first🔪|S2

37 9 22
                                    

Namjoon POV

SEBAIK sahaja kereta aku parkir elok di hadapan bakeri serba merah jambu, aku terus membuka bahagian penumpang hadapan sebelum seorang kanak kanak lelaki aku pimpin keluar dari kereta.
Terkedek kedek kaki si kecil itu gembira apabila melihat tempat kegemarannya melewati ruangan mata.

Pintu premis bakeri itu aku tekan locengnya sebelum pintu aku tolak selepas aku pasti kunci dibuka. Tanpa perlu menunggu, Namgil melepaskan tangannya yang tadinya berada dalam genggaman aku sebelum berlari masuk menuju ke dalam dapur bakeri itu.




" Eh jangan..sayang " Aku mencuba untuk menghalangnya tapi gagal selepas melihat dia didukung keluar dengan mulut comot kerana donat coklat yang enak dikunyahnya. "Ah..mianhae sebab tak tengok dia..tahu lari je kerja " aku berkata apabila melihat jelingan tajam perempuan yang mendukung Namgil tadi.


Namgil menggeliat tanda dia diminta dilepaskan dari dukungan. Segera Eunji menurunkan Namgil itu sebelum dia berlari ke meja makan
"Awak ni kan..dalam dapur tu bahaya tahu tak ? Oven panas ke apa apa ke..kalau kena tangan dia tak ke melecur ?" Eunji membebel geram sambil tangan pantas menyusun mufin biru beri ke dalam ruang pameran bakeri.














Aku memuncung. Mesti kena marah.














"Tak payah muncung muncung macam tu..ingat handsome ke ? " Eunji menyambung komennya sebelum aku menjegil mata memandangnya. "Eleh..kalau tak handsome takdenya awak nak kahwin dengan saya kan ?" Aku menggatal. Benda macam ni..cara lawan dia adalah dengan flirt..yes.





"Shut the fuck up " Eunji menjawab lalu kembalu memasuki ruang dapur. Bunyi pili air yang dibuka membuatkan aku dapat mengagak yang dia sedang mencuci peralatan yang digunanya tadi. Aku hanya tersengih kecil sebelum mendekati Namgil yang masih sibuk mengunyah makanan.


Pipi comotnya mula aku lap guna tisu. Kalau aku lap guna baju..telinga aku auto bernanah. Itu aku berani jamin. "Where's eomma ? " Namgil bertanya, dengan mata bulatnya dia memandang aku. Dengan mudah aku memuncung ke arah dapur, sebelum si kecil itu kembali mengunyah makanan yang masih bersisa.




"Kajja" ajak Eunji apabila dia keluar dari dapur. Semua lampu dimatikannya lalu memimpin tangan Namgil yang sudah terkedek mengikut langkahnya. Aku pun bangun lalu mengikut langkahnya. Tak mungkin aku nak tidur sini pula kan ?


Sebaik sahaja pintu premis itu dikunci, kami bertiga mendekati kereta sebelum meluru masuk ke dalamnya. Namgil terlebih mengada, nak duduk pula di atas riba Eunji sedangkan tempat duduk dia sudah aku sediakan di belakang.




















Potong line la budak ni..aku nak sweet sweet dengan mak kaulah kejap..aigo


















Aku hanya memandang Namgil yang ada  bersama Eunji sebelum aku mengeluh dan meneruskan perjalanan untuk ke pasarraya. Sesekali aku menoleh ke arah Eunji yang mula sibuk menambah solekan yang kian memudar ke wajahnya. Sesekali dilayannya mulut becok Namgil yang sudah mula petah bercakap beberapa perkataan ringkas.




Namjoon's POV END










Troli ditolaknya menuju ke bahagian barangan dapur. Eunji tanpa rasa kekok terus mencapai beberapa barangan yang diperlukan sementara Namjoon melayan Namgil yang sibuk merengek mahukan perhatian ibunya. "Okay sabar sabar..kita ambil aiskrim, nae ?" Namjoon memujuk, Namgil didukungnya.






"Nak pergi mana ?" Eunji bertanya apabila melihat Namgil didukung Namjoon. Namjoon menunjuk ke arah peti aiskrim lalu Eunji hanya mampu mengangguk. Tangannya laju memilih tomato yang elok untuk dibawa pulang.




"Namu nak yang mana ? " Namjoon bertanya pendapat anaknya. Tangan kecil itu laju menunjuk le arah tub aiskrim Strawberi lalu Namjoon tanpa menunggu mengambil aiskrim tersebut lalu kembali menuju ke troli sebelum menuju ke kaunter bayaran.







Ketika dia sedang membawa Namgil meronda sekitar dalam pasar raya itu tatkala Eunji sibuk membayar pembelanjaan mereka, dia tertangkap sesuatu yang aneh lalu laju dia mendukung kanak kanak itu ke arah lain. "Eo..wae ?" Eunji bertanya apabila melihat Namjoon tergopoh gapah.





"Cepat sikit..Jom balik " kata Namjoon lalu menghulur beberapa not duit lalu barangan yang dibelinya diangkut dan terus meninggalkan kaunter itu sambil menarik Eunji mengikutinya. Baki duitnya tidak diambil. Juruwang disitu hanya tersenyum tawar akibat Namjoon yang tidak mengambil duitnya semula.




Tapi melihat keadaan lelaki itu yang tergopoh gapah, dia membiarkannya, Tidak sedikit pun dia menganggap lelaki itu kurang adab.




























CHAP 1 DONEE
HAHAHAHAHA terbagi fake hope pulak..igt nk post ahad tapi malas HEHEHE✌️

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 | 𝐊𝐈𝐌 𝐍𝐀𝐌𝐉𝐎𝐎𝐍 [✓]Where stories live. Discover now