CHAPTER 49

1.5K 180 16
                                    

SEHARI tanpa Fakeeh diibaratkan sebulan tanpa dia. Tidak perlu lagi aku ambilkan baju dia. Tak perlu aku masakkan untuk dia. Tiada lagi panggilan Ya Qalbi bakal menyapa telinga aku.

Semua itu sudah bagaikan mimpi.

Sunyi.

Biarpun Istania masih tenang, aku yang dilanda ribut. Risau dengan keberadaan Fakeeh di sana. Mahu ikut, suami tak izinkan. Sudahnya aku minta ayahanda kirimkan bantuan ke sana. Tak boleh banyak kerana tak mustahil Sulnayah menyerang Istania juga tanpa sedar.

Sahur aku diam memanjang. Hanya ada suara bonda dan Faharin yang begitu asyik dalam dunia mereka. Tidak kisah pun dengan pemergian Fakeeh. Tak terkesan langsung.

Hanya aku saja yang tak ubah persis mayat hidup. Banyak termenung dan buang masa di bulan mulia ini. Solat pun kadang tidak fokus, kerana akal banyak memikirkan si dia di sana.

"Ara? Ara."

Tepukan di bahu aku menyedarkan aku dari lamunan. Wajah diraup. Keluhan terlepas. Tengok, lagi aku mengelamun.

"Anya, kenapa?"

"Kenapa laporan ni masih kosong? Dah semak belum pesakit-pesakit ni?" Beberapa helai kertas di atas meja Anya capai dan diperiksa.

Aku kemam bibir. Sampai ke tempat kerja aku, aku banyak makan gaji buta rupanya. Diam dan termenung. Kalau tak ada orang tegur, inilah yang jadi pada aku. Banyak memikirkan Fakeeh.

"Belum. Maaf, Anya. Ara buat sekarang."

"Ara ada masalah ke?" tahan Anya di saat aku mahu melintasi dia.

Kaki melekat ke tanah. "Tak adalah Anya."

"Rindu suami?"

Perut aku sebu. Senangnya orang teka.

"Tak memberi manfaat pun kalau Ara termenung dan mengelamun. Ada baiknya tiap kali rasa khawatir tu menjelma, Ara buat solat hajat. Doakan suami, doakan Alka. Walaupun kita tak mampu sertai mereka, senjata terkuat orang mukmin itu kan doa."

Aku genggam buku lima. Ya, aku lupa.

Fakeeh sendiri pesan supaya aku selalu mendoakan mereka yang berjihad di sana. Bukan begini meratapi nasib.

Nafas aku tarik dalam-dalam. "Ara pergi surau sekejap ya? Nanti laporan tu Ara lengkapkan."

.

.

"EMERGENCY! Bagi laluan!"

Terpaku aku melihat seorang penduduk yang berlumuran darah hadir ke dewan aku. Dewan bedah. Patutnya aku ke sini untuk pastikan semua peralatan cukup dan membuat laporan ringkas.

"Ara, mari!" Anya terus tarik tangan aku merapati. Semua sudah menyarung sarung tangan getah dan bersedia untuk pembedahan.

"Kenapa ni?" soal seorang tabib.

"Kemalangan. Rumah dekat hujung Kota Jahidi yang usang tu roboh waktu mangsa nak mengemas. Ada lagi dua orang mangsa. Lagi dua hanya cedera ringkas. Seorang ni aje yang parah. Timbunan kayu menghempap mangsa dan beberapa yang terpasuk ke tubuh. Kita kena keluarkan." Seorang lagi bersuara.

Semua mendapat kata sepakat dan bersedia untuk misi penyelamat.

Biarpun aku hanya sekadar membantu untuk menambah pengalaman, mata aku terpaku pada tubuh yang lemah itu.

Lama.

Fakeeh.

Apa jadi kalau Fakeeh dipulangkan kepada aku begini rupa?

The Broken Vow ✓Where stories live. Discover now