, jadi Sharyni nak buat perjalanan itu tak janggal. Ia menarik lembut lengan baju Aliff.

"Ryn?" Aliff.

"Mana Ikha?"

Sharyni mula dengan menanyakan tentang Zalikha yang selalu nya ikut bersama berangkat sekolah. Tapi kali tidak.

"Hari ni kan ada majlis sambutan kokurikulum. Jadi setiap kelab yang tertentu akan mengadakan jualan barang atau makanan. Iya Bendahara kelab Badminton. Jadi tentang kewangan akan dia uruskan. Sebab tu dia, Nas dan Omar pergi sekolah awal dari kita."

Jelas Aliff sambil membuat isyarat tangan demi menambahkan kemudahan Sharyni untuk faham.

"Apa awak tak ikut jadi ahli jawatankuasa mana² club?"

"Malas."

Sharyni cemberut dengan jawaban Aliff. Tapi itu emang tingkah aslinya. Dia sangat malas dalam hal kokurikulum, sebaliknya cikgu yang akan mencarinya untuk membantu dalam hal kokurikulum. Buatkan mata atau skor kokurikulum Aliff tinggi seperti seorang pelajar aktif. Padahal tidak.

"Mungkin hari ni akan jadi hari yang paling penat." Aliff sudah kebayang apa yang akan berlaku jika dia melepasi pintu masuk sekolah.

"Ala biasa lah tu Acap. Lagian awak boleh tolong Zalikha nantinya."

"(Mengeluh) Entahlah. Iya pun tengah merajuk dengan aku sekarang ni." Luah Aliff.

"Merajuk?"

"Semalam kan kita balik lambat. Padahal Zalikha dah siapkan makan malam. Jadi semua makanan tu tak jadi dimakan. Zalikha jenis yang tak suka lambat dalam hal rumah. Tak kira itu waktu makan, mandi dan semuanya." Aliff.

New Generation Meteor MATA. (Sequel Agent's Family)Where stories live. Discover now