CHAPTER 45

1.7K 178 13
                                    

ALHAMDULILLAH. Selesai sudah majlis mengangkat sumpah raja baharu.

Tuanku Raja Fakeeh Al-Attar.

Dan aku pula Tuanku Permaisuri Nuraisya Arabella.

Gelarang yang biking badan aku merinding. Tanggungjawab yang berat untuk digalas. Tadi waktu baca sumpah pun hampir tiada suara aku saat menyedari ayat-ayat sumpah yang aku lontarkan ke seisi rakyat.

Ya Allah, jadikan aku dan suami aku orang yang berpegang pada janji dan sumpah.

Sepanjang majlis, Faharin duduk di barisan hadapan. Dia tayang senyum sinisnya. Mata tak berkalih dari Fakeeh. Bahkan dari sepasang matanya membara amarah dan dendam terbuku.

Manakan tidak, ayahanda dan Fakeeh berjaya merubah hajatnya memegang takhta. Walaupun bonda menyebelahi dia, Faharin tetap gagal.

Sebut tentang bonda, bonda sedikit tak puas hati tetapi diraikan juga kami sebagai pegganti. Tapi aku tahu bonda belum sepenuhnya rela. Masih berharap Faharin akan berada di tempat kami. Fakeeh juga suarakan hal yang sama tetapi aku pujuk supaya bersabar. Mungkin inilah dugaan pertama kami sebagai pemerintah.

Mudah-mudahan moga semuanya akan menjadi baik-baik sahaja.

.

.

AKU berjauh hati. Dari tadi hanya membisu biarpun ruang bilik ini gamat dengan suara-suara manusia. Aku termenung sambil tangan memegang muk kaca berisi teh panas.

“Abang Fakeeh tengoklah Ajad ni. Dia suka sangat tau kenakan Rose. Ada satu hari tu dia pergi calit tahi kuda dekat tudung Rose. Rose baru aje gosok tudung tu. Menyirap tau dengan dia.”

Seorang gadis muda dengan tudung kelabu berceloteh bagaikan tiada hari esok. Aku tak adalah nak kisah sangat cuma terasa sedikit dengan sikap dia yang suka menyendeng pada Fakeeh.

Apa hak perempuan ni nak dekat-dekat dengan suami aku?

“Memang padanlah kau. Umi suruh duduk rumah tu maksudnya duduk. Ini nak berjalan sana sini. Dah degil sangatkan?” Ajad santai dengan kemeja longgar ditubuhnya.

“Ee, tengok tu Abang Fakeeh.”

Fakeeh hanya gelak melayan telatah Rose. Makin sakit hati aku dengan Fakeeh. Lupa ke isteri ni masih wujud dekat ruang ni? Ke aku dah ghaib?

“Kau tahu tak Keeh, haritu dia complain nasi Arab Zuhair ni tak sedap? Sampai bertengkar dalam kafe Zuhair. Nasiblah Zuhair ni malas nak layan Rose kalau tak, memang kena gayang.”

“Eh, tu tak payahlah nak cerita dekat sini.”

“Apa? Betulkan? Kan, Zuhair?” Zuhair di sisi disiku. Berkerut dahi kawan yang sedang menyisip air. Bila Zuhair tak jawab, lagi diluku. Akhirnya Zuhair angguk sajalah melayan.

“Tak baik! Zuhair, you patut layan I aje tau. Ajad ni jeles sebab single lama sangat. Bwerk!” Rose jelir lidah. Terherot-herot bibirnya mencebik.

“Kau orang ni… tak padan dengan datang jauh-jauh. Nak makan tak? Isteri aku masak.”

“Kak Ara masak ke?” Bersinar mata Rose merenung aku. Dek janggal, aku angguk lambat-lambat.

“Fuh! Kena rasa ni! Mesti kalah kafe Zuhair. Cepat, kita ke dapur!” Ibarat itu satu arahan, masing-masing hanya ikut telunjuk Rose. Dia berjalan mendahului kami sebelum tiba-tiba dia berhenti mengejut. Dengan kami-kami di belakang ini juga brek supaya tak tersebam beramai-ramai.

“Kau dah kenapa berhenti tengah jalan, gila?” Hujung tudung Rose ditarik hingga gadis itu berdengus.

“Dekat sini pun kau nak cari gaduhkan?”

The Broken Vow ✓Where stories live. Discover now