twenty-four|s2🔪

26 5 10
                                    

Rimas. Menyampah. Benci. 

Perasaan perasaan yang sedang berbolak balik dalam hati wanitanya sekarang. Betul, memang dia yang ingin mendengar semua pengakuan keluar dari mulut lelaki itu. Tapi entah mengapa hingga dia sendiri keliru apa sebabnya, dia berkecil hati.Hatinya terasa bagai dihiris pisau. 

Minji buntu sendiri. Dia duduk di birai katil, menekup kedua dua pipinya dengan bibir yang tercebik. Di dalam gelapnya kamar, kakinya diayun ayun perlahan. Dia cuba untuk menghiburkan hatinya yang terasa sakit tapi seakan tiada ubat yang boleh membantu. 

Buat kesekian kalinya, dia berasa menyesal kerana dia kelihatan terlalu terdesak untuk mengetahui kebenaran. Riak wajahnya saewaktu pengakuan Namjoon petang tadi memang menampakkan dia baik baik sahaja, namun hakikatnya mampu dipendam sendiri. 

Jelas, sepatutnya dia memang kena bersedia dulu. Dari segi mental dan fizikal. Minji sendiri tahu, dirinya bukanlah orang yang mudah untuk menerima kenyataan dengan sekali pengkhabaran. Hatinya sememang bagaikan tisu, lembut dan mudah hancur dengan air mata.

Sayang. Perasaan itu yang membuatkan dirinya rasa dipermainkan. Selama ini, semua kata kata manis Namjoon membuatkan dirinya terbuai sendiri. Berasa bagaikan dia ratu, hanya dia sahaja yang mampu melayani Minji sebegitu rupa.


Dia sendiri pada awalnya pernah memasang tekad pada diri sendiri iaitu tidak akan jatuh cinta kepada Namjoon. Dia sudah memastikan yang semua itu hanyalah 'bantuannya' untuk menjadi Eunji kepada lelaki itu. Jelaslah di sini, Namjoon mempergunakannya tapi Minji terlalu bodoh.















Dia dah sayangkan lelaki itu. Sepenuhnya.
















Minji yang tadi menekup pipi kini beralih menekup muka sebelum air matanya keluar dari celahan tekupan di mukanya. Kakinya diangkat sebelum diringkuk ke bawah selimut. Dia baring dan menangis, mengenangkan dia yang terlalu cepat menyayangi lelaki yang jelas jelas orang luar yang tiba tiba datang dengan khabar merindui isterinya. 


"Aku terlalu cepat nak jatuh cinta sedangkan aku tak tau, he used me for his own benefit " Minji berkata kepada dirinya sendiri. Kepalanya diketuk ketuk, dia sedang mendenda dirinya sendiri. "Aku tak pernah fikir semua tu walaupun dia dah banyak kali spoil pasal muka aku. Patutnya aku dah boleh tahu dari dulu " Minji berkata lagi. Bibirnya digigit kuat.



'kau cuma kena permain je dengan Namjoon tu Jangan mudah percayakan dia ', terngiang, kata kata Seokjin yang meminta dia menjauhkan diri dari Namjoon terus menembusi deria pendengarannya. Pada hari di mana Seokjin memberi tahu tentang hal ini , Minji hanya buat tidak kisah. Menurutnya, jangan percaya kan mereka selagi Namjoon belum cerita yang sebenarnya.


Tapi hakikatnya semua kata kata lelaki yang lebih tua daripadanya itu benar belaka. Dia tak menyangka sungguh, Namjoon yang kelihatan baik dan pandai menjaga hati wanita, rupanya seorang yang pandai putar belit cerita dan pandai mempermainkan hati dan perasaan seseorang yang jelas cukup berharga.




'dia tak pernah anggap kau sebagai Lee Minji ', lagi, kata kata Taehyung semalam pula yang terngiang di fikirannya. Dan dari itu, dia tekad bertanya sehingga terjadinya dia yang sekarang. Sakit hati yang tak boleh nak diubatkan lagi. Kata kata itu terngiang-ngiang di fikirannya, membuatkan Minji tak senang duduk.














Kata kata itu kedengaran seperti sedang mengejeknya.













Telapak tangan di bawa menekup telinga. Dia cuba menghilangkan suara suara yang sengaja mengusiknya, yang sengaja mengengkannya tentang dirinya yang ditipu hidup hidup dengan orang yang disayangi sepenuhnya. "Ugh, please go away ! You're disturbing me ! Aku tau aku yang bodoh, jangan kacau aku la !" Minji menjerit kuat.


𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 | 𝐊𝐈𝐌 𝐍𝐀𝐌𝐉𝐎𝐎𝐍 [✓]Where stories live. Discover now