12

12 2 0
                                    


"It is all part of your succes "

"It is all part of your succes "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*.:。.✿



"SAYANG dahlah tu. Jangan menangis" Eunji buat tak endah, dia masih sambung menangis di dalam kamar yang sunyi itu. Ketukan pintu bertalu talu tak dihiraukannya. Dia masih duduk bersandar pada dinding sambil memeluk sebuah anak patung arnab.

Yang di luar blik, sudah berasa putus asa untuk memujuk gadis itu agar keluar dari situ. Namjoon pening melihat masalah isterinya itu sebelum membuat keputusan untuk ke ruang tamu dan mendapatkan tetamu tetamunya yang menunggu berita gembira.

"Dia taknak keluar " Namjoon berkata sambil duduk sofa. Seokjin menepuk bahunya, sebagai tanda semangat kononnya. "Aku tak faham. Macam mana, benda ni boleh jadi tanpa siapa tahu ?" Naeun berkata, dia turut tumpah air mata. Sungguh, semua yang disitu terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh seorang pegawai polis.

Beberapa hari lepas, Seokjin membuat laporan polis atas kehilangan Namra dan Yuchae secara tiba tiba . Mereka dikatakan berjalan di taman berdekatan kondominium mereka sebelum hilang tanpa dikesan. Telefon bimbit Yuchae cuba dihubungi, tapi tiada jawapan. Seolah olah nombor tersebut tidak digunakan lagi.

Eunji yang mendengar itu tak mampu berkata apa apa selain menangis tak percaya. Ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan situasi seperti ini. Jujur, ini membuatkan dia takut. Takut sekiranya tragedi hitam yang pernah berlaku akan berulang kembali. Dia benci semua itu.

Dan harini, semua dikejutkan dengan berita kematian Namra dan Yuchae yang dikatakan lemas. Bertambah remuk hati Eunji sebagai seorang ibu apabila mendengar berita tersebut. Namra mati ? Dia tak sangka semua itu. Mayat Namra ditemui dalam keadaan tak sempurna.

Kaki sebelah kanannya entah kemana, mukanya hancur seolah olah disimbah asid sampai tak proses pengecaman mayat tak dapat dilakukan. Tapi, dengan firasat ahli keluarganya, mereka tahu, itu Namra.  Gila, pihak polis saja tak menyangka ada orang yang berniat jahat melakukan hal ngeri tersebut kepada seorang kanak kanak 3 tahun, yang masih mentah dan tak tahu apa apa.

Saat ini, suspek masih dijejaki oleh pihak polis. Suspek meninggalkan kurang bahan bukti, yang menyebabkan masa yang lama diperlukan untuk mengetahui siapa dalang di sebalik semua ini. Hampir sahaja Eunji mengamuk di balai polis ketika itu, kerana mengatakan pihak polis tak peka dalam bertugas.


"Ngeri. Aku nak ingat pun rasa takut " Naeun berkata sambil menangis. Namjoon terus memegang kepalanya sambil menarik rambutnya. "Gila ! Orang tu memang gila ! Siapa orang yang tak puas hati dengan aku ni.." belum sempat Namjoon menghabiskan kata katanya, kepalanya terus diangkat.

"Yoongi..." Namjoon berkata seraya bangkit dan menuju ke pintu. Dia sempat ditahan Seokjin. "Lepaskan aku hyung. Aku nak pergi cari lelaki tak guna tu " Namjoon berkata sebelum dia ditolak oleh Seokjin untuk masuk semula ke dalam rumah. "Biarkan pihak polis yang lakukan tugas diorang. Siapa kita ni nak masuk campur ?" Seokjin menasihati lelaki itu.

"Pihak polis pun sama tak guna !" Mereka terkejut medengar teriakan itu. Namjoon dan Seokjin serentak berpaling, memandang Eunji yang akhirnya keluar dari bilik dengan mata yang sembap dan memerah. Dengan tenaga yang bersisa, dia menapak ke arah Namjoon sebelum tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki itu

"Jom cari siapa dalang dalam semua ni. Biar saya bunuh dia. Manusia berhati binatang " Eunji berkata, disela sela tangisannya. "Tak boleh sayang. Nanti kita kena tahan dengan polis, sebab ganggu kerja mereka. Tak apa, kita tunggu je ya ?" Namjoon memujuk gadis itu, pelukannya semakin dieratkan.


_______________

"BERAPA yang kau dapat ?" Yuchae bertanya, sambil memperkemaskan pakaiannya sebelum duduk di atas sebuah sofa. Yoongi senyum lebar sambil tangannya mengira duit dalam tangan. "Lumayan, sebab masih baru" kata Yoongi sebelum ketawa terkekeh.


Yuchae senyum sinis. Yoongi terus mencapai telefonnya sebelum aplikasi Google ditekan. Sebuah berita menarik perhatiannya sebelum dia ketawa tanpa rasa bersalah. " Seorang wanita bernama Yuchae ditemui lemas ? Kau buat lawak apa ni ?" Yoongi berkata, ketawanya masih bersisa sementara Yuchae menjegilkan mata.

Alat komunikasi di tangan Yoongi dirampasnya. Membaca berita tersebut, Yuchae terus berasa tak percaya. Cepat cepat dia memberi rating buruk kepada berita tersebut dan mencampakkan telefon bimbit itu ke Yoongi semula. "Merepek. Kalau aku dah mati,siapa kat depan kau ni ?" Yuchae berkata, masih marah nampaknya.



Yoongi sambung ketawa. "Mana tahu, jelmaan kau ke. Yelah kalau orang mati lemas ni, roh dia berlegar legar " Yoongi berkata selamba lalu Yuchae menampar lengannya. "Meh aku cekik kau. Aku kan roh yang berlegar legar " Yuchae mengugut dan Yoongi terus berhenti ketawa dan memegang perutnya. Sakit kerana banyak ketawa.



"Kalau aku ikut cara kau dari dulu kan, memang aku kekal kaya sampai sekarang " Yuchae berkata, seolah olah berterima kasih kepada Yoongi. Yoongi senyum sinis. "Aku dah cakap, human trafficking ni memang lumayan hasil dia. Kau tak percaya" Yoongi berkata sebelum dia terpandang wajah serba salah Yuchae.



"Kau kenapa ? Bersalah je muka " Yoongi berkata. Dia memusingkan badannya agar benar benar menghadap Yuchae. "Aku berasa bersalah la pulak. Budak tu tak salah apa apa. Aku dendam kat orang lain, kenapa aku pilih dia jadi mangsa ?" Yuchae berkata, wajahnya ditekup dengan tangan.



Yoongi memegang tangannya. "Sesal sekarang dah tak berguna. Organ dalaman budak tu dah sampai Thailand dah. Kau, dah boleh sambung dengan misi kau tu" Yoongi berkata sebelum ketawa besar, ketawa kemenangan.


Yuchae mengeluh lagi. Yoongi terus menghela nafas kasar. "Rileks, kalau kau nak jatuhkan Eunji, kau kena jatuhkan sumber semangat dia dulu, right ? Kau tak salah dalam buat keputusan "  Yoongi memujuk sebelum keluar dari ruangan itu. 



Yuchae masih diam, matanya masih fokus memandang keluar. Berfikir tentang tindakan jahatnya itu. 






THE GAME - 12

31 MAY 2023


𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 | 𝐊𝐈𝐌 𝐍𝐀𝐌𝐉𝐎𝐎𝐍 [✓]Where stories live. Discover now