twelve 🔪|s2

22 8 23
                                    

NAMJOON'S POV

Surat lusuh tanpa bersetem itu aku pandang sekali lagi sejak pertama kali surat tersebut sampai ke atas meja aku tanpa siapa yang perasan. Surat tak bersetem dan sudah pastinya bukan dihantar dengan khidmat posmen, tapi di hantar sendiri ke atas meja ini.

Aku dah perhatikan semuanya, dan para pekerja yang balik lewat malam semalam tak perasan apa apa yang aneh seperti bilik kerja aku dipecah masuk atau apa. Yang pasti, semalam bilik tu aku dah tinggalkan sempurna berkunci dan kuncinya ada dalam tangan aku. Dan pada pagi ini, pintu tu tak berkunci.

Aku mendekatkan kerusi ke meja itu. Dengan jijik, surat itu aku pegang sebelum isinya aku baca semula. Cukup buat aku naik darah. Memang rasa nak mengamuk. Dah berpuluh kali aku menelaah surat tu, dan berpuluh kali juga hati aku panas membahang lain macam. Rimas.

Suratnya lusuh. Kertas yang digunakan jelas basah dahulunya sebelum dikeringkan. Di sekitar malah ditengah tengah surat itu, ada percikan darah. Yes...darah. Bukan darah tipu tapi darah betul. Dah kering dan jelas itu sebab bau hanyir yang mengengat sangat sangat. Aku nak baca pun sambil tahan bau busuk surat tu.


Yang buatkan aku tertanya tanya, darah ni darah manusia ke bukan ? Kalau darah manusia, tak akanlah pengirimnya sanggup nak bunuh orang sebab sekeping surat yang seakan akan tak ada makna ? Sekejam itu ke dia ? Aku juga tertanya tanya, siapa pengirim surat misteri ini. Datang dalam keadaan begini, memanglah aku nak tau siapa dalang di sebalik semua ini.

Aku meraup rambutku ke belakang. Surat ugutan ni memang semakin menyerabutkan kepala otak aku yang memang dah sedia serabut sebab kes yang masih tak selesai selesai. Aku dah cukup malas nak libatkan polis dalam hal ini. Cukuplah apa yang 'dia' dah hantar dekat aku sekarang. Janganlah sebab polis masuk campur, lebih teruk dia kerjakan aku.

Risau. Aku cuma nak gapai semula semua kebahagiaan. Aku baru je nak cipta balik semua kebahagiaan yang aku rasa, aku tak pernah dapat rasai sepenuhnya. Semuanya disebabkan oleh aku sendiri, yang degil, yang keras kepala, yang kononnya aku ni mampu hidup sendiri tanpa orang lain di sisi. Tapi, jelas aku salah lagi sekali. Memang aku tak boleh.

Dan baru beberapa tahun, banyak benda yang berlaku. Dalam setahun ni, aku dapat merasakan kebahagian yang lumayan banyak. Itu menunjukkan yang aku memang tak sanggup untuk hilang semua tu sekelip mata. Aku dah terbiasa hidup penuh bahagia, dan kenapa pula aku perlu sengsara semula ? Apa motif manusia yang ada masalah dengan kebahagiaan aku dan keluarga kecil aku ni ?

Penat aku mengelamun, aku kembali mengeluh. Aku bangkit, mengambil semua barang barang penting sebelum bangkit. Surat lusuh yang terbiar atas meja aku ambil lalu sisipkan dalam poket seluar baik baik. Aku tak mahu kedatangan surat ni sampai ke pengetahuan pekerja pekerja aku. Ada saja mereka ni yang busybody, sibuk dengan masalah aku. Dan bagi aku itu kurang ajar jadi baik aku diam diam je.

Selepas mematikan semua peralatan elektrik milik aku di dalam bilik itu, aku keluar. Suasana macam biasa, sunyi memandangkan dah habis waktu lunch dan aku yang tak berapa ada mood hari ini. Kerja aku nak marah orang je. Orang yang tak bersalah pun aku rasa nak lempang sebijik, tapi aku masih waras. Aku tak nak masuk mahkamah sebab melakukan kekerasan terhadap pekerja.












Tak pasal pasal aku jadi majikan tak gunaಥ_ಥ








Sebaik sahaja aku melepasi meja meja mereka, tiada langsung yang berani angkat muka malah hanya papan kekunci yang berani bersuara. Tiada yang berani menegur langsung atau nak bergurau senda. Situasi dah macam malaikat lalu, senyap dan sunyi. Tapi dalam masa yang sama cozy sangat.



Aku menuju ke lif. Butang 'G' aku tekan lalu pantas kotak lif itu membawa aku turun. Aku tak perlu nak melambat lambatkan diri aku sendiri. Banyak benda yang aku nak uruskan sebab banyak benda yang dah tak betul sekarang. Semuanya tunggang langgang macam kena langgar naga. Dan aku yang nak jadi naga sekarang. Tertekan aku.








NAMJOON'S POV END

************

EUNJI POV




Akhirnya, aku jejakkan lagi kaki ke rumah agam serba putih ini dengan perasaan ceria dan hati berbunga. Hari ini, baru aku ada masa untuk jenguk Namgil yang dah ditinggalkan dengan Naeun agak lama. Nasib dia jadi budak baik dalam beberapa hari ini. Aku berterima kasih pada Naeun sebab sudi jaga dia.




Sebelum aku bawa dia dan beberapa barangan yang aku dah beli tadi untuk masuk ke rumah, aku periksa peti surat. Mana tahu ada apa apa surat penting yang aku perlukan. Yelah, sejak aku dengan Namjoon yang tak berapa 'mesra alam' ni, segala masalah rumah dah cukup malas untuk aku ambil peduli.






Aku lebih suka keluar, habiskan masa dekat bakeri, balik dan berkurung. Itu je. Kalau boleh, aku nak minimalkan bilangan pertembungan aku dan Namjoon. Aku tak nak gaduh gaduh. Rasa malas. Jadi macam tak matang sebab kedua duanya saling menuduh satu sama lain dan dua duanya tak ada bukti yang kukuh.





Tapi, bukti yang Namjoon jumpa Jiwon aku sure aku akan jumpa. Taehyung orang yang boleh diharap. Setakat dulu dia boleh tolong Namjoon putar belit semua kes, takkanlah dia tak boleh tolong hal kecil macam ni ? Aku dah tak cukup pandai dah sekarang untuk uruskan semua ni sorang sorang. Aku dah lemah.




Hanya ada beberapa keping surat dan ianya milik Namjoon serta satu surat bersampul coklat tak bersetem di dalam peti surat itu. Yang aku pasti, surat tu tertulis alamat rumah ni serta nama penuh aku, yang menunjukkan surat tu khas untuk aku. Entahlah kenapa, aku rasa suspicious dengan surat tu. Aku hiraukan semuanya lalu surat itu aku ambil dan masukkan dalam beg tangan. Ni rahsia aku sorang sahaja.






Aku kembali ke kereta, memarkirnya sebelum mematikan enjin. Barang barang dan Namgil aku bawa turun. Aku duduk di atas sofa. Surat yang disimpan dalam beg tangan aku keluarkan sebelum aku koyakkan sampulnya. Sebaik sahaja surat dikeluarkan dari sampul itu ,aku diam. Aku hanya mampu menekup hidung.







Hanyir. Busuk. Itu bau yang dapat aku hidu sebaik sahaja surat itu aku dekati ke hidung aku. Bau yang kurang menyenangkan dan jelas aku boleh katakan bau darah. Aku terus membuka surat itu dan membaca satu persatu isinya. Dan tepat tekaan aku, surat itu banyak percikan darah yang aku tak pasti darah apa. Tapi melalui baunya, aku boleh teka itu darah manusia.






Telefon bimbit dalam beg aku keluarkan sebelum menghantarkan pesanan ringkas kepada beberapa orang serta menitip pesan pada Naeun. Setelah itu, aku kembali mencapai kunci kereta lalu aku keluar rumah bersama Namgil. Banyak hal yang aku perlu uruskan lagi nampaknya.





















Siapa yang baca the love from the garden tu thanks ya !! Btw jgn hiraukan yang dia tetiba sembang pasal cctv. Makaciii🙆🏻‍♀️

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 | 𝐊𝐈𝐌 𝐍𝐀𝐌𝐉𝐎𝐎𝐍 [✓]Where stories live. Discover now