Chapter 15

3.6K 184 66
                                    

Mikaeyla pov :


     Lepas sahaja mereka diam tidak terkata terus sahaja aku mengajak mereka untuk keluar. Takut-takut nanti kantoi pula mampos aku. Yalah diaorang diam lama sangat. Entah apa yang difikirkan pun aku tak tahu. Diaorang ni pun bukannya boleh dipercayai sangat. Lagi-lagi si Aurora. Pemikiran fuhh terpesong jauh nun disana kau. Semuanya yang negatif. Tak ada yang positif kalau si Aurora ni berikan pendapatnya. 

"Maaf kami lambat. Hal perempuan tak perlu nak tahu" , terus sahaja aku duduk di kerusi ku. Jae yang baru sahaja hendak bertanya terus membatalkan hajatnya. Mereka hanya mengangguk sahaja. 

    Setelah kami selesai makan terus sahaja Luca mengajak kami semua pulang. Barang-barang kami mereka lah yang tolong bawakan. Diaorang dah macam pekerja kami dah sekarang ni. Agagagagagag padan muka. Barang Auroralah yang paling banyak. Kasian Carl. Jadi kuli Aurora pula. Ni kalau Carl dengan Aurora kawin mesti Aurora buat Carl ni macam kuli dia. Semua barang-barang shopping kami diletakkan di dalam kereta Lucy memandangkan kereta Lucy sahaja yang berbumbung dan berbonet. Yang lain semua pakai kereta lambo. Haish show off betul. Nasiblah memang betul Luca ajak balik. Tak ada lah nak singgah pergi memana lagi. Dah penat dah kaki ni jalan sana-sini lagi tadi. Sampai sahaja di rumah , Aurora , Bella aku dan Kaeyla terus masuk ke rumah masing-masing. Barang-barang tu biarlah diaorang yang bawa. Sekarang ni memang aku perlukan katil aku. Aku nak baring. Rehatkan kaki. Penat sangat dah ni. Kenapa lah aku pakai high heels kan. Aduh tengok kaki sekarang dah sakit-sakit. Kenalah aku rendam dengan air panas kejap lagi. Masuk sahaja dalam rumah tu terus aku pergi dapur panaskan air. Lalu aku masuk ke dalam bilikku untuk menukar baju. Baru sahaja aku hendak keluar tiba-tiba Jae masuk dengan membawa segala barangan shoppingku. Dia meletakkannya di atas katilku. 

"Terima kasih tuan" , kataku kepadanya sambil tersenyum. Dia membalas senyumanku.

"From now on don't call me tuan please. Call me Jae instead. Understand sweetheart??" , katanya sambil tersenyum sebelum keluar daripada bilikku itu. Aduh melting aku tadi bila dia senyum. Tapi kenapa tiba-tiba jer dia nak aku panggil dia guna nama jer?? Dulu bukan main lagi. Hmmm lantak lah. Eh Mika ingat yang kau nak pergi dapur tadi. Nanti kang tak pasal-pasal air tu kering jap gi sebab kau mengelamun pasal dia. Cepat-cepat aku pergi dapur dan menyiapkan air untuk merendam kaki itu. Setelah selesai aku mengambilnya dan meletakkannya di ruang tamu supaya aku boleh lah tengok tv sekali. 


   Sedang aku syok duduk menonton televisyen tiba-tiba Jae datang duduk jauh sedikit disebelahku. Okay sekarang ni kenapa jantung aku tetibe berdegup kencang?? Aku hanya melihatnya sekilas sebelum menumpukan perhatian aku di kaca tv. 

"Kenapa dengan kaki tu?" , tanya dia dengan tiba-tiba.

"Tak ada apa-apa cuma lenguh jer tadi jalan guna high heels" , balasku. Terlihat dia sedang mengamati kakiku. Aduh dia nak buat apa lak ni?? Suddenly he on his knee's lalu memegang kakiku. Aku terdiam. Ah sudah dia nak buat apa ni??

"Awak nak buat apa ni?" , tanyaku sambil menarik perlahan kakiku. Takut air terpercik kena muka dia nanti.

"Nak urut kaki awak lah. Nanti takut kejang ke apa , susah pula saya nanti" , katanya lalu menarik semula kakiku keluar daripada besen air tersebut. Aku blushing sekejap lepas dia cakap macam tu. Aduh dia ni asal lah sweet sangat kan. Ish hempuk kau karang baru tau. Aku membiarkan sahaja dia mengurut kakiku itu. Pandai juga kan dia urut. Sampai terlelap aku dibuatnya. Sedap sangat kot dia urut.



Jae pov :


Unexpected love (malay)Where stories live. Discover now