CHAPTER ONE

6K 278 4
                                    

The Broken Vow membuka tirai...

👑👑👑

ARABELLA POV

"PUTERI Nuraisya Arabella. It's been past the midnight. Anakanda buat apa dekat luar sana sampai malam baru muncul?"

Langkah aku mati bersama wajah yang pucat. Terus diluruskan kaki yang terjengket. Bibir digigit sebelum nafas dihela perlahan.

"Maaf lewat, bonda."

"Anakanda tu perempuan. Tak manis keluar selepas maghrib. Lagi tak enak jikalau hingga ke tengah malam. Anakanda kena beringat yang anakanda tu seorang puteri. Kalau buatnya ada musuh datang dengan niat nak menculik kamu, siapa yang susah? Ayahanda jugak."

Mahu saja tahi telinga aku mencair dengan bebelan ibunda tercintaku ini. Tak habis-habis nak pesan itu apa. Bukan ke patutnya dia bersyukur yang aku kembali dengan keadaan cukup anggota tubuh badan?

Wajah ibuku, Alaina dipandang dengan riak bosan. Tanda aku malas nak dengar bicaranya. Mata aku pun dah berat, tinggal masa nak terkatup saja. Apa yang Alaina cakap pun aku sekadar dengar tak dengar. Parah sangat ngantuk aku ni.

"Anakanda dengar tak apa bonda cakap ni?" Sergahan bonda buat aku tersentak. Lantas aku berdiri tegak lalu memberi takbir hormat, seperti kebiasaan tentera diraja yang sering berbuat demikian hingga aku terpaksa balas.

"Ni dah kenapa?"

"Ha?" Aku jadi terpinga-pinga.

Bonda mengeluh. Kepala menggeleng kecil. Penat melayan anak suntinya yang seorang ni.

"Pergilah tidur. Esok ada tetamu yang akan bertandang. Pastikan kamu bangun awal dan siap awal."

"Siapa nak datang?"

"Kerajaan Alka." Jawab Bonda mudah.

Aku garu kepala. Kerajaan Alka...

"Jangan kata kamu lupa kerajaan Alka di mana?"

Sengih. Bonda aku ni memang betul-betul kenal anaknya sendiri. Tengok air muka pun boleh detect. Hebat.

"Ya Allah Ara... Kamu tu satu-satunya anak bonda dan ayahanda. Pada siapa lagi kami nak harapkan jikalau bukan kamu? Kamu kenalah tahu geografi dunia. Kenal mana satu musuh dan mana satu sekutu. Sampai bila kamu nak main-main?" Bonda sudah cekak pinggang. Mata memincing tajam merenung anak sendiri yakni aku.

"Bonda, tak boleh ke kalau Ara tak warisi kerajaan kita ni? Ara ni bodoh, bonda. Bodoh sejarah, geografi malah bahasa arab." Mudah aku persendakan diri sendiri. Malas nak menipu, bonda pun dah kenal aku. Tipu buat dosa aje.

Terus berubah wajah bonda.

"Kamu tahukan bonda tak boleh hamil lagi lepas lahirkan kamu?" Nada bonda berubah sayu, sekaligus menarik aku ke hakikat sebenar.

Terus aku teguk liur. Ha, sudah silap cakap!

Padahal bonda dah pernah ceritakan saat aku pernah meminta dia adik. Katanya, dia mengalami masalah kesuburan sekunder yang mana telur ovum tidak mampu berkembang mahupun menjadi matang menyebabkan penyesawaan tidak mampu terjalin.

Sebab itu juga aku hanyalah anak tunggal.

"Maaf, bonda. Ara lupa."

"Kalau bonda mampu, dah berderet adik-adik Ara."

Aku kembungkan pipi. Menyesal dengan pemilihan kata. Sudahnya mencalarkan perasaan seorang wanita.

"Ara minta maaf cuma... Ara tak rasa Ara mampu untuk jadi pengganti ayahanda."

The Broken Vow ✓Where stories live. Discover now