27) JustLookOkBut

326 28 7
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JANGAN LUPA TEKAN 🌟 VOTE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JANGAN LUPA TEKAN 🌟 VOTE...

SORRY HAVE TYPO!!

JANGAN KECAM!!

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Inspiration :
-Cartoon Ejen Ali Season 2.
-Animanga.
Writer : ALIYA.

Continue....

(2058)

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi kasut bertumit terhasil oleh seorang gadis yang sudah berumur. Muka putih cina serta pipi tembam layaknya pau. Bertudung bawal bewarna kuning. Dirinya yang membawa beberapa fail lalu masuk kedalam sebuah ruangan.

Ruangan itu telah terisi beberapa Ejen Neuro yang umurnya sudah lebih 20 tahun keatas. Seperti pelajar yang mengambil course universiti, gadis tadi meletakkan failnya atas meja guru lalu memulakan pelajaran tentang selok belok Teras Neuro yang lebih dalam.

Beberapa jam memberikan pelajaran dengan penuh serius dan tidak meninggalkan sedikit pun point. Akhirnya kelas tersebut tamat, gadis itu langsung mengemas failnya.

"Puan Alicia." Pantas yang di panggil menoleh.

"Ya? Apa saya boleh tolong?" Tanya Alicia bermuka datar khas nya.

"Saya tak faham tentang point ni." Ejen Remaja itu membuka buku dan menunjuk point yang ia tak faham. Alicia langsung menerangkan semula tanpa basah basi.

"Faham?" Tanya Alicia selepas menerangkan.

"Saya sudah faham. Terima kasih puan." Ejen itu tersenyum ikhlas. Alicia tersenyum nipis sebelum berjalan keluar dari bilik.

"Kenapa Puan Alicia tu? Cepat semacam." Tanya rakan Ejen Remaja tadi. Langsung kepala rakannya di luku.

"Sakitlah, kenapa kau ni!?"

New Generation Meteor MATA. (Sequel Agent's Family)Where stories live. Discover now